Sabtu, 12 Mei 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pekan Kuala Krau dilanda Ribut

Posted: 12 May 2012 08:10 PM PDT

Sebaik sahaja saya mendengar berita bahawa pekan Kuala Krau dilanda ribut dan rumah-rumah di Kampong Baru, Kuala Krau banyak yang rosak, saya terus bergegas di pekan Kuala Krau.

Sewaktu berita itu diterima, Konvensyen Undang-Undang dan Peneroka baru dihabiskan.  Saya mengajak rakan lain untuk pergi bersama.  Termasuk didalam rombongan kami itu adalah Sdr Rebin Birham, Sdr Zabidie Abas, Pn Siti Khalijah dan Sdr Mohd Nor Bakar (Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Utara).

Di pekan Kuala Krau, kami terus pergi ke rumah-rumah yang terlibat dengan kerosakan.  Kebanyakan rumah-rumah kehilangan atap dan ada juga rumah yang sedang dibina runtuh jatuh ditiup angin kencang.

Saya mengambil masa melawat semua mangsa-mangsa ribut ini, dan penduduk Kg Baru telah membawa saya dari rumah ke rumah yang terlibat dengan kerosakan itu.  Dan di rumah-rumah di mana pokok-pokok tumbang, kami memberikan helping hand kami untuk menarik keluar pokok-pokok tersebut.

Saya menyeru pihak Kerajaan supaya mendatangkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa ribut tersebut.

Tiada ulasan: