PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Anwar: Umno BN guna mahkamah sekat kebebasan politik pimpinan Pakatan
- KEADILAN: Dakwaan terhadap Anwar, Azmin bermotif politik
- Mahkamah putus perbicaraan kes disambung 2 Julai
- Sekitar Pelancaran Sismep 3.0 & Flag-off Konvoi PRU-13 KEADILAN NS
Anwar: Umno BN guna mahkamah sekat kebebasan politik pimpinan Pakatan Posted: 21 May 2012 10:53 PM PDT dipetik dari Keadilan Daily (Oleh Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN menggunakan kuasa undang-undang apabila tidak mampu berdepan kebangkitan rakyat dalam Himpunan Bersih 3.0. Sambil menyifatkan pertuduhan ke atasnya dan dua lagi pimpinan, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin bermotif politik, Anwar berkata, Umno BN hanya tahu menggunakan mahkamah untuk menyekat mereka daripada bergiat aktif dalam politik. "Mereka menggunakan akta yang dilulus di Parlimen untuk mendera musuh politik mereka. Isu pokok adalah penipuan pilihan raya, dan sekarang ini, digunakan mahkamah untuk pertuduhan yang tidak berasas ini. "Datuk Seri Najib (Razak) menggunakan pendakwa, Tan Sri (Abdul) Gani Patail dengan maksud menghalalkan politik cetek beliau," katanya pada sidang media selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dekat sini pagi tadi. Anwar, Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh di bawah Seksyen 118 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Kesemua mereka dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua, mereka dibenarkan ikat jamin menggunakan jaminan peribadi. Hakim Mahmud Abdullah bagaimanapun mengarahkan ikat jamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk perbicaraan kes. Anwar diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sementara Azmin diwakili peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh. Manakala Badrul Hisham diwakili peguam Latheefa Koya. Mengulas pertuduhan itu, Latheefa berkata, ketiga-tiga tertuduh tidak berada di kawasan larangan yang diperintahkan Majistret bulan lalu. Kata beliau, halangan dan kawad berduri yang diletakkan oleh polis jauh melangkaui perintah larangan yang dikeluarkan. "Mereka tidak berada di kawasan perintah larangan. Jadi, bagaimana mereka kata ketiga-tiga pemimpin ini melanggar perintah? "Kita akan cabar perkara ini di Mahkamah," kata Latheefa. |
KEADILAN: Dakwaan terhadap Anwar, Azmin bermotif politik Posted: 21 May 2012 10:51 PM PDT KUALA LUMPUR 21 Mei: Pendakwaan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti itu berhubung himpunan Bersih 3.0 adalah jelas bermotifkan politik, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah. "Motif politik dalam pendakwaan terbaru ini adalah jelas. "Selepas gagal menghalang Anwar dengan rekaan tuduhan liwat, Peguam Negara, Gani Patail, dengan arahan daripada pihak atasan, kini sekali lagi terdesak untuk cuba menghentikan kemaraan Anwar ke Putrajaya," ujarnya dalam satu kenyataan. Petang tadi, Anwar, Timbalannya, Azmin Ali dan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin menerima writ saman untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada jam 9 pagi esok. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, mereka akan dihadap dengan tuduhan di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) iaitu menganjur atau menyertai suatu protes jalanan. Sivarasa berkata, dakwaan bahawa mereka mengarahkan peserta Bersih 3.0 memecahkan penghadang ke Dataran Merdeka adalah mengarut apabila bukti video jelas menunjukkan Anwar mengarahkan peserta himpunan itu menuju Jalan Tun Perak. "Tuduhan kedua iaitu hadir dalam protes jalanan adalah bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. "Pendakwaan terhadap Anwar dan lain menunjukkan sikap hipokrit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang selama ini melaungkan program liberalisasi dan transformasi politik," katanya lagi. Difahamkan jika sabit kesalahan, ketiga-tiga pimpinan KEADILAN itu akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. |
Mahkamah putus perbicaraan kes disambung 2 Julai Posted: 21 May 2012 10:12 PM PDT dipetik dari Keadilan Daily (Oleh Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman bermotif politik. Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi. Bekas Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini. Namun, hari ini, beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II tersebut. Bagi pertuduhan pertama, Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Selain beliau, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut dituduh di bawah akta yang sama. Pendakwaan yang diketuai peguam Hanafiah Zakaria memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin RM2,000 terhadap ketiga-tiga mereka. Jumlah itu dibantah oleh peguam Anwar, Karpal Singh kerana anak guamnya adalah ahli politik dan tiada sebab untuk melarikan diri. Mahkamah kemudiannya menetapkan mereka diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin. Bagi pertuduhan kedua, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham dituduh di bawah Seksyen 118 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Mahkamah menggunakan budi bicara dengan nenetapkan ikat jamin melalui personal bon. Hakim bagaimanapun mengarahkan ikat jamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes. Azmin diwakili peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh. Manakala Badrul Hisham diwakili peguam Latheefa Koya. |
Sekitar Pelancaran Sismep 3.0 & Flag-off Konvoi PRU-13 KEADILAN NS Posted: 21 May 2012 10:10 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan