Sabtu, 26 Mei 2012

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Rakat sengsara, menteri sibuk jual no plat kereta WWW...

Posted: 25 May 2012 09:29 PM PDT

Yang dituntut oleh rakyat ialah penyelesaian skandal KLIA2 yang bernilai RM3.9 billion, skandal RM12.5 billion PKFZ dan skandal RM12.49 bilion lebihan kos projek landasan keretapi berkembar EDTP.


Tetapi yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ialah mendabik dada kerana berjaya menjadi penjual nombor plat kenderaan WWW.

Inilah kehebatan seorang Menteri dari MCA dan Barisan Nasional yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga kepentingan rakyat, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"Rakyat Malaysia tidak perlukan seorang Menteri Pengangkutan yang cuma berminat melaporkan jumlah lelongan nombor plat WWW daripada menyelesaikan isu besar yang dihadapi," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kong tidak berwibawa kerana gagal melindungi dan mempertahankan kepentingan awam melibatkan isu skandal berbilion ringgit, sebaliknya, beliau telah mengadakan beberapa sidang akhbar bagi mengumumkan nilai rekod bidaan tertinggi bagi plat kenderaan WWW yang mencecah RM11.3 juta seperti mana yang dilaporkan Bernama.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berlata, Kong sepatutnya menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan mendadak nilai "terminal kos rendah" KLIA2 dari RM1.7 billion pada 2007 kepada RM3.9 billion tahun lalu adalah akibat penukaran tapak KLIA2 ke kawasan paya gambut.

"Walaubagai mana pun, kenaikan RM2.2 billion tersebut yang membebankan rakyat dijawab Kong yang hanya berkata 'saya tidak mempunyai jawapan kerana keputusan tersebut tidak dibuat oleh Kementerian Pengangkutan', " tambah beliau.



PLKN wajib kpd semua pelajar lepasan sekolah menengah?

Posted: 25 May 2012 08:51 PM PDT

Ramai pihak menolak cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Beberapa pertubuhan pendidikan, ibu bapa dan pelajar memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.Dr Tiki pada Khamis berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan diusulkan kepada kerajaan untuk persetujuan selain meminta maklum balas dari orang ramai.


"Jika ia dipersetujui, kira-kira 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. Oleh itu, kami akan mengkaji kemudahan sedia ada sama ada ia perlu diperluaskan untuk menampung pertambahan peserta," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, agak sukar untuk menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana program itu boleh menampung sekurang-kurangnya 90,000 pelatih setiap sesi pengambilan.

"Kita akan memilih pelatih secara rambang untuk ditempatkan di 79 kem seluruh negeri. Agak sukar menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana jumlahnya hampir setengah juta," katanya pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, orang ramai tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut sehingga kemudahan di kem latihan dipertingkatkan.

"Sehingga perkara melibatkan keselamatan boleh dijamin, program tersebut tidak boleh diwajibkan," katanya.

Ibu bapa turut menyatakan rasa bimbang mengenai keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

"Kem latihan yang disertai anak saudara saya mencatatkan kes buli paling tinggi," kata Karen Wong, 48, yang turut memiliki seorang anak lelaki di Tingkatan 5. Lawrence Liu, 53, yang mempunyai anak perempuan di Tingkatan 4 berkata, program itu berdepan dengan masalah keselamatan.

"Terdapat banyak kes kematian berlaku. Apabila pelatih sakit, tiada perhatian secukupnya diberikan," katanya.

Pelajar Tingkatan 4, Amin Haikal Ahmad, 16, dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berkata, program tersebut mempunyai masalah imej.

"Saya terdengar pelbagai cerita mengerikan dari beberapa kem latihan…saya tidak mahu menyertai program itu walaupun niatnya baik," katanya.

Nur Fatin Syahmi Aqilah Mohd Ghani, 16, berkata, kerajaan perlu menggalakkan pelajar lepasan sekolah menengah menyertai program sukarelawan berbanding memaksa mereka menyertai program PLKN.

Tiada ulasan: