BULETIN RAKYAT |
- PRU13 diadakan bila-bila masa sahaja ~ Saifuddin
- SHAFIE BEDAL DUIT RAKYAT BERI KPD ARTIS ~ PEMANDU MENTERI
- HISHAMUDDIN IKHLAS DLM PERJUANGAN AEMNONYA.. HUSSEIN ONN PUN KELUAR DARI AEMNO...
- agak2 laaa...nak up aemno..Utusan Meloyakan
PRU13 diadakan bila-bila masa sahaja ~ Saifuddin Posted: 16 May 2012 08:01 AM PDT SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13. Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali. |
SHAFIE BEDAL DUIT RAKYAT BERI KPD ARTIS ~ PEMANDU MENTERI Posted: 16 May 2012 03:00 AM PDT *PETALING JAYA:* Bekas pemandu seorang artis popular, Noor Azman Azemi *(gambar dua dari kanan)* memberitahu beliau pernah diarah membawa wang tunai berjumlah RM1 juta untuk diberikan kepada artis tersebut. Beliau juga mendakwa setiap kali pertemuan antara artis itu dengan seorang menteri, artis itu akan diberikan paling sedikit RM100 ribu. Menurutnya lagi, beliau tampil mengadakan sidang media hari ini kerana mahu membersihkan namanya yang dituduh melarikan RM200 ribu wang artis itu yang juga bekas majikannya. |
HISHAMUDDIN IKHLAS DLM PERJUANGAN AEMNONYA.. HUSSEIN ONN PUN KELUAR DARI AEMNO... Posted: 15 May 2012 06:24 PM PDT KUALA LUMPUR 15 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya ketika bersama UMNO dahulu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Anwar juga telah merosakkan Pas sehingga menyebabkan parti itu berpecah-belah dan berdepan masalah dalaman yang meruncing. "Namun, saya berpandangan UMNO adalah sebuah parti keramat yang sentiasa dilindungi Allah. "Mereka yang berniat jahat atau terlalu mementingkan diri sendiri melebihi parti akhirnya akan kecundang di tengah jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas pengakuan secara terbuka Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor bahawa Anwar pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi agar membawanya masuk semula ke dalam UMNO. Mohamad Ezam membuat pengakuan itu ketika berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 Peringkat Parlimen Gombak di sini, baru-baru ini. Hishammuddin menambah, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Mohamad Ezam itu kerana Anwar yang dikenalinya sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. |
agak2 laaa...nak up aemno..Utusan Meloyakan Posted: 15 May 2012 06:05 PM PDT KUALA LUMPUR 15 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu membezakan antara pandangan seorang pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu memperjuangkan Islam tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik. ''Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati. Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka kebarangkalian mudah tersasar. ''Seorang pendakwah Islam yang baik, dia akan berusaha memperkasakan Islam itu dengan cara yang boleh memelihara kehormatan Islam. Jika dia tidak mampu berjuang seorang diri, dia akan mencari rakan Islam yang lain tetapi bukan rakan yang bukan Islam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Harussani terhadap Pas dengan menganggap kenyataan Mufti Perak bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam sebagai pandangan lapuk seorang mufti. Sementara itu, Bendahari Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) Mohamed Aziz berkata, Nik Aziz tidak layak bergelar Mursyidul Am Pas kerana beliau sendiri tidak tahu sejarah Pas atau sebenarnya sengaja memesongkan sejarah Pas itu. Katanya, Pas tertubuh kerana Pengasasnya, Ahmad Fuad atau yang ketika itu Biro Agama UMNO kecewa dengan UMNO setelah gagal merebut kerusi Yang Dipertua UMNO atau kini Presiden UMNO daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. ''Lalu, Ahmad yang merajuk terus menubuhkan Pas. Persoalannya, adakah Nik Aziz tidak tahu perkara ini atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana orang Pas ini suka memutar belit fakta. Nik Aziz yang buta sejarah, bukannya Harussani. ''Nik Aziz tidak perlu menipu rakyat, rakyat juga tahu bahawa sebelum Pas wujud, UMNO lebih awal telah memperjuangkan agama Islam. Mursyidul Am Pas itu jangan terlalu asyik berpolitik hingga lupa soal dunia akhirat,'' katanya. Mohamed seterusnya mempersoalkan, kenapakah Pas seringkali mempertikaikan kenyataan-kenyataan daripada pihak mufti dalam pelbagai isu dan adakah Pas merasakan mereka itu lebih hebat daripada golongan mufti di negara ini. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan