Anwar Ibrahim |
- Prosecution of Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali And Badrul Hisham – A Desperate, Politically Motivated Act By BN
- Rumput Dataran Lebih Suci Berbanding 8 Tuntutan Pilihanraya Adil
- BERSIH 3.0: Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, Chegubard didakwa esok
- Dato Seri Anwar Ibrahim Diperintah Hadir Ke Mahkamah Jalan Duta Esok
Posted: 21 May 2012 07:25 AM PDT The Attorney-General acting on the behest of Barisan Nasional is at it again. Having failed to stop Anwar Ibrahim with trumped-up sodomy charges, they are now trying again. This afternoon, Anwar Ibrahim ( the Leader of the Opposition) , Azmin Ali and Badrul Hisham received summonses to appear in the Jalan Duta Court tomorrow morning to be charged in relation to purported offences connected with the Bersih 3.0 rally on 28th April 2012. One charge alleges a breach of the Court order dated 26.4.2012 issued by Magistrate Zaki Ashraf. The charge Anwar and the other will face is allegedly causing a breach of the barricades to take place. Parti Keadilan Rakyat views this charge as ludicrous and frivolous bearing in mind that the ample video evidence that he had directed the crowd to go down Jalan Tengku Abdul Rahman. Furthermore, the legal validity of the Court order is itself suspect for non-compliance with the Peaceful Assembly Act itself. It is also now clear that the police barricades themselves were not in compliance with the order. The second charge is that of being present in a street protest contrary to the Peaceful Assembly Act 2012. This prosecution of Anwar and the others under this Act shows up the complete hypocrisy in Prime Minister Najib’s so-called “political transformation” or “liberalisation” programme. Pakatan’s portentious warnings in Parliament in December 2011 that this Act was regressive compared to the older section 27 of the Police Act and would be abused are now vindicated. It is ironic that the first prosecution of the Peaceful Assembly Act is directed against Anwar Ibrahim, the Leader of the Opposition. The political motivation of this new charge is clear. Having failed to stop Anwar with the trumped up sodomy charge, the Attorney General Gani Patail, at the behest of his political masters, is now trying again in desperation to stop Anwar’s unrelenting march to Putrajaya. PKR warns Prime Minister Najib that this prosecution makes again a mockery of his claim to making Malaysia the “best democracy in the world”. We will rally the people of Malaysia to oppose yet another blatant misuse and manipulation of our institutions. Sivarasa Rasiah |
Rumput Dataran Lebih Suci Berbanding 8 Tuntutan Pilihanraya Adil Posted: 21 May 2012 03:48 AM PDT Dari Tukang Lawan Ibu Pejabat Keadilan di Petaling jaya siang tadi digemparkan dengan kedatangan lebih kurang 6 buah kereta polis yang sarat dengan anggota, mengiringi pegawai tinggi dari Ibu Pejabat polis Dang wangi semata-mata mahu menyerahkan 2 writ saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan presiden Keadilan Azmin Ali. ( baca disini ) ,(sini) dan (sini) Baiklah, mengapa tindakan tergesa-gesa ini dilakukan, apakah rumput dipadang dataran merdeka itu lebih suci dari 8 tuntutan rakyat pada himpunan BERSIH 28 April lalu?, itu soalan pertama yang harus kita semua jawab. Jika kita setuju bahawa rumput dipadang itu lebih suci dan penting berbanding 8 tuntutan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara yang tercemar dan sangat meragukan itu, sama la seperti kita merelakan dan menghalalkan penyelewengan wang dana NFC yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu bagi meningkatkan pasaran tempatan. Apakah kita tidak rasa bersalah bila membiarkan saja wang NFC disalahguna untuk membeli kondo mewah dan melancong ke luar negara sehingga dana yang dikeluarkan itu tidak mencapai sasaran utamanya. Apakah kita juga tidak rasa bersalah bila membiarkan sahaja sistem pilihanraya dikotori dan diaturkan supaya rejim pemerintah kekal berkuasa padahal itulah hak anda yang cukup besar. Persoalannya masih sama, apakah rumput di dataran merdeka lebih suci berbanding tuntutan bagi satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih ?. Itu soalan yang anda sendiri tahu jawapannya. sudah tentu rumput tidak lebih penting berbanding tuntutan satu sistem pemerintahan negara yang adil dan lebih bagus bagi rakyat malaysia, lain la jika rumput itu khas mahu beri lembu NFC makan, memang harus sangat rumput itu dibelai dan disiram hari-hari . Keduanya, apakah ini sebenarnya satu usaha memperlahankan momentum pakatan rakyat yang kini semakin mendapat sokongan dari rakyat, dengan kredibiliti najib yang semakin teruk, usaha-usaha umno melalui media massa untuk memburukkan pemimpin pakatan seolah tidak berjaya, mereka sedar momentum pakatan perlu diperlahankan, supaya umno boleh berehat dan bernafas sebentar. Usaha untuk mengusung pemimpin pakatan ke mahkamah kerana kesalahan menggalakkan rakyat sedar akan hak mereka, akan membuatkan pemimpin pakatan rakyat sibuk turun naik mahkamah, dan ini akan membataskan pergerakkan mereka, itu sangat perlu kerana pilihanraya semakin hampir, saat ini terlalu runcing buat umno, kemaraan pakatan rakyat membuatkan umno semakin sampai ke penghujungnya. Najib pula yang sedang dihantui kes kapal selam yang sudah mula timbul ke permukaan, ini membuatkan najib gelabah dan sangat tertekan. Apa lagi yang mampu najib lakukan, dalam keadaan pemimpin nombor wahid umno itu perlukan talian hayat, isu kapal selam yang turut terpalit kisah pembunuhan model dari Mongolia perlu dialihkan supaya isu yang sedang dibicarkan di mahkamah perancis itu tidak didengar oleh rakyat. Mereka terdesak, umno sedang terdesak, kuasa yang ada diperguna semaksima mungkin dan sekali lagi pemimpin pakatan mahu dijadikan mangsa keadaan, supaya najib terus dilihat sebagai seorang pemimpin bibir merah yang kononnya suci. |
BERSIH 3.0: Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, Chegubard didakwa esok Posted: 21 May 2012 03:44 AM PDT Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan. Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok. Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara. Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama. Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka. Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912. Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in. Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar – Ibrahim Yaacob – mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang. “Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan notis telah diterima oleh saya,” katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini. Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan – (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3). “Kita akan jumpa mereka di mahkamah…,” tegas Ibrahim Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan. Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok. |
Dato Seri Anwar Ibrahim Diperintah Hadir Ke Mahkamah Jalan Duta Esok Posted: 21 May 2012 01:22 AM PDT Dato Seri Anwar Ibrahim telah diperintahkan hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok Selasa,22 Mei 2012, Jam 9.00 pagi. Beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan