Anwar Ibrahim |
- Gelombang Internet Sebelum BERSIH 2.0 Dan 3.0
- PKR Gung-Ho on Minimum 105 Seats For Pakatan
- Photo Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak 19 Mei 2012
Gelombang Internet Sebelum BERSIH 2.0 Dan 3.0 Posted: 20 May 2012 07:08 PM PDT MerdekaReview Pengenalan Dalam dunia kewartawanan, berita sering digambarkan sebagai naskhah kasar pertama sejarah. Media merupakan wahana komunikasi yang menyalurkan sesuatu berita, justeru media juga mentakrifkan catatan asal sesuatu peristiwa sejarah. Namun, proses kewartawanan yang kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor khususnya kuasa politik sering mengubah catatan asal sehingga berita yang dipaparkan dalam media terpesong daripada kebenaran. Media wujud dalam pelbagai wahana. Di Malaysia, media cetak dan penyiaran sering dianggap sebagai media tradisional. Apabila kawalan media yang ketat dikenakan terhadap media tradisional, liputan berita atau siaran sesuatu peristiwa penting lebih merupakan “konstruk kompleks” mengikut acuan rejim kawalan, maka gambaran tertentu dipaparkan, persepsi tertentu ditonjolkan. Dimensi kebenaran yang tertentu menjadi pilihan, dimensi kebenaran yang lain tersisip dalam kekaburan, kalau bukan kepalsuan. Kini dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), media baharu sedang mencorakkan persekitaran sosio-politik semasa dalam negara dengan begitu rancak. Kawalan terhadap media tradisional masih berterusan, tetapi rejim kawalan yang bersifat monolitik sedang berhadapan dengan cabaran besar media baharu yang bersifat interaktif dan bergerak pantas berentap dengan media tradisional dalam proses representasi sesuatu peristiwa. Semenjak kewujudan media baharu termasuk portal berita atas talian seperti Malaysiakini, MerdekaReview dan The Malaysian Insider serta media sosial seperti blog dan mikroblog, ketegangan antara rejim pemerintah dengan media baharu dan juga antara media tradisional dengan media baharu tidak pernah reda. Semasa perhimpunan BERSIH 2007, apabila media tradisional melaporkan angka empat ribu, media baharu melaporkan angka puluhan ribu. Seterusnya semasa perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0, warga siber mendapat manfaat dari segi perbandingan maklumat ekoran kewujudan media baharu lantas memikirkan tentang kesahihan berita berkaitan. Lahirnya media baharu menjadikan perspektif bahawa “kebenaran menjadi pilihan” begitu menonjol sekali. Maka perbandingan dapat dilakukan dan representasi media baharu khususnya portal berita atas talian dapat mencabar representasi media tradisional dengan kredibiliti yang setanding jika tidak lebih tinggi kredibilitinya. Kredibiliti representasi sesuatu peristiwa tidak lagi dimonopoli oleh media tradisional, malahan kredibiliti media tradisional semakin terhakis. Contoh klasik ialah Utusan Malaysia yang mengalami kemerosotan sebanyak 31.12 peratus dari segi jumlah edarannya semenjak zaman Reformasi. (sila lihat Jadual 1 Bab 2 buku Membina Bangsa Malaysia penerbitan SIRD). Dalam hal ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berpendapat bahawa “kejatuhan edaran akhbar Utusan Malaysia disumbangkan atas beberapa faktor dan kebanyakannya disebabkan polisi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarang dan Pengarang-pengarang Kanan”, antara lain termasuk “laporan berat sebelah” dan “tidak memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk menjawab dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia”. Empat tahun selepas BERSIH 2007, gerakan BERSIH 2.0 menyaksikan fenomena kemunculan Generasi Facebook ekoran populariti jaringan media sosial dalam kalangan warga siber serta suasana politik yang dinamik dan memberangsangkan pasca 8 Mac 2008. 20 tahun selepas Tim-Berners Lee mengumumkan ciptaannya yakni jaringan seantero dunia yang juga dikenali dengan nama singkatan WWW (World Wide Web), kesan media sosial terhadap politik kebangsaan terserlah apabila Generasi Facebook mengemparkan bumi Malaysia dengan tuntutan Jaminan tiada penapisan Internet Apabila diimbas kembali perkembangan dalam negara kita, mungkin lebih sesuai jikalau tahun 1996 dan bukannya tahun 2000 diambil kira sebagai permulaan abad ke-21 Malaysia. Tanggal 1 Ogos 1996, Perdana Menteri (PM) ke-4, Dr.Mahathir Mohamad yang kini bergelar Tun Mahathir telah mengumumkan projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia. Ekoran itu, Mahathir mengumumkan suatu Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang mengandungi sepuluh jaminan kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat berstatus MSC dan industri teknologi maklumat di Malaysia. Antara jaminan penting yang menyediakan kerangka tatakelola dan mewujudkan persekitaran untuk perkembangan industri teknologi maklumat dan media ialah: Apa yang menarik ialah, atas andaian bahawa pembangunan MSC dapat mentransformasi masyarakat dan “melonjatkan” (leapfrog) pembangunan negara untuk mencapai tahap pembangunan sepenuhnya, sejajar dengan tesis masyarakat maklumat dan Wawasan 2020, paradigma pembangunan yang acap kali melegitimasikan tindakan rejim kawalan kini menjanjikan keterbukaan dari segi penapisan Internet. Seterusnya, jaminan tiada penapisan Internet diketengahkan oleh masyarakat madani sebagai syarat penting pewujudan persekitaran kondusif untuk pengoperasian portal berita atas talian tanpa sekatan politik dalam dunia siber. Perlu ditekankan di sini bahawa jaminan tiada penapisan Internet hanya diutarakan oleh Mahathir semasa beliau berucap di hadapan para pelabur Amerika Syarikat pada 14 Januari 1997, lima bulan selepas pengumuman MSC. Seterusnya, Fasal 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengisytiharkan bahawa “tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet.” Jaminan tersebut dapat dilihat sebagai satu-satunya legasi penting Mahathir yang menyumbang secara tidak langsung dan “secara tidak diingini” (unintended) kepada ruang demokrasi dunia siber selepas tercetusnya gerakan massa bergelar Reformasi dua tahun selepas pelancaran MSC. Setahun selepas pelancaran MSC, Malaysia mengalami krisis kewangan Asia 1997/98 yang bermula dari negara Thailand dan juga melanda negara-negara serantau termasuk Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Hong Kong. Industri ICT berorientasikan MSC yang diagung-agungkan kelihatan lebih signifikan dari segi pembinaan projek mega seperti Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Putrajaya dan Cyberjaya yang kerja pembinaannya bermula sekitar pertengahan tahun 1990-an. Dalam sebuah kajian ilmiah berkenaan pembangunan MSC, Tim Bunnell menyifatkan projek MSC sebagai suatu usaha penswastaan untuk mengecualikan rakyat terbanyak, sejajar dengan wacana dominan Mahathirisme yang cenderung mengaitkan slogan “Malaysia Boleh” dengan kehebatan pembangunan berorientasikan projek mega. Faktor dorongan perkembangan ICT Sementara pembangunan MSC kelihatan lemah tatkala krisis kewangan 1997/98, gelombang menuntut perubahan bergelar Reformasi memukul kuat politik tanah air lantas mendorong rakyat marhaen menerokai kemungkinan penyebaran maklumat tanpa sekatan menggunakan teknologi Internet. Justeru, gerakan Reformasi banyak mendorong perkembangan ICT apabila potensi ruang siber dikenalpasti sebagai manifestasi baharu politik partisipasi supaya mobilisasi rakyat terbanyak dapat dicapai sepanjang zaman Reformasi. Pelancaran laman sesawang zaman Reformasi yang pertama – Anwar Online – pada 1 September 1998, disusuli dengan pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap mantan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim keesokan hari, serta perisytiharaan Deklarasi Permatang Pauh olehnya di kampung halaman beliau, Cherok Tok Kun, Permatang Pauh pada 12 September 1998, bukan sahaja menandakan permulaan gelombang gerakan Reformasi 1998, tetapi juga menandakan permulaan masyarakat siber ketika Malaysia melangkah masuk ke abad ke-21 dan mengejar impian masyarakat berpengetahuan. Selepas itu, fenomena media baharu mulai menyerlah selari dengan arus perkembangan industri teknologi maklumat peringkat global dan gerakan Reformasi 1998 yang menyaksikan kelahiran sebuah parti baharu bersifat massa – Parti Keadilan Nasional – yang berjaya memenangi lima kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak melalui gabungan parti oposisi Barisan Alternatif yang memberikan cabaran kuat kepada Barisan Nasional (BN). Komponen parti oposisi tatkala itu termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Gelombang pertama fenomena media baharu berkisar sekitar kemunculan laman sesawang pro-Reformasi atau pro-Anwar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, bersama-sama dengan penerbitan cakera padat (CD), video cakera padat (VCD), penerbitan berkala dan tidak berkala lidah rasmi parti oposisi dan masyarakat madani, serta pelancaran Malaysiakini selari dengan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU Ke-10) pada 20 November 1999. Jika sekiranya gerakan Reformasi 1998 dan PRU Ke-10 pada tahun 1999 dianggap sebagai petanda gelombang pertama fenomena media baharu, gerakan massa sekitar tahun 2007 khususnya gerakan BERSIH dan PRU Ke-12 pada tahun 2008 dapat dilihat sebagai permulaan gelombang kedua fenomena media baharu berikutan populariti media sosial seperti blog, Facebook dan YouTube. (Bahagian pertama, bersambung) Bahagian kedua: Media Baru sebagai ruang awam *Artikel ini merupakan kemaskini kepada sebahagian daripada penulisan Ooi Heng **Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. |
PKR Gung-Ho on Minimum 105 Seats For Pakatan Posted: 20 May 2012 06:03 PM PDT If the elections are called immediately, Pakatan Rakyat would win at least 105 parliamentary seats said PKR's strategy director Rafizi Ramli. "We have improved! Five or six months ago, BN thought we might win 92 seats, and even then, they were worried. "Months later when they studied this again, Umno itself knows that if it calls for an election now, they would face an opposition that has 105 seats from the start," he said at the launch of the party's Selangor election campaign machinery today. Rafizi (right) urged party workers to push for 10 more seats to secure a simple majority for Pakatan. "We are confident of winning because we have witnessed the mood and the rise of the people outside (the party). It is not us, but the people are ready to win," he said. The 105 seats tally is seven short of an outright parliamentary majority to claim power. Nevertheless, such a close result should destabilise BN enough to either create a possible round of defections as well as a change of leadership in the ruling coalition. 'Go ahead, call GE now' Meanwhile in his speech officiating the event at the Petaling Jaya Civic Hall, party deputy president Azmin Ali challenged Prime Minister Najib Abdul Razak to call for immediate elections. "If Umno is strong as seen on television and newspapers (reporting) in (its 66th anniversary celebration) in Bukit Jalil, I challenge the prime minister to dissolve the Parliament tomorrow and call for fresh elections," he said, to the applause of the 700 who gathered there. However, he sarcastically cautioned his colleagues that Umno has a new wing – the Election Commission (EC). He pointed out that between the last election and the latest electoral roll, the number of voters in Selangor has increased from 1,565,493 to 1,906,008, a jump of 340,515 new voters – the largest increment among the states. Azmin (left), who is also the PKR elections director, urged the campaign workers especially the Youth wing to go to the ground to verify if these are genuine voters, because a large portion of the voters are young voters. To aid their mission, he demonstrated the capabilities of the software Sistem Menang Pilihanraya (Sismep) 3.0 launched on May 11, which among other features, can highlight movements of voters between constituencies, voters above a specified age, and even point out their latest addresses on a map. "Sismep is only effective if we make good use of it at the grassroots level," he said. Leaflet warfare The government has until April next year to dissolve the 222-seat Parliament. However, many including Azmin, anticipate that it will be held as early as this June. At today's launch, thick volumes containing lists of voters who had been added, moved or removed in the electoral roll were given to division and branch election chiefs in seats where PKR plans to contest. The launch is part of a series that has already covered Perak, Penang, Malacca and Negri Sembilan, with Kedah, Sabah and Sarawak scheduled for the coming week. Other items distributed at the event were party paraphernalia such as caps and T-shirts, and a password-protected thumbdrive containing the Sismep 3.0 software, the 2011 fourth quarter electoral roll (the latest to be gazetted), a video from the Bersih 3.0 rally and soft copies of Pakatan Rakyat's 'Buku Jingga' policy framework, photos of PKR senior leaders, and 13 sets of leaflets. Rafizi said the leaflets are part of PKR's strategy to keep BN on the defensive. "If Pakatan Rakyat attacks BN from Day One of the election campaign period, and BN has to fend them off each day of campaigning, then God willing we will win," he said. If well-played, he said this would allow the people to focus on Pakatan Rakyat's message while forcing BN to respond to it rather than the other way around, despite the ruling party's control over the mainstream media. A million of each of the 13 two-page leaflets will be printed by PKR's central leadership, whilst the branch and division offices will print the rest as needed. The leaflets highlight a range of issues. Some contain the coalition's promises such as to lower fuel prices or to abolish the National Higher Education Fund (PTPTN). Others are responses to Umno's attacks such as allegations that PKR de facto leader Anwar Ibrahim (right) is an Israeli agent. The rest attack BN on issues such as the National Feedlot Corporation scandal and the Scorpene submarines scandal. Rafizi urged campaign managers to remind speakers to frequently make references to the leaflets in hopes that listeners would at least read it, lest the funds spent printing it go to waste. He added that the party's central leadership would be monitoring the campaign effort at every branch on a weekly basis, armed with a score-sheet. Candidates still under wraps At a press conference later, Azmin kept the party's election candidates list under wraps. "Our political culture is very dirty and disgusting, where they could threaten and intimidate our candidates with all sorts of tricks and enticements. "We will discuss and decide a suitable date to announce our candidates to avoid Umno and BN trickery," he said. Nonetheless, Azmin said a majority of the candidates will be fresh faces, and in his speech earlier pledged that the candidates would be vetted more carefully to avoid a repeat of the turncoats disaster that plagued the party shortly after the 2008 general election. When asked about seat allocations, he said a decision is expected in the first week of June, with agreement on all but the last seat in most states presently to be resolved. He added that Selangor is the first state where Pakatan Rakyat’s seat allocation has been finalised. |
Photo Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak 19 Mei 2012 Posted: 19 May 2012 11:00 PM PDT Gambar Ihsan Media Rakyat Tiba Di Lapangan Terbang Bintulu – Menanti Perahu – Menuju Rumah Panjang Ungey Sangan – Ceramah Di Rumah Panjang Ungey Sangan – Bersama Masyarakat Bintulu – Ceramah Di Majlis Makan Malam Masyarakat Dayak Di Bintulu
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan