Anak Muda Kampung Nak Senang |
- CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
- Babi sondol kafe siber
- 5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana Menteri
Posted: 21 May 2012 06:27 AM PDT |
Posted: 20 May 2012 06:19 PM PDT Babi sondol kafe siber 21 Mei 2012 MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam. Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet. Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ. "Semua pelanggan lari lintang pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang. "Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya. Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan. |
5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana Menteri Posted: 20 May 2012 06:18 PM PDT 5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana Menteri 21 Mei 2012 KUALA LUMPUR - Polis semalam dalam proses merakam keterangan lima anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan diambil secara berperingkat. "Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang. "Punca kejadian masih dalam siasatan," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan