Selasa, 8 Mei 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum 9 Mei 2012 di DUN Johol, N9

Posted: 07 May 2012 11:39 PM PDT


Ceramah Umum dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Inas

Tarikh : 9 Mei 2012 ( Rabu )
Masa : 9 malam
Tempat : UPU Inas, Kampung Seginyeh ( Jalan Inas - Kampung Batu, Rembau )

Penceramah :
- Mazlan Aliman ( Pengerusi ANAK )
- Aiman Athirah Al-Jundi ( Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat )
- Zulkefly Mohamad Omar ( AJK PAS Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )

Tibi meningkat ketara di Johor

Posted: 07 May 2012 08:23 PM PDT


MUAR 7 Mei 2012 - Penyakit tibi yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil Mycobacterium tuberculosis telah meragut 53 nyawa sejak awal tahun ini hingga kelmarin di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, hingga kelmarin sebanyak 563 kes dicatatkan dengan 91 peratus adalah pesakit baru dan 52 peratus menghidap tibi berjangkit.

Menurutnya, daerah Johor Bahru mencatat rekod tertinggi dengan 246 kes diikuti Muar (91), Batu Pahat (56), Kluang (33), Kulaijaya (32), Segamat (32), Kota Tinggi (25), Pontian (20), Ledang (19) dan Mersing (9).

"Perkembangan terbaru ini agak serius apabila dua pesakit tibi di daerah Muar meninggal dunia kelmarin," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 213 penerima di Sungai Balang di sini kelmarin.

Tiada ulasan: