AMK BATU |
Fatwa Majlis Kebangsaan Ehwal Islam Mengenai Hukuman Haram Berdemonstrasi Posted: 07 May 2012 01:50 AM PDT BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT KENYATAAN MEDIA Petaling Jaya, Selangor, 7 Mei2012. KEADILAN berpendirian tegas bahawa pandangan Pengerusi Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam (5hb Mei 2012) adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berotoriti iaitu Shaikh Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha'b (Revolusi Rakyat). Beliau berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman. Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan UMNO yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka. Sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 hb April yang lalu. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28hb April secara menyeluruh. KEADILAN yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas itu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia. Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificial atau penuh dengan sangkaan buruk (su' al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur'an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil. Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur "politik murahan" dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berotoriti. Dr Muhammad Nur Manuty Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Tel: 019-332-8302 Email: dr_manuty@hotmail.com |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan BATU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan