Suara Sri Andalas |
BERSIH: Kita Akan Cuba Sedekat Mungkin Ke Dataran Posted: 27 Apr 2012 03:05 AM PDT Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah esok, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka. "Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini. Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Sumber: Malaysiakini |
Keluarga Miskin, Pelajar Cemerlang Terima Bantuan Kerajaan Negeri Posted: 27 Apr 2012 02:00 AM PDT HULU SELANGOR 27 APR: Seramai 150 warga miskin terharu dan gembira dengan sumbangan hamper makanan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor di sini malam tadi. Salah seorang penerima, Loo Yoo Thai, 73 berkata, kerajaan negeri sekarang dilihat lebih komited bekerja membela semua golongan tanpa mengira kaum dan latar belakang. "Sememangnya golongan seperti kami gembira dengan kerajaan sekarang ini yang lebih berkebajikan. "Bukan sekadar hari ini, malah kami menikmati pelbagai program lagi yang berterusan," kata Yoo Thai yang hadir bersama anak dan cucunya. Sementara itu, Mahaletchumy Samugam, 49 yang turut menerima sumbangan hamper makanan berpendapat kerajaan negeri yang memerintah sekarang harus dikekalkan. "Dalam masa empat tahun kami sendiri dapat lihat banyak perubahan positif di Selangor. "Saya sebagai rakyat Selangor berharap kerajaan negeri akan terus memerintah di masa akan datang bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin untuk anak-anak kami," ujar Mahaletchumy yang merupakan salah seorang daripada 150 warga miskin yang menerima sumbangan. Dalam majlis yang sama juga, 100 orang pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sumbangan wang saguhati. Mahaletchumy yang mewakili anaknya, Vishaalini Vasanthan, 18 yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang ternyata bangga dan terharu dengan penghargaan yang diberikan. "Jika ada tawaran, anak saya juga bakal menikmati Hadiah Anak Masuk Universiti sebanyak RM 1,000. "Dengan ini,saya ingin mengambil kesempatan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sedikit sebanyak segala bantuan yang dihulurkan meringankan beban golongan berpendapatan kurang seperti kami," sambung Mahaletchumy sambil menambah anaknya kini sedang bekerja sambilan sebelum menyambung pelajaran. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar, Penyelaras DUN Batang Kali, Khalid Jaafar serta ketua-ketua masyarakat. Sumber: Selangorku.com |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan