Isnin, 2 April 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Masalah Sampah Selangor Hanya Sementara

Posted: 02 Apr 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 2 APRIL: Masalah kutipan sampah yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana telah beransur pulih dan berjalan seperti sediakala.

Menurut Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Azhar Mohd Ali, masalah yang berlaku sebelum ini hanyalah bersifat sementara sebelum kontraktor terbabit dapat mengenal pasti kawasan kutipan sampah.

"Bila kontraktor baru, dia tak tahu kawasan mana nak kutip atau rumah mana nak kutip. Cuma peringkat awalnya kira ada yang tersesat.

"Tetapi sekarang dah balik semula ke normal, berjalan seperti sediakala," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau lagi, masalah yang berlaku ini bukanlah suatu perkara baru yang berlaku di Selangor tetapi sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

"Dulu pun memang dah ada masalah tapi sebab sekarang kontraktor baru. Jadi bila baru, dia belum tahu kawasan dan sebagainya.

"Tetapi masalah itu sebulan dua sahajalah. Lepas itu, macam sekarang ini dah tak ada masalah lagilah.

"Memang biasalah politik. Tapi sekarang semua Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkerja keras, berkerja kuat dan kalau ikut graf, aduan memang dah nampak trend penurunanlah," ujarnya lagi.

Bagaimanapun menurut Azhar, walaupun perkhidmatan pungutan sampah semakin bertambah baik, kerja-kerja yang dijalankan kontraktor yang dilantik terus dipantau dari masa ke semasa.

"Memanglah masalah pungutan sampah dah selesai sekarang. Tetapi kerja-kerja kontraktor yang dilantik tetap dipantau dari masa ke semasa.

"Mana-mana kontraktor yang bermasalah kita gantung dan digantikan dengan kontraktor 'back-up' yang tersedia," katanya lagi.


Sumber: Selangorku

Pusat Sekat Peruntukan Atasi Masalah Banjir Di Selangor

Posted: 02 Apr 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 2 APRIL: Banjir kilat yang melanda Klang baru-baru ini dijadikan isu politik apabila Datuk Seri Noh Omar menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor  tetapi tidak memberi sebarang idea untuk penambahbaikan dan menyelesaikan masalah berkenaan.

Ronnie Liu dalam satu kenyataan memberitahu kerajaan negeri sudah berbincang dengan Jabatan Parit Saliran(JPS) dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 bilion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.

Tetapi walaupun permohonan sudah  dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)  tetapi tidak dianggap penting oleh Kerajaan Pusat malah dikategorikan tahap ketiga.

"Lebih malang lagi, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh Omar tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 billion diturunkan ke Negeri Selangor. Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan malah  beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS," katanya yang bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri.

Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik  jika Kerajaan Pusat  menyekat peruntukan ini dan Noh Omar pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang.

Malangnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini,  pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan.

Bagi Ronnie, sikap memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir. Sebaliknya beliau perlu jujur membantu rakyat dengan mendesak peruntukan RM1 bilion disegerakan.

"Noh Omar tidak jauh beza dengan mantan Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ketika itu," kata Adun Pandamaran itu.

Di Selangor, JPS di bawah Kerajaan Pusat bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir. Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari Kerajaan Pusat.

Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab kerajaan pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir.

Walaubagaimanapun, menyedari masalah banjir adalah besar maka Kerajaan Negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.

Ini berbeza  dengan amalan  pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun.


Sumber: Selangorku

Kenyataan Akhbar: Pusat Sekat Peruntukan Atasi Masalah Banjir di Selangor

Posted: 02 Apr 2012 02:00 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
2 APRIL 2012
PUSAT SEKAT PERUNTUKAN ATASI MASALAH BANJIR DI SELANGOR


Tuduhan Dato' Seri Noh Omar yang menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kejadian banjir kilat di Klang baru-baru ini menunjukkan  mentaliti pemimpin UMNO-Barisan Nasional yang sentiasa mempolitikkan isu tetapi tidak memberi sebarang idea untuk penambahbaikan dan menyelesaikan masalah.

Malaysia beriklim khatulistiwa yang menerima hujan lebat melebihi 2000mm setahun. Justeru,  masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri.

Di Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir. Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari Kerajaan Pusat.

Peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini.

Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir.

Walaubagaimanapun, menyedari masalah banjir adalah besar maka Kerajaan Negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.

Ini berbeza  dengan amalan  pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun. Kerajaan negeri terdahulu juga tidak mempunyai pelan pembangunan yang teratur. Justeru, banjir kilat baru-baru ini merupakan hasil dari produk pembangunan yang dilakukan oleh mereka.

Kerajaan Negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.

Peruntukan ini telah dimasukkan dalam RMK-10 tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah permohonan ini bukan dianggap permohonan penting oleh Kerajaan Pusat malah permohonan ini dkategorikan tahap ketiga.

Lebih malang lagi, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh Omar tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 billion diturunkan ke Negeri Selangor. Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan malah  beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS.

Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik  jika Kerajaan Pusat  menyekat peruntukan ini dan Noh Omar pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang.

Memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir. Malangnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini,  pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan.

Noh Omar tidak jauh beza dengan mantan Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ketika itu.

Noh Omar tidak perlu berdolah-dalih dalam isu ini. Jika beliau jujur untuk membantu rakyat Selangor, beliau perlu mendesak Kerajaan Pusat menyalurkan segera peruntukan RM1 biliion kepada JPS supaya masalah banjir dapat diatasi segera.

YB RONNIE LIU
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP
KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN DAN PENYELIDIKAN NEGERI SELANGOR

Banjir: Kerajaan Negeri Salur Bantuan RM300 Sekeluarga

Posted: 01 Apr 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 1 April : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 kepada setiap keluarga mangsa banjir kilat di sekitar daerah Klang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri juga akan menimbangkan langkah untuk menyalurkan bantuan lebih dari RM300 bergantung kepada kesusahan yang mereka alami.

"Sebagai negeri yang mementingkan kebajikan rakyat,  Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan kesusahan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir kilat ini tetapi bantuan yang akan diberikan mestilah realistik dan mengikut kemampuan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mangsa banjir atas kesabaran mereka dan  kerjasama mereka kepada pihak berkuasa negeri dalam memastikan proses membekalkan bantuan berjalan lancar," kata Menteri Besar.

Menurutnya, dana ini adalah sekadar bantuan bagi meringankan beban mangsa dan bukan pampasan atas kehilangan atau kerugian yang mereka alami akibat banjir kilat yang teruk itu.

"Wakil rakyat di kawasan terlibat turut menubuhkan bilik gerakan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan seperti makanan, minuman serta keperluan lain.

"Bilik gerakan ini juga mendaftarkan semua mangsa bagi merekodkan jenis kerosakan dan kerugian yang ditanggung mangsa agar tindakan susulan diambil seperti bantuan sewajarnya." kata beliau menerusi Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid turut mengarahkan Pegawai Daerah Klang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  supaya menyediakan laporan lengkap kejadian ini termasuk punca dan cara penyelesaiannya. Laporan ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), Khamis ini.

Sebagai rekod, Masalah banjir kilat di Klang telah berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu tanpa ada sebarang usaha agresif untuk mengatasi bencana alam ini dalam tempoh itu.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan segala tuduhan terhadap kerajaan negeri sekarang sebagai tidak menjaga kebajikan rakyat dan gagal memastikan banjir kilat tidak berulang.

Sedangkan kerajaan negeri terdahulu yang memerintah lebih 50 tahun gagal menangani masalah ini.

Kerajaan Negeri akan megkaji semula pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun.

"Pelan itu akan dijadikan panduan di mana Kerajaan Negeri akan menasihatkan pihak berkenaan supaya tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu kemungkinan ditenggelami banjir,"jelas Khalid.


Sumber: Selangorku

Banjir Di Klang: Kerajaan Negeri Beri Bantuan Kewangan Dan Sokongan Bukan Pampasan

Posted: 31 Mar 2012 03:00 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
31 MAC 2012     
 
BANJIR DI KLANG: KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN BUKAN PAMPASAN 

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 setiap setiap keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di sekitar daerah Klang yang berlaku semalam (Jumaat). 

Kerajaan Negeri akan menimbangkan untuk memberi bantuan lebih dari RM300 bergantung kepada kesusahan yang mereka alami. 

Wakil rakyat di kawasan terlibat menubuhkan bilik gerakan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan seperti makanan, minuman serta keperluan lain. Bilik gerakan ini juga mendaftarkan semua mangsa bagi merekodkan jenis kerosakan dan kerugian yang ditanggung mangsa agar tindakan susulan diambil seperti bantuan sewajarnya.   

Sebagai negeri yang mementingkan kebajikan rakyat,  Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan kesusahan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir kilat ini tetapi bantuan yang akan diberikan mestilah realistik dan mengikut kemampuan.   

Bagaimanapun, dana ini adalah sekadar bantuan bagi meringankan beban mangsa dan bukan pampasan atas kehilangan atau kerugian yang mereka alami akibat banjir kilat yang teruk itu. 

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mangsa banjir atas kesabaran mereka dan  kerjasama mereka kepada pihak berkuasa negeri dalam memastikan proses membekalkan bantuan berjalan lancar," kata Menteri Besar. 

Menteri Besar juga telah mengarahkan Pegawai Daerah Klang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  supaya menyediakan laporan lengkap kejadian ini termasuk punca dan cara penyelesaiannya. Laporan ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), Khamis ini. 

Masalah banjir kilat di Klang telah berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu tanpa ada sebarang usaha agresif untuk mengatasi bencana alam ini dalam tempoh itu. Adalah tidak adil menuduh kerajaan negeri sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat dan gagal memastikan banjir kilat tidak berulang sedangkan kerajaan negeri sebelum inipun gagal menangani masalah ini walaupun lebih 50 tahun memerintah.   

Kerajaan Negeri akan megkaji semula pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun. Pelan itu akan dijadikan panduan di mana Kerajaan Negeri akan menasihatkan pihak berkenaan supaya tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu kemungkinan ditenggelami banjir.


DIKELUARKAN OLEH
SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

MB: Peruntukan RM67.5 Juta Untuk Pembangunan Belia

Posted: 31 Mar 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 31 MAC : Golongan belia di Selangor disaran agar memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang selaras dengan tuntutan keperluan masa kini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Bajet 2012 menyediakan peruntukan yang besar bagi manfaat golongan belia di negeri ini.

Katanya berdasarkan perangkaan tahun 2011 sebanyak 41.2 peratus atau lebih 2.2 juta daripada 5.4 juta penduduk Selangor terdiri daripada golongan belia.

"Kerajaan negeri menyedari kepentingan belia dalam impak ekonomi dan pembangunan masyarakat di Selangor dan merangka pelbagai program kepada belia untuk bersama-sama membangunkan negeri supaya terus maju dan hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat." jelas beliau

Katanya, menerusi Geran Selangorku, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM67.5 juta untuk pembangunan belia yang merangkumi program latihan belia (RM3.5 juta), keusahawanan muda (RM30 juta), pembangunan sukan (RM4 juta), penyediaan infrastruktur sukan (RM30 juta).

Menurut Abdul Khalid Kerajaan negeri mengiktiraf pemegang Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) setaraf dengan kelulusan akademik dan layak memohon berkhidmat di sektor awam, sementara bagi bagi sektor swasta, mereka layak menerima gaji setaraf dengan pemegang sijil dan diploma.

Selain itu katanya, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) yang sebelum ini dijadikan pilihan terakhir pelajar diiktiraf kerajaan negeri untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, bukan sahaja cemerlang daripada segi teknikal tetapi mempunyai jati diri yang lengkap.

Menurut Abdul Khalid, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM33.5 juta untuk pelaksanaan program khas kepada belia untuk menceburi bidang perniagaan menerusi program Usahawan Muda dan melalui latihan yang disediakan secara berperingkat.

"Kerajaan Negeri sedia maklum dengan keperluan belia dalam permulaan melangkah dan mengembangkan karier selepas lulus di peringkat sijil, diploma mahupun ijazah.

"Oleh itu, Program Usahawan Muda ini berinisiatif sebagai platform kepada belia-belia yang ingin memulakan perniagaan mahupun yang ingin melebarkan perniagaan keluarga yang sedia ada," tambah Abdul Khalid yang juga MP Bandar Tun Razak.

Abdul Khalid berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesyen INPENS International College Kali ke 16 yang diadakan di Dewan Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Seramai 432 graduan pelbagai bidang kemahiran menerima sijil dan anugerah kecemerlangan akademik dan kokurikulum termasuk 14 graduan Diploma Eksekutif Automotif yang pertama kali diadakan di kolej ini.


Sumber: Selangorku

Anwar Dedah Cara Tangani PTPTN

Posted: 31 Mar 2012 02:00 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.
Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.


Sumber: Malaysiakini

Rundingan Langsung Kurang 98.8% Bawah Pakatan

Posted: 27 Mar 2012 04:00 AM PDT

Kerajaan Selangor menganugerahkan kontrak RM4.8 juta melalui rundingan terus pada 2011 - 98.8 peratus berkurangan berbanding pada 2007 ketika BN memerintah.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, sejumlah 87 kontrak tanpa tender terbuka dianugerahkan pada 2007, bernilai RM396.4 juta.

Beliau berkata, pada 2007 - sebelum tahun pilihan raya - mencatatkan kontrak tertinggi melalui tender rundingan dianugerahkan oleh negeri.

Sebelum ini, jumlah tertinggi direkodkan pada 2005, di mana 31 kontrak rundingan terus bernilai RM190.7 juta dianugerahkan dan 66 kontrak bernilai RM171.9 juta pada 2006.

Khalid menegaskan bahawa jumlah ini dikurangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008.



Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: