Isnin, 23 April 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ceramah PKR di Kuala Krau 23.4.12

Posted: 23 Apr 2012 06:05 PM PDT
















Ceramah Pakatan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dengan kehadiran 2000 orang merupakan perjumpaan politik terbesar yang pernah berlangsung di Pekan Kuala Krau.

YB Tian Chua yang sepatutnya memulakan ucapan pada jam 8.45 malam tidak sampai ke tempat ceramah yang diadakan di perkarangan Pejabat PKR Kuala Krau.

Menurut kisahnya beliau telah terlepas Exit Tol Temerloh dan telah menuju ke Bandar Jengka sebelum berpatah balik ke Tol Temerloh dan sampai di Pejabat PKR Kuala krau jam 10.00 malam di ketika YB Ng Suee Lim sedang berucap.

Sebaik saja YB Ng selesai berucap, Majlis menjemput YB Tian berucap dan beliau berucap sekadar 10 minit sahaja kerana beliau terpaksa belepas ke Kuala Lipis untuk Majlis Ceramah disana.

Majlis Ceramah itu dimulakan oleh Sdr Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka, ucapannya mirip YB Nizar, mantan Menteri Besar Perak.

YB Ng atau dengan nama yang lebih popularnya YB Sekinchan yang berucap selama 45 minit dengan cara ucapannya yang yang kelakar tetapi menyentuh isu-isu kegagalan UMNO/BN khususnya di Negeri Selangor memukau para hadirin.

YB Azmin Ali berceramah dengan cara yang serius membongkar penyelewengan-penyelewengan
UMNO/BN dan SPR yang melakukan penyelewengan didalam scale yang besar bagi memanipulasikan daftar pemilih untuk memberikan kemenangan UMNO/BN didalam PRU akan datang dengan cara yang tidak sah.

Satu ceramah yang betul-betul hidup dan bersemangat, tahniah kepada semua yang terlibat.

Tiada ulasan: