Ahad, 22 April 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mesyuarat JK PKR Cbg Kuala Krau - 22.4.12

Posted: 22 Apr 2012 09:39 PM PDT

 Pengerusi Tetap PKR Cabang Kuala Krau, Haji Mohd Saludin Omar menyampaikan sumbangan daripada PKR Cabang Kuala Krau kepada Sdr Khalid, Pen. Setiausaha PKR Cabang, isterinya diserang penyakit menyebabkan tidak ada keupayaan untuk berdiri dan hanya menghesut.  Semoga isteri Penolong Setiausaha ini sembuh segera.

 Sebahagian daripada AJK PKR Cabang Kuala Krau yang menghadiri Mesyuarat JK semalam.
Sebahagian daripada AJK PKR Cabang Kuala Krau yang menghadiri Mesyuarat JK semalam


Mesyuarat JK PKR Cabang Kuala Krau semalam telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja AMK Cabang Kuala Krau terdiri daripada seorang Ketua, seorang Naib Ketua, seorang Setiausaha dan 7 orang AJK.

JK Penaja ini akan membuat hubungan dengan AMK Negeri dan Pusat untuk merasmikan AMK Cabang Kuala Krau.

Sementara itu, mesyuarat juga berjaya menyelesaikan semua tugasan dan persediaan Ceramah yang akan diadakan pada 23.4.12 iaitu Ceramah oleh YB Azmin Ali, YB Tian Chua, YB Ng Suee Lim dan Sdr Adly Zahari di perkarangan Pej PKR Kuala Krau.

Persediaan-persediaan lain ialah untuk ceramah-ceramah pada 25.4.12 di Felda Jenderak Utara; 27.4.12 untuk penubuhan PKR Ranting Felda Jengka 16; 30.4.12 Ceramah oleh Sdr Rafizi Ramli, Felicia Ling, dan WFauzudin Ns di perkarangan pejabat PKR Kuala Krau; 30hb April 2012 4.30 ptg di Kg Penderas oleh Sdri Fellicia Ling; 1hb Mei 2012 walk-about oleh YB Zuraida Kamaruddin, di Kg Dato Shariff Ahmad, Kg Jenderak, Estate Sg Tekal dan Kg Paya Luas dan ceramah di Kg Pian jam 4.30 petang dan Ceramah oleh YB Zuraida di Kg Paya Sok; Ceramah oleh Bob Manolan di Kg Beredut 4.30 petang dan di Kg Paya Pelong jam 8.00 malam pada 2hb Mei 2012; dan Ceramah oleh Yusri Ahon jam 4.30 petang di Kg Paya Mendoi.

Jam 2.00 petang ini, kanopy akan dipasang di perkarangan Pejabat PKR Kuala Krau, manakala pada petang ini juga Bilik Gerakan PKR Cabang untuk Kg Dato Shariff Ahmad akan dikemaskan. 

Tiada ulasan: