Selasa, 10 April 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kembali ke perkampongan Orang Asal

Posted: 10 Apr 2012 06:23 PM PDT

Sebelum saya bercuti selama 5 hari, saya membuat lawatan dan mengadakan ceramah di perkampongan Orang Asal di Kuala Krau.

Di Kampong Beredut dan Kg Paya Pelong, cedramah di sana dijayakan oleh Sdr Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin dan Sdr Man Kadir, Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh.

Saya juga telah aturkan ceramah di Kg Penderas dan Kg Pian dan mengundang Bob Manolan, AJK AMK Pusat yang juga Ketua AMK PKR Cabang Bera.

Tetapi kedua-dua ceramah itu terpaksa dibatalkan kerana di Kg Penderas, isteri Sdr Chim sedang sakit, dan mengikut amalan Orang Asal kaum Jahut, tidak boleh diadakan sebarang aktiviti di rumah tersebut jika didalamnya ada orang yang sakit.

Di Kg Pian jua terpaksa ditangguhkan kerana berlaku kematian di kampong itu.

Pada hari semalam, kami adakan Majlis Santai dan Dialog di Kg Penderas di rumah Sdr Sulong.  Kami menyediakan makanan dan minuman untuk 150 orang untuk tujuan santai tersebut.  Malangnya Kamera saya berlaku sedikit kerosakan dan gambar-gambar yang diambil tidak dapat ditransferkan kepada komputer.

Hari ini, kami akan mengadakan ceramah di Kg Pasu juga untuk tujuan santai dan dialog.  Sdr Basri Hok selaku tuan rumah dan Sdr Rahman akan membuat panggilan kepada penduduk kampong.

Didalam Majlis itu nanti akan diadakan sesi soal-jawab mengenai isu tanah dan pendidikan orang Asal, dan melihatkan kepada Majlis Dialog di Kg Penderas semalam, isu yang paling rapat dengan Orang Asal ialah isu tanah.

Sdr Roman Achai dan Sdr Mat Labu yang berucap bagi pihak Orang Asal semalam memfokuskan kepada dua-dua isu tersebut; dan kedua-dua mereka mengajak Orang Asal Kg Penderas supaya memperjuangkan Hak Orang Asal dengan membawa perubahan dengan menukarkan Kerajaan UMNO/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Didalam minggu ini, saya akan melawat kesemua perkampongan Orang Asal di Kuala Krau termasuklah Kg Lubok Wong, Kg Pian, Kg Rekoh, Kg Mendoi, Kg Terbol dan Kg Seboi.

Kami masih kekal dengan slogan di perkampongan Orang Asal di kawasan ini iaitu TEK HEK MARUAH HEK!

Akhirnya, bek meh hek jinjuong ramai-ramai dan laungkan REFORMASI!

Tiada ulasan: