Ahad, 1 April 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Pelancaran Bilik IT SRJK(T) Bkt Darah

Posted: 01 Apr 2012 10:25 PM PDT

Sivarasa telah dijemput untuk merasmikan Makmal Komputer di SRJK(T) Bukit Darah. Dalam program yang sama, pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2011 telah pun menerima anugerah daripada Ahli Parlimen mereka.

Turut hadir adalah Penyelaras DUN Paya Jaras, Sdr Kharuddin Othman serta pimpinan PAS dan PKR Subang.

Sivarasa bersama Guru Besar dan Pelajar Pelajar Cemerlang

Sivarasa menerima cederahati daripada Pengerusi PIBG

Bersama Sdr Khairuddin memberi sumbangan

Program Kesihatan di Bandar Baru Sungei Buloh

Posted: 01 Apr 2012 10:15 PM PDT

Ahad 1hb April, Sivarasa bersama Sdr Khairuddin Othman telah hadir di Program Kesihatan anjuran Pakatan Rakyat Subang di Bandar Baru Sungei Buloh.

Penduduk penduduk tempatan berpeluang untuk mendapat pemeriksaan kesihatan percuma samping bersalaman dengan Ahli Parlimen dan pimpinan masyarakat setempat.

Sivarasa Supports Earth Hour Walk 2012

Posted: 01 Apr 2012 10:08 PM PDT

Seramai 70 anak-anak muda dan remaja telah bersama menyambut Earth Hour Walk 2012 di Kota Damansara. Mereka telah berjalan kaki sejauh 5.5km merentasi kawasan Kota Damansara membawa bersama mesej untuk memelihara bumi kami.

Selepas berjalan, mereka bersama menjamu selera dengan YB Sivarasa di Padang Kota sambil menikmati keindahan alam sekitar.


Pentas Program di Giza

Banner Sokongan - peserta menunggu untuk melintas jalan

Peserta menjamu selera di Padang Kota

Sivarasa bersama menjamu selera

Kek yang telah disediakan untuk semua
Program diteruskan di GIZA dimana peserta bersama pengunjung GIZA bersempatan dihibur oleh pasukan Gendang PPRT Sek 8, persembahan lawak dan persembahan nyanyian oleh Tenor Msia. Hadir bersama adalah YB Dr Nasir, ADUN Kota Damansara.

Dari jam 8:30mlm - 9:30mlm lampu di GIZA ditutup sebagai lambang menyokong pendirian untuk bersama memelihara bumi ini. Pada masa ini juga, anak-anak muda kami telah memberikan "flyer" Earth Hour dan juga Petanda Buku dan Pelekat-pelakat untuk berkongsi maklumat dengan para pengunjung tentang kepentingan bersama memelihara bumi kita.

Tiada ulasan: