Rabu, 11 April 2012

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Umum-umum dah...sampai malam ayor masih tak keluar dari paip !!!

Posted: 11 Apr 2012 05:59 AM PDT

Setakat ini lori-lori  masih memberi bantuan ayor !!!

Video : Penjelasan Artis Dayangku Intan Sebab Beliau Sertai PKR

Posted: 11 Apr 2012 05:23 AM PDT

Moh Ke Gerik !!!

Posted: 11 Apr 2012 03:05 AM PDT

Oleh: Pak Long Jali

Ajer yang gampang bebenor. Baru teman nak nulih dah ada member yang tuang keghoje, jadi terpaksa le teman ganti dia jaga kondo. Tu pasei teman tak nulih semalam.

Tapi seghonok juga jadi Pak Guard kondo ni. Ada macam-macam yop!!Pukui 3-4 pagi ghamei le betina-betina Indon, Vietnam yang baghu balik keghoje kat karaoke, kat kelab dangdut, dan yang "keghoje malam." Ceghiter yang ni teman simpan dulu. Nanti teman ceghiter kisah "Pak Guard Terlampau." Yang ni untuk yang dah kawin je, takut nanti yang bujang tu mencakor dinding.

Balik keghoje malam sebelum malam tadi, teman teghuih ke Gerik. Dengo ceriter kat Gerik dah jadi tempat tumpuan pelancong sejak empat lima haghi ni. Yang ni Kak Midah tak mau ceghiter, jadi teman tolong buat promosi kat Mediapeghak ni.

Kalau komer nak ke Gerik daghi Ipoh ni..boleh naik bas Perak Roadways. Tapi bas ni dah la'ih sangat. Silap-silap sampei Lenggong tersadei kat tepi jalan.

Teman pun naik bas ni. Dalam bas, kiok sana kiok sini macam katil orang dah kawin lima tahun.

Sampei di Gerik pukui 12 tengahari. Ghamei juge yang naik bas tu dan teman ingat demer nak ke Gerik, ghopernye demer nak ke Betong. Ajer yang hampeh.

Sampei Gerik..banyak kedai makan tutup. Ghopernye pekan Gerik tak ada ayor.

Daghi balai polis Gerik bawa ke bawah sampei Padang Kunyit, yang tu ada ayor. Tapi dari Balai bawak ke sampai ke Bersia tu hagham tak beghayor.

Ayor mineral memang cukup laku, tapi takkan nak basuh ayor kencin pakai ayor mineral kot?

Teman pun maggil kawan teman mintak tolong sebab nak melawat daerah Gerik ni teman tak ada moto. Kawan teman pun bagi le pinjam moto dia.

Memang ghamei pelancong kat Gerik sekaghang ni Yob! Sampei kan askar kena jaga keselamatan. Teman nengok ghamei benor askar yang jaga keselamatan. Tapi ada apa?

Ghoper-ghopernye, oghang Gerik dah nak bebunoh pasei ayor!

Pelancong-pelancong memang ghamei datang ke Gerik sekaghang ni Yop, tapi demer semua datang naik lori. Ada yang datang daghi Kedah, Daghi Pulau Pinang dan dari Selangor pun ader! Ingatkan orang ayor Selangor je yang datang, ghoper-ghopernya siap dengan polis bantuan. FRU Sungai Senam tak cukup ke?
Tapi yang lagi teman heghan, ngape le Kak Midah tak buat promosi tentang Gerik yang tak ada ayor ni?


Gerik tengah darurat Yop! Tapi Menteghi Besor buat nohen je! Perak FM buat tak tau je. ape keheinye?

Oghang Gerik dah dekat seminggu tak ada ayor. Semalam, askar-askar yang sepatutnya dihantar ke Somalia atas misi keamanan, sekaghang ni dah dihantor ke Gerik.

Tapi ada komer mace dalam Sinar? Dalam Utusan? Dalam Berita Harian? Kak Midah patut publish dalam FB Tahun Melawat Perak pasei Gerik Tanpa Ayor.


Nak dijadikan ceghiter, mola-molanye oghang Gerik sendiri tak tau masalah ayor ni. Oghang Gerik cuma diberitahu, ada paip bocor jadi demer ingat paling tinggi pun saghi due je le.

Ghoper-ghopernya loji ayor kat Bersia Lama tu dah ghuntuh Yop!

Demer ceghiter kat teman, ghamei teknesyen LAP dah lama komplen pasai loji ayor tu tapi pasei yang dapat konterk loji ayor tu dapat kat kroni, deme semua buat nohen je.

Loji ayor tu dibina atas tanah tambak. Bukan tanah asei. Bila hujan lebat, tanah tu pun bergerak dan salah satu paip yang menyambung ke loji tu pecah, tapi takat menyembor sikit-sikit le. Lame-lame, ayor yang keluor dari paip yang pecah tu mendap bawah tangki ayor tu.

Ape lagi..bila hujan lebat sikit, habih le ghuntuh semua tapak tangki ayor tu. Tapi masing-masing tak mau ceghiter kisah yang berlaku sebab sidang DUN sedang berlangsung. Demer takut Nizar bukak ceghiter tu kat sidang DUN.Jadi semuanya dirahsiakan.

Semalam, bila sidang DUN dah habih, baghu le demer kelamkabut ke Gerik. Tu pasei ghamei benor oghang kat Gerik ni.

Komer peghonah nengok askar jaga ayor? Datang le ke Gerik.


Teman nak ngucap tima kasih kat kawan teman Sham dari Bersia pasei bagi minjam moto. Gambor loji yang runtuh tu nanti teman hantor kat MSK bila jumpe dia nanti.

Sumber: http://mediaperak.com/

Pengumuman Bekalan Air Di Gerik Akan Pulih Pada Petang Ini

Posted: 11 Apr 2012 02:14 AM PDT

Bantuan Air Minum 3 botol sahaja untuk 1 Isi Rumah

Posted: 10 Apr 2012 09:30 PM PDT

Gambar ini diambil di rumah ketua kampung Felda Bersia...hanya 3 botol sahaja dibenarkan ambil untuk setiap 1 rumah



Masalah Air Di Gerik Terus Berlarutan

Posted: 10 Apr 2012 06:42 PM PDT

Semalam sampai bergaduh-gaduh kerana lori yang masuk untuk membekal air hanya masuk satu peringkat di kawasan felda bersia asyik-asyik lorong itu sahaja yang dapat air...orang lain pun nak guna air juga. Semalam beberapa orang telah menahan lori supaya masuk ke lorong lain sama...alhamdulilah semua penduduk felda dapat merasa semua bekalan air.




















Tiada ulasan: