Rabu, 4 April 2012

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


[Video] Bersih 3.0 : Kenyataan Media A.Samad Said

Posted: 03 Apr 2012 11:47 PM PDT



KUALA LUMPUR 4 April: Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) mensasarkan 500,000 warganegara akan turun ke Dataran Merdeka 28 April ini, untuk menyertai demonstrasi Bersih 3.0, bertemakan 'Duduk Bantah'.


Bersih dalam kenyataannya berkata berkata, semua rakyat dan ahli-ahli parti politik yang cintakan negara dijemput hadir bersama-sama menyertai himpunan itu.

"Ini adalah saat untuk semua warga, terutamanya yang berkuasa memikirkan apakah legasi dan masa depan yang bakal ditinggalkan kepada generasi akan datang.

"Rakyat akan terus menyuarakan bantahan terhadap penipuan dan manipulasi yang berterusan dalam sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan Umno BN," kata Bersih dalam kenyataannya.

Himpunan kali ini adalah yang ketiga selepas Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Dijangka berlangsung serentak di beberapa lokasi lain dalam negara dan seluruh dunia, himpunan ini dibuat ekoran Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) dan kerajaan Umno BN tidak mengambil serius tuduhan penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.

Selain daripada pengumuman itu, Bersih juga menuntut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan kerana masih gagal membersihkan daftar pengundi yang meragukan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga gagal mendapatkan keyakinan rakyat. Justeru, kami mendesak pemimpin-pemimpin tertinggi SPR untuk meletakkan jawatan," ujarnya.

Katanya lagi, Bersih juga menuntut reformasi pilihan raya mesti dilaksanakan sebelum PRU akan datang, dan kehadiran pemerhati antarabangsa diterima untuk memerhati perjalanan pilihan raya.

Keadilandaily

Suara Rakyat terus Maju!!

Posted: 03 Apr 2012 11:19 PM PDT


Kempen BERSIH 3.0 Bermula.



Gedang BERSIH 3.0 sudah di palu..


Sudah puas Rakyat merayu..


Tetapi kerajaan tetap buat tak tahu..


Maka ayuh semua kawan-kawan ku..


Tidak kira India, Cina atau Melayu..


28 April sekali lagi kita bersatu..


Dataran merdeka tempat dituju..


Kita buktikan Suara Rakyat akan terus Maju!!


28 April 2012


Yang kuat ingatan hafal tarikh ini..


Yang tak kuat ingatan tulis dalam diari..


Kalau takut lupa pangkah kalendar hari-hari..


Yang makan gaji siap-siap apply cuti..


Yang tak makan gaji, boleh buat perancangan sendiri..


Yang takde baju kuning boleh start beli..


Yang berniaga baju kuning boleh buat harga promosi..


Dataran Merdeka.. Tunggu!!


Kita kumpul ramai-ramai..


Yang takde kawan boleh start cari kawan..


Kita kongsi naik kereta..


Kita kongsi sewa bas..


Kita kongsi naik motor..


Orang-orang Siber


Mari kita kempen hari-hari..


Bakar semangat rakyat untuk berani..


Bukakan mata orang yang masih bermimpi di siang hari.


Sebelum kita kena tipu..


Sebelum Mat Bangla pangkah dacing biru..


Sebelum bas datang bawa hantu..


Sebelum pendatang asing dapat ic biru


Kita bersihkan semua ini dahulu..


Yang sudah letih kena tipu


Yang sudah tahu akan ditipu


Yang sudah marah sebab kena tipu


28 April nanti kita pakat serbu.


Kita tahu Umno mahu menang..


Dia ingat senang-senang boleh menang?


Sorrylah.. Rakyat kini bukan bangang..


INGAT.. 28 APRIL 2012


DATARAN MERDEKA


-TM-


Nah.. Video Kasi Naik Semangat.. Layan.










Sumber: http://gerai3abdul.blogspot.com/

Perang Bendera Di Kampung Bongor Gerik

Posted: 03 Apr 2012 08:53 PM PDT





Tiada ulasan: