BULETIN RAKYAT |
- CARA POLIS MALAYSIA BERMESRA DAN JALANKAN KERJA SECARA PROFESSIONAL....
- POLIS MULA MEROYAN SELEPAS AMBIGA UMUMKAN BERSIH 3.0 TELAH BERJAYA KUMPULKAN 300 RIBU PESERTA...
- PRU13 DITANGGUHKAN, NAJIB PERLU JAWAB KEGANASAN BERSIH 3.0
- 388 ditahan Operasi BERSIH 3.0
CARA POLIS MALAYSIA BERMESRA DAN JALANKAN KERJA SECARA PROFESSIONAL.... Posted: 29 Apr 2012 03:05 AM PDT |
POLIS MULA MEROYAN SELEPAS AMBIGA UMUMKAN BERSIH 3.0 TELAH BERJAYA KUMPULKAN 300 RIBU PESERTA... Posted: 29 Apr 2012 03:03 AM PDT |
PRU13 DITANGGUHKAN, NAJIB PERLU JAWAB KEGANASAN BERSIH 3.0 Posted: 29 Apr 2012 02:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam. Menurut agensi berita itu, pertembungan semalam meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini. "Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters. "Mereka tak kesah," katanya. Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini. Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu. Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan. Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan. |
388 ditahan Operasi BERSIH 3.0 Posted: 28 Apr 2012 04:28 PM PDT Harakahdaily, 28 Apr 2012 *KUALA LUMPUR:* Menurut twitter PDRM, jumlah keseluruhan peserta himpunan Bersih 3.0 yang ditahan adalah 388 dan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.*(Gambar: Antara peserta yang ditahan)* Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan