BULETIN RAKYAT |
SESI KEUSAHAWANAN WANITA ~ SRI WATAN, AMPANG @ 30 MAC 2012 Posted: 08 Apr 2012 03:29 AM PDT |
DATUK A.SAMAD SAID ~ SAYA TIDAK MAHU MATI SIA-SIA Posted: 08 Apr 2012 02:23 AM PDT Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu. ( Klik Sini ) Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut. Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia". Jadi, Anda apa lagi, masih nak duduk diam?, fikirkan kenapa pak Samad sanggup turun BERSIH, awapannya mudah, kerana beliau nampak sesuatu yang tidka kene dalam sistem pilihanraya. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan