Khamis, 26 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Delegasi Antarabangsa Bimbang 3 Isu pilihanraya Malaysia

Posted: 26 Apr 2012 01:45 AM PDT

Malaysiakini

Delegasi antarabangsa untuk misi siasatan pilihan raya di Malaysia hari ini mendapati terdapat tiga isu utama kekurangan dalam sistem pengundian negara ini.

Senator Nicholas Xenophon dari Australia berkata, antara isu yang dikenalpasti mengenai tempoh berkempen yang pendek selama 10 hari.

Di Australia kempen sekurang-kurangnya selama 33 hari dan di India dan Pakistan 90 hari, yang mana lebih lama berbanding di sini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen, pagi tadi.

Pilihan raya: Antara Keadilan Dan Kezaliman

Posted: 26 Apr 2012 01:21 AM PDT

Harakah

Muhammad Hafiz Mansor,
26 Apr 2012

Negara Malaysia hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, iaitu suatu bentuk pemerintahan yang menggunakan pungutan  suara rakyat sebagai asas dalam pemilihan kerajaannya. Ini  merupakan salah satu komponen utama dalam pengamalan demokrasi bagi mana-mana negara yang telah mencapai status kemerdekaan.
 
Demokrasi adalah suatu ideologi politik yang menekankan kepada konsep kebebasan dan kedaulatan yang bertunas daripada fahaman liberalism itu sendiri. Pada asasnya, demokrasi mempunyai tujuh asas utama yang mesti menjadi pengamalan negara-negara demokrasi iaitulah wujudnya kebebasan bersuara, media massa yang bebas dan berkecuali, pilihan raya diadakan secara konsisten, bebas dan adil, ada kebebasan berorganisasi dan berpersatuan, pemerintahan berasaskan majoriti, hak golongan minoriti dihormati dan akhir sekali wujud badan kehakiman yang senantiasa bebas dan berkecuali.
 
Sebagai sebuah medan untuk meraih sokongan dan keyakinan rakyat terhadap pemimpin, pilihanraya dilihat dari sudut kaca mata Islam sebagai sebuah medan jihad kerana jihad didefinisikan sebagai melaksanakan sesuatu usaha dengan cara bersungguh-sungguh.
 
Dalam hal ini, ianya merujuk kepada usaha untuk meninggikan kalimah Allah dan meletakkan syi'ar Islam di tempatnya yang tertinggi. Dewasa ini, pilihan raya menjadi medium yang paling tepat untuk dimanfaatkan sebagai sebuah wasilah bagi mendapatkan kuasa pemerintahan seterusnya membolehkan hukum Allah ditegakkan di atas muka bumi ini.
 
Sirah Rasulullah SAW pernah mengukir hakikat bahawa Baginda SAW sendiri telah mengisytiharkan jihad perang sebagai wajib kepada kaum Muslimin dalam usaha memerangi golongan kuffar, menentang kezaliman serta menegakkan keadilan sejagat. Hal ini kerana, Islam pada masa itu mendapat tentangan musuh dengan cara berperang dan mengangkat senjata.
 
Mengambil kira konteks di Malaysia, jihad pilihan raya menjadi satu kewajipan dalam memastikan cita-cita meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi tercapai, yakni dengan menjadikan pilihan raya sebagai medium terpenting untuk mengembalikan keamanan, melawan kezaliman sehingga keadilan dapat dinikmati oleh masyarakat daripada semua golongan.
 
Merujuk kepada kaedah usul Fiqh (bermaksud):  (Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan melaksanakan sesuatu perkara, maka melaksanakan perkara tersebut adalah wajib.)
 
Wajibnya melaksanakan hukum Islam di atas muka bumi menjadi asbab kepada wajibnya untuk umat Islam menyertai pilihanraya di Malaysia, hatta di mana-mana negara yang turut mengamalkan sistem yang sama. Tugas melantik pemimpin menjadi tanggungjawab setiap rakyat marhaen kerana pemimpin memainkan peranan utama yang menyelamatkan rakyatnya daripada kebinasaan di dunia dan akhirat.
 
Setiap pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak mengenai golongan yang berada di bawah pimpinnya. Oleh itu, adalah amat penting bagi masyarakat sesebuah negara supaya sentiasa bersikap teliti dan berhati-hati dalam memilih golongan yang akan memimpin mereka kerana golongan inilah yang akan memandu mereka sama ada menuju keberhasilan atau kemusnahan.
 
Realiti yang sedang berlaku di Malaysia masih belum menampakkan tanda-tanda yang positif dan sinar harapan ke arah merealisasikan cita-cita meletakkan kalimah Allah di puncak tertinggi. Korupsi yang bermaharajalela baik dalam kalangan pemimpin peringkat atasan mahupun peringkat bawahan, pelanggaran syari'ah secara terang-terangan dan berleluasa, terhakisnya norma-norma masyarakat lantaran iman yang semakin menipis saban hari menyebabkan sukarnya untuk kezaliman dihapuskan dan keadilan untuk ditegakkan. Jauhnya umat Islam hari ini daripada Al-Quran dan As-Sunnah bermula daripada peringkat kepimpinan sehinggalah kepada golongan yang dipimpin menjadikan keadaan masyarakat Islam semakin genting.
 
Pemimpin yang zalim dan menyalahgunakan amanah yang telah diberikan serta menindas rakyat demi memuaskan nafsu sendiri perlu digantikan dengan mereka yang benar-benar telus dan jujur untuk memimpin.
 
Allah SWT telah memberi peringatanNya berdasarkan surah an-Nahl ayat 90 yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan memerintahkan supaya menjalankan keadilan, berbuat kebaikan dan memberi kepada kerabat-kerabat dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan penderhakaan. Dia mengajar kamu supaya kamu mengingat."
 
Ayuh kembali kepada manual kehidupan dunia dan akhirat kita, al-Quran dan as-Sunnah, sebagai menyambut seruan Allah SWT agar kembali kepada keduanya jika ada perkara yang kita persilihkan. Sesungguhnya keadilan di muka bumi Malaysia ini tidak akan tertegak selagi mana al-Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan sumber rujukan pemerintahan. Sama ada Islam memerintah atau kita akan terus dizalimi, pilihan di tangan anda.
 
Bantah kezaliman, tegakkan keadilan!
 
Penulis ialah Timbalan Presiden Ma’ruf Club UIAM

Mission Raises Concerns Over Upcoming Polls

Posted: 26 Apr 2012 12:04 AM PDT

Malaysiakini

A seven-person international fact-finding mission today raised three concerns over Malaysia's electoral system with Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz.

According to Australian senator Nicholas Xenophon, a member of the mission, one concern brought up at the one-hour meeting at Parliament house was the short campaigning period of 10 days.

"In Australia it is at least 33 days and in India and Pakistan it is 90 days, which almost feels too long," he told reporters after the meeting with Nazri.

Xenophon, who is here with the other delegates upon invitation by Opposition Leader Anwar Ibrahim’s office, said that another concern was the proportions of constituencies.

“We are also concerned about the fundamental issue of one vote one value where some seats have 7,000 to 8,000 constituents while others have close to 100,000. It does not reflect the democractic will of a nation,” he said.

The mission also raised concern that there is access to media is imbalanced between the opposition and government parties.

He, however, could not disclose what Nazri’s response to their concerns, except that the minister had assures the mission of a “clean and fair election”.

Nazri told the ‘truth’

Asked if the mission are acting on opposition complaints, Xenophon said that the information was collected from public domain and that the mission comes with goodwill to hear all sides of the story.

“I cannot stress enough that we come as friends of Malaysia… Friends tell each other the truth,” he said.

He added that while the invitation came from the opposition, everyone on the team are “fiercely independent” and have an interest in Malaysia’s development.

The delegation will also meet with BN secretary-general Tengku Adnan Mansor today. Meetings with election reform pressure group Bersih 2.0 and the Election Commission are slated for the next two days.

They will conclude the mission on Sunday and present interim findings, with a report expected to be made public within the next two weeks.

Others in the team are Pakistani senator Hasil Khan Bizenjo, Filipino University of East College of Law dean Amado Valdez, Germany’s Freidrich Naumann Foundation for Freedom coordinator Juliane Schmucker, University of New South Wales associate professor of politics Clinton Fernandes, Indian journalist Mobashar Jawed Akhbar and the Indonesian International Scholars Association chairperson Mohamad Nasir Tamara Tamimi.

Negeri PR: Setiausaha Agung KEADILAN Bidas Setiausaha Agung Umno

Posted: 25 Apr 2012 11:55 PM PDT

Sinar Harian

PETALING JAYA -  Pakatan Rakyat (PR) menolak keras keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula Kedah dan Selangor dan menegaskan, tiada sebarang faktor kukuh yang ia akan jatuh melainkan adanya penggunaan unsur-unsur memanipulasi proses pilihan raya kelak.

Keyakinan balas itu dilahirkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu temu bual dengan Sinar Harian di sini, semalam.

“Saya menolak sama sekali tanggapan dan ramalan serta keyakinan (Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) kerana pada saya (kalau) perubahan politik (hendak) berlaku, mesti satu isu fundamental betul-betul yang boleh menggegar dan menggugat, penolakan total terhadap kerajaan yang memerintah hari ini,” kata beliau.

PR dianggotai PKR, DAP dan Pas.

Saifuddin berkata, beliau tidak nampak wujudnya persekitaran sedemikian iaitu faktor penolakan terhadap Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini.

“Faktor penolakan total akan disumbangkan oleh skandal dalam sesuatu kawasan yang membabitkan soal urus tadbir yang baik, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengkhianatan kepada amanah rakyat.

“Selama empat tahun tiada isu yang menggegar,” katanya sambil menegaskan, memang wujud unsur yang Umno ‘spin’, seperti isu pasir.

“Dia nak rakyat percaya (isu pasir), tetapi akhirnya dia yang percaya isu itu.

“Saya optimis mereka tidak akan dapat balik Selangor, saya tidak yakin Selangor akan kembali kepada BN,” katanya.

Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian Isnin lalu berkata, BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu.

Beliau berkeyakinan begitu sebab pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR.

Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerajaaan Kedah dan Selangor dalam keadaan yang baik dan tiada skandal besar, yang boleh menghakis dokongan rakyat.

“Kerajaan Selangor sekarang, terkini dapat menyimpan RM1.9 bilion berbanding zaman Umno hanya RM800 juta,” katanya lagi.

Tiada ulasan: