Rabu, 25 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Press Statement DSAI on MAS

Posted: 25 Apr 2012 03:46 AM PDT

Najib must respond to the nose-diving Malaysia Airlines (MAS), and protect MAS and its employees?

Malaysia Airlines reported its largest loss in history — RM2.52 billion — in 2011, it is currently co-owned by rivals AirAsia through a share-swap eight months ago and its 20,000 staff under eight unions still do not know what will happen to them.

Where is MAS heading? Prime Minister Dato' Seri Najib has admitted recently of having second thoughts over the share-swap and conceded his government might have to decouple the two airlines. How long will he leave the matter and future of thousands of employees hanging? If he is intent on decoupling, will he share with the public what the cost of the exercise will be?

My position has been consistent. I opposed the share-swap immediately after it was inked eight months ago. I was concerned that having AirAsia and MAS under the same owners raised monopoly questions, that incoming AirAsia's directors in MAS would possibly be violating corporate governance and the various employee unions were not consulted.

Today, with MAS' fate unresolved, and its problems continuing I ask Najib:

i) How long will the 20,000 employees of MAS under 8 unions not know their fate? There are speculations workers will be forced out, or forced into a subsidiary airline and those left remaining not having enough say in reforming the struggling airline;

ii) What has MAS changed in terms of operational efficiency to counter rising fuel costs and reduce assets impairment, and reverse the RM2.52 billion loss to a profit making in the future?

I demand that the prime minister:

i) Admit to the Malaysian public that the AirAsia share-swap was a mistake;

ii) Undo the share swap and comprehensive collaboration framework;

iii) Suspend immediately plans of routes swaps between AirAsia and MAS and;

iv) Freeze any top management recruitment in MAS, to halt perceptions there is an ongoing "AirAsia-nisation".

Malaysia Airlines cannot continue to be managed based on political decisions that have turned it into a loss making company and threaten the future of its 20,000 employees.

Malaysia Airlines future lies with its employees. Government should not interfere with business unnecessarily. It should empower its senior management staff and not embark on other half-baked measures.

The flag carrier is one of the many opportunities available for Dato’ Seri Najib to burnish his reform credentials and distance himself from the disastrous mistakes made in the past.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Chief

PTPTN Mesti Mansuh Dulu

Posted: 24 Apr 2012 10:14 PM PDT

Harakah

Subky Latif
24 Apr 2012

APA pun PTPTN mestilah dimansuhkan dulu serentak dengan pengumuman pelajaran percuma hingga ke universiti.
 
Beban pertama yang perlu ditangani ialah membebaskan para pelajar dari hutang  sejak hari pertama melangkah ke universiti atau kolej.
 
Dalam sistem sekarang baik kaya dan apa lagilah miskin sebaik melangkah ke menara gading disediakan dengan hutang yang berbunga. Sebaik bekerja dan sejak gaji bulan pertama terpaksa membayar hutang.
 
Ia mesti dibebaskan dulu.
 
Tidak berbangkit tiada yang sanggup ke universiti apabila PTPTN mansuh, kerana universiti disediakan secara percuma.
 
Apabila ia dikatakan percuma tentu semua perkara besar yang melibatkan kewangan akan dikendalikan oleh kerajaan yang mendapat RM80 bilion setahun dari hasil minyak dan gas.
 
Anwar  Ibrahim yang pernah menjadi menteri pelajaran termasuk bertanggungjawab terhadap pelajaran tinggi pada masanya tahu keperluan setiap universiti  dan kolej.
 
Belajar dari pengalaman PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1959, tiada lulusan STP boleh masuk universiti tanpa penaja sekali pun sijilnya cemerlang. Seluruh pelajar dari Kelantan termasuk yang dapat sijil tidak penuh ditaja oleh kerajaan Kelantan.
 
Antara mereka masuk kampus tak berduit. Berhempas pulaslah Prof. Diraja Ungku Aziz mengikhtiarkan keperluan mereka. Selama 19  tahun PAS memerintah hanya setahun  saja pelajar Kelantan tidak jadi pelajar yang teramai dibandingkan dengan setiap negeri.
 
17 buah sekolah yang terbaik masa itu terhadap di tiga buah kota iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Tidak termasuk sekolah di Kelantan, tetapi siswa yang teramai bukan dari Selangor,  Perak dan Pulau Pinang bahkan dari Kelantan.
 
Perdana Menteri kata, jika PTPTN dimansuhkan kerajaan terpaksa tanggung RM43 bilion. Anwar yang pernah jadi menteri kewangan kata, RM43 bilion itu bukan peruntukan setahun. Yang disediakan oleh kerajaan sekarang tiga bilion saja setahun. Tetapi PR sedia belanjakan lima bilion setahun dari 80 bilion setahun dari hasil minyak untuk tampung keperluan ganti PTPTN itu.
 
Bukan Najib saja pernah jadi menteri kewangan dan menteri pelajaran. Anwar pun pernah jadi menteri pendidikan  dan menteri kewangan.
 
Kata Khaled Nordin, menteri pengajian tinggi, tanpa PTPTN tutup  semua universiti swasta (IPTS). Khaled Nordin tidak pernah jadi menteri kewangan dan tiada pengalaman jaga kementerian pelajaran. Anwar lebih banyak pengalaman dan dia adalah pengerusi jawatankuasa anti penyelewangan. Dia tahu ke mana  tumpah kuah.
 
Tidaklah 100 bajet universiti swasta datang dari dana kerajaan, tetapi kekurangan peruntukan disebabkan oleh ketiadaan PTPTN tentulah dapat ditampung oleh kerajaan yang menyediakan peruntukan lima bilion tadi.
 
Pelajaran bagi Pakatan Rakyat adalah termasuk dalam negara berkebajikan. Ia bukan produk yang diswastakan seperti di bawah BN. Konsep swasta adalah mencari sebanyak-banyak untung. Banyak siswa, maka banyaklah pulangannya. Mutu pengajian jadi perkara kedua.
 
Tetapi di bawah pelajaran percuma, mutu pengajian diutamakan dan ia mesti memenuhi kehendak kebajikan. Sebagaimana graduan Kelantan dengan standard pengajiannya yang bermutu balik membangunkan Kelantan, maka nilai pelajar yang keluar dari semua universiti, tentulah dapat membangunkan negara, bangsa dan agama atau bermoral tinggi.
 
Kita jangan berbalah dulu tentang ganti PTPTN dan macam nak tangani kampus tanpa PTPTN. Mansuh  dulu PTPTN dan laksanakan pelajaran percuma. Setelah itu kita fikirkan bagaimana  anak orang kaya dan anak orang miskin.
 
Persoalan pertamanya jangan jadikan PTPTN sebagai ah long kepada pelajar.
 
Menuntut ilmu adalah ibadat. Bebaskan pelajar dari gejala  riba membatalkan ibadat bahkan jadi maksiat pula. Bebaskan pelajar dari berhutang kerana hutang itu menyebabkan ibadat tidak sampai ke langit dan  doa tidak makbul. Kejayaan dalam pelajaran bukan sekadar cerdik dan rajin studi, tetapi dibantu oleh doa. Kalau siswa berhutang doa untuk lulus cemerlang dan dapat kehidupan baik tidak tercapai kerana halangan hutang.
 
Jika universiti dan kolej jadi tempat ibadat dan doa dimakbulkan, maka melimpah ruahlah bantuan dari Allah. Ramailah orang kaya memberi zakat kepada kampus sebagai ganti kepada PTPTN. Apabila  universiti makmur, maka bukan orang miskin saja dapat kebajikan dari pengajian percuma, anak orang kaya juga boleh dapat pelajaran percuma. Belanja dari orang kaya untuk pengajiannya adalah sedekah.
 
Islam agama diterima di sisi Allah. Malulah kepada Sweden,  Norway dan Finland bukan Islam dapat memberi kebajikan kepada pengajiannya, negara Islam mencari keuntungan dari bidang pelajaran.

PKR Mahu Penjelasan Terma Royalti Minyak

Posted: 24 Apr 2012 10:03 PM PDT

Sinar Harian

PETALING JAYA – PKR meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Terengganu, Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung terma penyelesaian di luar mahkamah mengenai jumlah bayaran royalti minyak dan gas di negeri itu.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada 12 Mac lalu, Kerajaan Negeri telah menggugurkan tindakan undang-undang terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat sedangkan ia dimulakan oleh Kerajaan Negeri pada Mac 2001.

Menurutnya, tindakan undang-undang tersebut telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri ekoran keengganan Petronas dan Kerajaan Pusat meneruskan bayaran royalti sepertimana Perjanjian 1975.

"PKR mahu penjelasan jumlah bayaran sebenar akan diperolehi Kerajaan Negeri hasil penyelesaian tersebut memandangkan perbezaan harga minyak dunia antara AS$20 hingga AS$100 setong sepanjang tempoh tersebut.

"PKR juga mahukan penjelasan mengenai akaun mana wang ini dimasukkan sama ada kumpulan wang disatukan Kerajaan Negeri atau digunakan terus untuk membiayai projek-projek seperti Piala Monsun, Masjid Kristal dan lain-lain," katanya pada satu sidang media, semalam.

Hakim Arah Menteri Jelaskan Pengharaman BERSIH 2.0

Posted: 24 Apr 2012 09:47 PM PDT

Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.

Hishammuddin (kanan) kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.

Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.

Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar.

Tiada ulasan: