Anwar Ibrahim |
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Wilayah Persekutuan
- Negara Bankrap Modal Baru BN
- MP: Tak Hadir ke Mahkamah Perancis Beri Kesan Buruk
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Wilayah Persekutuan Posted: 24 Apr 2012 04:55 AM PDT Jom Bersih 3.0 26 April 2012 (Khamis) 1) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi – Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut 2) 9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana – Countdown Bersih 3.0 Lokasi : Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim iii. YBhg Tan Sri Kadir Sheikh Fadir iv. YB Khalid Samad v. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin |
Posted: 23 Apr 2012 08:59 PM PDT BANKRAP adalah satu modal baru Umno-BN untuk menakutkan rakyat supaya jangan pilih Pakatan Rakyat. Sebelumnya mereka menggunakan isu agama, bangsa dan raja. Oleh kerana ketiga-tiga isu ini sudah menjadi basi dan tidak laku kerana Umno mempunyai rekod yang buruk terhadap tiga perkara yang diperkatakan. Maka Umno mengalih pemikiran rakyat dengan menakutkan isu bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah. Semua tawaran Pakatan Rakyat akan dilabelkan bankrap dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan dan meninggalkan Umno. Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1,100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan. Sebenarnya taktik pemimpin BN bermodalkan bankrap supaya rakyat lupa bahawa negara akan menjadi bankrap, kerana rekod pemerintahan Umno seperti barah di peringkat empat. Apa tidaknya, hutang negara 53 peratus, paras bahaya ialah 55 peratus. Hutang negara melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011. Wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Saham Bumiputera RM52 bilion lesap, Stadium Terengganu berharga RM292 juta runtuh, walaupun hanya setahun dibina, upah Apco Yahudi Israel RM77 juta setahun, RM589 juta hutang bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajudin Ramli dihapus kira, projek NFC RM250 juta, Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit Negara 2006 melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucar. Ini bukti bahawa negara akan bankrap jika BN terus berkuasa. Sedangkan tawaran PR untuk membantu rakyat dengan kita memerangi rasuah, perbelanjaan berhemah insya-Allah negara selamat, rakyat mendapat rahmat. Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat |
MP: Tak Hadir ke Mahkamah Perancis Beri Kesan Buruk Posted: 23 Apr 2012 08:54 PM PDT Tindakan perdana menteri terus berdiam diri sama berhubung tanda tanya beliau akan muncul di mahkamah Perancis untuk inkuiri dalam kes pembelian Scorpene akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan Malaysia, kata anggota parlimen DAP. “Ia memberikan kesan buruk kepada PM, yang berjanji melakukan pembaharuan dan beriltizam ke arah melawan rasuah,” kata wakil rakyat Puchong Gobind Singh Deo melalui e-mel malam tadi. “Sebagai PM, menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkan segala perkara yang menjejaskan kerajaannya. Ia menjadi kemahuan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang berada di peringkat antarabangsa.” |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan