Isnin, 9 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Shaariibuu Dakwa Malaysia ‘Buat Senyap’ Kes Altantuya

Posted: 09 Apr 2012 09:26 AM PDT

Harakah

Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu berkata beliau datang ke Malaysia sejak semalam untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya.

Ianya antara lain mahu menuntut kerajaan mempercepatkan saman sivil RM100 juta beliau terhadap kerajaan Malaysia yang difailkan tahun 2007 lalu.

“Sudah enam tahun saya mencari keadilan untuk anak saya. Ini kali kedua saya datang ke sini (parlimen).

“Kerajaan Mongolia telah hantar surat rasmi kepada kerajaan Malaysia tapi tiada apa-apa respons sehingga sekarang,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini yang diterjemah pembantunya Tsoggerel Och. (Gambar)

Pada sidang media sama, Shaariibuu turut menafikan khabar angin kononnya beliau telah dibayar sejumlah wang oleh kerajaan Malaysia selepas apa yang menimpa anaknya itu.

“Saya datang ke sini menafikannya, saya tak pernah terima walau satu sen.

“Malah saya yang mengeluarkan USD20,000 untuk kos perundangan,” katanya lagi.

Anaknya, Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

Ianya didakwa ada kaitan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Razak, namun dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah.

Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat dalam skandal kapal selam itu, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

Sebelum ini beliau memberitahu pernah untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau mendakwa ‘Najib lari’ dari bertemu dengannya.

Ketika ditanya wartawan, apa yang beliau akan beritahu jika berpeluang jumpa Datuk Seri Najib, beliau berkata: “Saya akan bercakap bukan sebagai dia perdana menteri tapi bercakap dari hati seorang bapa ke bapa dan kawan”.

Debat 3 Penjuru, Najib Tidak Beri Respon

Posted: 09 Apr 2012 08:37 AM PDT

Keadilankini.Com

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata pihak penganjur debat tiga penjuru iaitu Julian Assange tidak mendapat sebarang respon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini Pengasas Wikileaks Julian Assange telah menawarkan untuk menganjurkan debat di antara Datuk Seri Najib Razak, Anwar Ibrahim dan seorang blogger terkemuka, Raja Petra Kamaruddin.

“Julian Assange beritahu saya bahawa Perdana Menteri (Najib) masih lagi tak berikan apa-apa respon mengenai debat,” kata Anwar kepada keadilankini.

Anwar yang sebelum ini bersetuju dengan pelawaan debat tersebut akan menunggu jawapan dan respon dari Perdana Menteri.

“Kita akan sentiasa menunggu dan menunggu agar debat ini dapat dilaksanakan.” jelas Anwar.

Sebelum ini, debat tiga penjuru di antara Perdana Menteri bersama Ketua Pembangkang dan seorang blogger terkemuka bakal menjadi kenyataan sekiranya jemputan dari pengasas wikileaks , Julian Asangge yang menjadi penganjur debat diterima oleh mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun mengatakan persetujuan untuk menyertai debat tersebut dengan menghubung Assangge melalui twitter.

Wikileaks yang merupakan laman pembocor maklumat bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut sebelum ini ingin mewawancara Anwar dalam satu forum di Kent, England.

Menurutnya dengan sikap blogger Raja Petra Kamaruddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang seolah-olah berminat maka wikileaks ingin menganjurkan debat di antara mereka bertiga.

Manakala, Raja Petra Kamarudin melalui laman blognya menyatakan kesediaannya untuk berdebat tentang isu Islam dengan Najib Razak dan Anwar setelah dipelawa oleh pengasas laman Wikileaks, Julian Assange.

Namun, debat Anwar, Najib dan Raja Petra Kamaruddin bakal berlangsung sekiranya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan pelawaan dari pihak Wikileaks tersebut.

Let’s meet ‘father to father’, Altantuya’s Dad Tells PM

Posted: 09 Apr 2012 01:01 AM PDT

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, April 9 — The father of murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu expressed interest today in meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak "father to father" to seek justice and closure for the brutal murder of his daughter in 2006.

Dr Setev Shaariibuu, who is in Malaysia for three days, said he had requested for a meeting with Najib before but the latter had allegedly avoided it.

"The last time I wanted to meet him but he ran away.

"The people of Malaysia support me and I want to go further to ensure this case is sped up," he said.

Today, the bereaved father said he would not mind an opportunity to meet with Najib (picture), but not in the latter's capacity as prime minister.

"As a father, he can understand my grief of losing a child better," he told reporters in Parliament today, speaking in Mongolian, which was translated by his late daughter's childhood friend Tsoggerel Och.

"I want to say to him — I am not meeting you as the PM. I am meeting you as a father, as a man. Father to father, you can understand what I feel," he said.

Setev repeatedly denied rumours that he had been paid off by the Malaysian government in exchange for his silence, saying that his family was now in dire financial straits following his daughter's death.

He claimed that the Mongolian government had written many diplomatic notes to Malaysia, requesting for investigations to be reopened to determine the true mastermind behind Altantuya's murder.

"I am very surprised that the Malaysian government, in this past six years, has not responded to the notes.

"It cannot be that they have not received it," Setev said.

Altantuya's one-time lover Abdul Razak Baginda, who was said to be a close associate of Najib, was acquitted of a charge of abetting two Special Action Squad members — Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar — to commit the murder in 2006.

The murder was committed between 10pm on October 19, 2006, and 1am the following day at a clearing in Shah Alam's Mukim Bukit Raja.

While Abdul Razak was acquitted, his co-accused Azilah and Sirul were found guilty and sentenced to death.

Program Runding Cara: “PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi”.

Posted: 09 Apr 2012 12:55 AM PDT

Dengan segala hormatnya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
menjemput pihak media ke program Runding Cara: “PTPTN dan Masa Depan
Pembiayaan Pendidikan Tinggi”.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 April 2012 (Selasa)
Masa: 8 malam – 10.30 malam
Tempat: Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam

Sdr Rafizi Ramli akan membentangkan kajian awal mengenai kedudukan
PTPTN dan beberapa model pembiayaan pendidikan tinggi yang akan
dibincangkan dengan pimpinan siswa, aktivis pelajar dan orang ramai.
Sesi ini terbuka kepada orang ramai yang akan turut disertai oleh YB
Nurul Izzah, YB Amiruddin, YB Nik Nazmi dan YB Sim Tze Tzin serta
pimpinan muda dari kalangan wakil rakyat di Selangor.

Satu sidang media akan diadakan sebelum rundingcara bermula.

Anwar Terima Memorandum Aktivis Anti-ISA Di Parlimen

Posted: 09 Apr 2012 12:23 AM PDT

Malaysiakini

Sekumpulan kira-kira 50 orang berarak ke bangunan Parlimen hari ini untuk menggesa Perdana Mernteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera memansuhkan undang-undang ISA.

Kumpulan yang diketuai NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu berhimpun di Taman Tasik Perdana pada kira-kira jam 11 pagi untuk berarak sejauh kira-kira 700 meter ke bangunan Parlimen.

Enam orang wakil kumpulan berkenaan, diketuai pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, kemudiannya memasuki kawasan bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hanya Anwar yang tampil untuk menerima memorandum berkenaan.

Anwar berkata, beliau akan menyerahkan salinan untuk Najib itu ke Pejabat Perdana Menteri dan juga menyiapkan rang undang-undang persendiriannya untuk memansuhkan ISA yang akan difailkannya.

Jangan Biar BN Terus Tipu Sistem Pilihanraya

Posted: 08 Apr 2012 10:06 PM PDT

Islamkan Melayu, Bukan Melayukan Islam

Posted: 08 Apr 2012 10:03 PM PDT

Harakah

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan faham memperjuangkan Melayu perlu diperbetulkan oleh pihak tertentu yang ghairah dengan slogan membela nasib orang Melayu.

"Teras menolak faham bahawa Islam boleh diperjuangkan melalui slogan bangsa kerana kemuliaan Islam tidak terikat dengan bangsa.

"Malah sebaliknya bangsalah yang terpaksa bersandar kepada Islam jika nasibnya mahu diperjuangkan," kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Jelasnya, Islam membawa konsep rahmatan lil alamin, bermakana Islam adalah untuk semua kaum dan semua makhluk.

Justeru, ujarnya memperjuangkan kemelayuan berdasarkan sikap dan faham assobiyah melulu akan merosakkan asas perjuangan Islam peninggalan para pejuang Islam terdahulu.

Katanya, Teras menegaskan apa yang perlu ditekankan ialah mengukuhkan keIslaman orang Melayu dan bukan meMelayukan Islam seperti yang diluahkan oleh laungan pihak yang cuba menonjolkan perjuangan Melayu secara emosional.

"Wujudnya kelompok yang ghairah menekankan kepentingan bangsa di luar batas syariat adalah tertolak dan tidak dapat diterima.

"Malah kami berpendapat bahawa jika kelompok yang hanya melihat persoalan bangsa dari kacamata bangsa semata-mata adalah perjuangan yang batil dari sisi Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Teras, kata beliau menyatakan bahawa perjuangan Umno yang dipersoalkan sekarang adalah lantaran perjuangannya tidak berdasarkan Islam malah telah sarat diserap dengan faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.

Tambahnya, tatkala perjuangannya adalah atas nama bangsa semata-mata akhirnya nasib bangsa Melayu tidak dapat ditingkat secara hakiki lantaran fahaman assobiyah yang tebal.

"Sebab itulah bangsa lain tidak dapat melihat keindahan atau konsep yang boleh diyakini dan dipercayai yang dibawa oleh Umno kerana setiap kali timbul isu mengenai hak bangsa , hujah yang diketengahkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu," ujarnya.

Beliau menambah, sementara Teras tidak menolak peruntukan Perlembagaan , namun sepatutnya yang diperjuangkan ialah sejauh mana Islam menjadi dasar untuk mempertahankan kedudukan bangsa dan bagaimana bangsa Melayu berhak untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya berlandaskan kewajipan agamanya.

Beliau menjelaskan, Teras khuatir dengan slogan yang terlampau mengenengahkan persoalan bangsa Melayu yang lebih ketara dari persoalan menegakkan Islam pada diri bangsa Melayu itu sendiri.

"Nasib bangsa Melayu hanya dapat dipertahankan dengan penerimaan Islam sepenuhnya tanpa sebarang penolakkan aspek Islam berdasarkan fahaman assobiyah.

"Manakala tuntutan Melayu dijadi agenda yang lebih diutamakan manakala agenda Islam dinomborduakan, maka asas perjuangan akan tersasar dari apa yang dituntut oleh Islam itu sendiri," ujarnya lagi.

Justeru, kata Mohd Azmi, Teras khuatir dikebelakangan ini kelompok yang ingin menjadi penyuara lantang kepada hak orang Melayu akhirnya menjadi fitnah kepada Islam kerana apa yang diangkat adalah di atas pertimbangan politik perkauman bukan atas dasar kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam.

Tiada ulasan: