Isnin, 16 April 2012

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


AMK Berpendapat Kerajaan UMNO/BN Tidak Ikhlas Dalam Menegakkan Hak Asasi Manusia

Posted: 16 Apr 2012 01:23 AM PDT

AMK Berpendapat Kerajaan UMNO/BN Tidak Ikhlas Dalam Menegakkan Hak Asasi Manusia

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berpendapat bahawa Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia malah terdapat unsur penipuan dalam proses transformasi yang diwar-warkan oleh UMNO/BN.

Walaupun Perdana Menteri seringkali bangga dengan 'tepati janji', tetapi dengan pindaan Kanun Keseksaan yang masukkan kesalahan berhubung kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen serta pindaan AUKU yang benarkan pelajar berpolitik tetapi mengharamkan politik parti dalam kampus adalah usaha yang mengelirukan. Kesemua usaha tersebut adalah taktik politik retorik murahan untuk mengaut sokongan rakyat.

Dengan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang masih mengekalkan unsur-unsur kezaliman di mana tahanan tanpa bicara, serta memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah.

Maka, perubahan undang-undang yang dijalankan oleh kerajaan telah menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat sivil serta badan-badan NGO. Mereka berpandangan bahawa kerajaan ingin mengekang ruang kebebasan rakyat serta memperluaskan kuasa untuk teruskan matlamat menjajah rakyat.

Dalam pindaan Kanun Keseksaan yang memperkenalkan 13 peruntukan khasnya Seksyen 124B dan 124C yang menghukum mana-mana individu, penerbitan atau penyebar maklumat yang terlibat dalam kegiatan mengancam demokrasi berparlimen adalah 20 tahun manakala hukuman bagi kesalahan cubaan melakukan perkara itu adalah 15 tahun.

Pindaan tersebut seolah-olah memberi kelulusan menyeluruh (blanket approval) kepada pemerintah untuk menafsirkan kegiatan mengancam demokrasi berparlimen. Tindakan tersebut bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara dan maklumat, malah mengekang kebebesan teknologi maklumat yang sedia ada di Malaysia.

AMK menegaskan Rang Undang-undang baru serta pindaan yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan hasrat masyarakat sivil yang berjuang untuk menegakkan hak asasi manusia serta demokrasi.

Walaupun kerajaan UMNO/BN seringkali menyatakan bahawa mereka telah banyak berkompromi serta memperbaiki keadaan hak asasi manusia, namun apabila diteliti dengan isi kandungan rang undang-undang masih terdapat banyak unsur yang zalim serta penipuan yang cuba mengelirukan rakyat.

Oleh itu, AMK menyeru semua ahli parlimen dari pemerintah atau pembangkang perlu mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak dan rakyat berlandaskan konsep 'negara yang paling demokrasi di dunia' yang diutarakan oleh PM Najib Razak sendiri.

Semua Ahli Parlimen diphon agar tidak meluluskan rang undang-undang dan pindaan akta tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Perbincangan serta perbahasan yang menyeluruh perlu diadakan sebelum kelulusan dibuat. Janganlah mempergadaikan asas demokrasi dan kebebasan yang telah dibina sejak Kemerdekaan Malaysia.



LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Kenyataan Media Ketua AMK: Skandal Scorpene; Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa

Posted: 16 Apr 2012 01:20 AM PDT

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

15 April 2012

Skandal Scorpene & Syarikat Terasasi (HK) Ltd: Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April 2012.

Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene. Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus memalitkan imej Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.

Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.

Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.

Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.

Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.

Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan: