Selasa, 24 April 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hairan kereta tak lulus ujian

Posted: 23 Apr 2012 07:09 PM PDT



24 April 2012 SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Seksyen 28 di sini apabila kereta Proton Wira miliknya didapati gagal melepasi pemeriksaan khas.

Ahli perniagaan itu, Mokthar Endan, 54, mendakwa, berdasarkan laporan Puspakom, kegagalan itu disebabkan nombor enjin kereta tersebut telah diketuk semula dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, tegasnya, sejak kenderaan itu dibeli daripada seorang rakannya pada tahun lalu untuk kegunaan harian anaknya, dia tidak pernah mengetuk atau menukar enjin sehingga pemeriksaan Puspakom dijalankan semula, Khamis lalu.

"Ketika membeli kereta ini, saya juga telah melakukan pemeriksaan Puspakom untuk proses tukar hak milik dan hasil ujian adalah lulus pada enjin yang sama.

"Namun, hasil ujian kali ini amat mengecewakan, malah Puspakom tuduh saya mengetuk semula nombor enjin asal pada enjin baharu yang mungkin dicuri bagi menutup kesalahan dan semua tuduhan ini amat berat," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Tiada ulasan: