Anak Muda Kampung Nak Senang |
Apakah harapan Pakatan Rakyat di DUN Chembong? Posted: 09 Apr 2012 09:22 PM PDT DUN N26 Chembong dalam Parlimen adalah antara DUN yang bewarna-warni dalam senario politik di Negeri Sembilan. Sebelum PRU 11 tahun 2004, DUN Chembong adalah di dalam Parlimen Telok Kemang. Hanya pada PRU 11 barulah DUN Chembong dimasukkan dalam Parlimen Rembau. Semasa PRU 7 tahun 1986 calon BN hanya dicabar oleh calon Bebas dan Nasma (Parti Nasionalis Malaysia). Kedua-dua calon Bebas dan Nasma ini hilang deposit. Semasa PRU 8 tahun 1990 calon BN dicabar oleh calon Semangat 46. Calon BN dengan majoriti besar. Semasa PRU 9 tahun 1995 calon BN dicabar oleh calon Bebas. Sekali lagi calon Bebas hilang deposit. Semasa PRU 10 tahun 1999 calon BN dicabar oleh calon Parti Keadilan Nasional. Calon PKN tewas, akan tetapi mendapat 38.35% undi. Manakala semasa PRU 11 tahun 2004, calon BN dicabar oleh calon PAS. Calon PAS tewas, dengan undi yang menurun ke 19.29% undi sahaja. Pada PRU 12 tahun 2008, calon BN dicabar oleh calon PAS. Calon PAS tewas, dengan undi yang sedikit meningkat ke 29.56%. Apakah Pakatan Rakyat di Chembong untuk PRU 13? Untuk memenangi DUN Chembong harus memperolehi lebih 50% undi, sedangkan pencapaian terbaik pencabar BN sebelum ini ialah pada tahun 1999 dengan 38.35% undi. |
Posted: 09 Apr 2012 05:59 PM PDT MENYEBERANGI jalan raya yang sibuk dan berdepan risiko kemalangan adalah perkara biasa yang terpaksa ditempuhi pelajar Sekolah Agama Labis untuk menimba ilmu berikutan ketiadaan jejantas mahupun lampu isyarat di kawasan berkenaan. LABIS 9 April - Sebahagian besar murid Sekolah Agama Labis terpaksa 'menggadai' nyawa melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi dan balik dari sekolah sejak lebih 10 tahun lalu terutama mereka yang tinggal di kawasan berhampiran seperti Taman Perling, Taman Wira dan Kampung Sungai Gatom. Khuatir dengan situasi itu yang boleh mengundang kecelakaan, penduduk merayu pihak berkuasa membina jejantas bagi kemudahan murid dan orang ramai yang ingin melintas jalan berkenaan. Burhannuddin Ibrahim, 53, berkata, sekiranya kerajaan tiada perancangan membina jejantas di kawasan berkenaan, pemasangan lampu isyarat dan lintasan pejalan kaki mungkin mampu mengatasi masalah itu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan