Sabtu, 7 April 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kenapa ADUN Paroi (PAS) dikatakan Bodoh, Bangang?

Posted: 06 Apr 2012 08:46 PM PDT

Terima kasih diucapkan kepada laman web Mykmu dan Tepak Bersulam kerana memberi respon pantas dengan mengatakan ADUN Paroi yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai bodoh dan bangang dalam isu kos RM 4.36 bilion PLKN boleh menaja 622,857 orang penuntut ijazah pertama di IPTA selama setahun.

Semoga ini akan membuka mata rakyat untuk meneliti banyak isu dan permasalahan rakyat yang dibangkitkan oleh ADUN Paroi sebelum ini antaranya isu pampasan tanah orang kampung di Rembau sebanyak RM 52,272 seekar untuk beberapa projek kerajaan sedangkan PKNS menawarkan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM958,320 seekar.


Begitu juga isu perumahan terbengkalai di Parlimen Rembau sejak tahun 2005. Isu janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina kampus UiTM dan Landasan Kapal Terbang di Rembau pada tahun 2008.

Juga isu pembaziran apabila pelatih PLKN yang akan mula mendaftar pada 1 Mei 2012, ada diantaranya yang akan mendaftar di IPTA pada 27 Mei 2012. Begitu juga pembaziran modul khas untuk pelatih PLKN yang 8 peratus adalah buta huruf dan ada yang mempunyai masalah kegemukan.

Begitu juga dalam isu pemotongan elaun RM 1,500 setiap bulan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Juga pengorbanan 50 peratus elaun ADUN Paroi untuk kepentingan rakyat di DUN Paroi.

Semua isu-isu ini dihuraikan secara panjang lebar sebelum ini di bawah ini :

Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinjaman PTPTN

Harakahdaily, 06 Apr 2012

SEREMBAN, 6 April: Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini. Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun. Selanjut di http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9373-kos-pelatih-plkn-lebih-besar-dari-pinajaman-ptptn

Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html

Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta

Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta? Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/kos-tanah-hospital-rembau-rm-4264-juta.html

Isu Pampasan Tanah DUN Kota dan DUN Chembong

PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau – Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html

Bukti pembaziran RM 4.36 bilion Program PLKN

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 orang graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai pengajian selama 4 tahun kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam dari PTPTN.

Pada 1 Mei 2012 akan diadakan pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi pada 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk Program Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu untuk latihan PLKN.

Begitu juga dengan angka 8 peratus atau 6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. Satu pembaziran untuk menyediakan satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta huruf.

Satu lagi pembaziran ialah isu pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, sehinggakan PLKN sekali lagi terpaksa mengadakan modul khas untuk para pelatih yang kegemukan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/bukti-pembaziran-rm-436-bilion-program.html

MB N.Sembilan ulangi janji bina UiTM di Rembau selepas 4 tahun

Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/mb-nsembilan-ulangi-janji-bina-uitm-di.html

Landasan kapalterbang Rembau di Batu Hampar

Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/landasan-kapalterbang-rembau-di-batu.html

ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan berkorban demi rakyat

Sebaik sahaja kerajaan BN hampir tumbang di Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat ADUN sebanyak RM1,500. ADUN dari Pakatan Rakyat menggunakan elaun mereka sendiri untuk menampung kos pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat di tempat mereka sendiri.

Walaupun Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan untuk memotong elaun pengurusan pejabat ADUN, namun ADUN Paroi telah menyumbangkan50 peratus dari gajinya setiap bulan untuk digunakan untuk tabung rakyat Paroi. Selanjut di http://pasns.blogspot.com/2012/01/adun-pakatan-rakyat-nsembilan-berkorban.html

Tiada ulasan: