Rabu, 4 April 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Masalah air di Jengka 10 sejatk tahun 1990an

Posted: 04 Apr 2012 12:42 AM PDT

4 Apr 2012 - Saya hendak membuat aduan tentang masalah air di Jengka 10, Bandar Pusat Jengka, Pahang. Masalah ini telah lama menghantui penduduk Jengka 10 sejak tahun 1990an lagi. Air selalu tiada kerana masalah tekanan rendah dan jauh dari sumbernya iaitu Loji Air Batu Sawar, Temerloh yang jauhnya hampir 50km.

Di rumah saya sendiri ada, 2 tangki air dan 6 kolah bagi menampung masalah ini bagi mengatasasi masalah air ini semasa adik beradik saya balik ke Jengka 10.

Sebelum mereka balik ke Jengka 10, mereka akan telefon dahulu bagi mengatahui tentang air ada ke tidak. Jika tiada air, minggu depan lagi telefon lagi sebelum balik.

Jika ada kenduri kendara lagi masalah ini bertambah teruk, pihak JBA Maran langsung tidak mengambil tindakan untuk menghantar bekalan air tambahan.

Pihak JBA Jerantut telah memberi cadangan untuk memindahkan Loji air ke loji Air Jengka 8, namun JBA Maran menentang sekerasnya cadangan ini.

Pihak JBA Maran juga tidak memeriksa banyak paip air pecah di Bandar Pusat Jengka iaitu di hadapan Maybank, Jengka, paip air pecah. Namun kerja pembaca meter air, adalah membaca meter shj dan menutup mata membiarkan paip air pecah tersebut. Jika paip air pecah hendaklah pegawai sendiri yang memeriksa nya.

Wakil rakyat pun buat tidak tahu sahaja, bila semasa mengundi benjanji akan selesaikan dalam masa 1 minggu shj, namun sudah 8 tahun sama sahaja.

By: AZMAN

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-jengka-10#more-12291

Pemilik produksi dakwa disamun polis

Posted: 03 Apr 2012 07:35 PM PDT



4 April 2012, KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat produksi mendakwa kerugian lebih RM40,000 selepas disamun sekumpulan lima lelaki dipercayai anggota polis ketika memandu kenderaan disewa syarikatnya di Jalan Tangsi, di sini, 19 Mac lalu.

Lebih mengecewakan lelaki terbabit, dia bukan saja disamun, malah turut dipukul dan dikurung lebih 12 jam di sebuah hotel di ibu negara sebelum dibebaskan dan diperas ugut lima lelaki terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Alif, 22, berkata, kejadian berlaku jam 10.45 malam ketika dia memandu Honda Civic yang disewa sebelum dihalang sebuah van.

"Beberapa saat selepas itu, empat lelaki turun daripada van berkenaan sambil seorang daripada mereka menunjukkan kad kuasa polis dan mengarahkan saya keluar.

"Saya enggan menurut kehendak mereka, namun seorang daripada lelaki itu merosakkan pemegang pintu kenderaan sebelum memaksa saya duduk di belakang manakala seorang lagi memecut kenderaan berkenaan," katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.

Alif berkata, dia dibawa ke Stadium Badminton Cheras, kononnya untuk berjumpa seorang lelaki berpangkat sarjan mejar bagi menyelesaikan masalahnya.

Beberapa minit selepas itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai sarjan mejar muncul dan memberitahu mangsa melakukan pelbagai kesalahan dan perlu membayar RM50,000 jika mahu rekod kesalahannya dipadam.

"Mereka merampas dompet sebelum menumbuk dan menendang perut saya. "Saya dibawa ke dua bank di Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut untuk mengeluarkan RM3,000 dan RM5,000.

"Lelaki terbabit memberitahu wang itu tidak cukup untuk memadam rekod kesalahan lampau saya dan mengarahkan supaya saya meminjam duit daripada sesiapa untuk diberikan kepada mereka, namun saya hanya mendapatkan tambahan RM3,000 daripada seorang rakan," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Alif dibawa ke perkarangan Balai Polis Pudu di Cheras untuk berjumpa seorang lagi lelaki mengaku cif inspektor dan memberitahu wang yang diberikannya sebanyak RM16,450 masih tidak mencukupi.

Alif kemudian dibawa ke sebuah hotel di Jalan Raja Laut dan dikurung dengan tangan bergari sambil dijaga tiga lelaki yang tidak dikenalinya.

"Keesokan harinya, jam 8.30 pagi, dua lelaki mengaku koperal dan sarjan membawa saya keluar untuk mengeluarkan lagi wang dari dua bank di Sentul Raya sebanyak RM 8,000," katanya.

Menurutnya, akibat bimbang keselamatannya, dia mengambil masa sehari sebelum melaporkan perkara itu kepada polis di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, pada 21 Mac lalu.

Sebaik saja mendapat tahu mangsa membuat laporan polis, lelaki terbabit meninggalkan kereta yang dilarikan mereka di sebuah stesen minyak di Jalan Kuching.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan menerima laporan itu dan berkata empat suspek ditahan dan dua daripadanya anggota polis. Katanya, anggota terbabit kini digantung tugas dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemilikproduksidakwadisamunpolis/Article/index_html

Tiada ulasan: