Suara Sri Andalas |
- Rakyat Diseru Terus Sokong Pakatan Rakyat
- Bazar Esplanade Tarikan Baru Pelancongan Klang
- YB Dr Xavier Jayakumar Berharap Lebih Ramai Pelajar Cemerlang Seperti Navin Yang Mencatat 12A Dalam SPM
Rakyat Diseru Terus Sokong Pakatan Rakyat Posted: 25 Mar 2012 05:00 AM PDT KUALA SELANGOR, 25 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat negeri ini untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat yang telah membuktikan kemampuan memerintah negeri dengan lebih baik. Menurut beliau, selama empat tahun memerintah negeri itu sejak 2008, pendapatan negeri itu meningkat mendadak dan hasilnya dapat dinikmati rakyat yang disalurkan melalui program-program merakyatkan ekonomi Selangor. "Hasil negeri melonjak lebih baik dari sebelum 2008 dan ini bukan harapan lagi. Angka-angka ini adalah telah dibuktikan, telah nyata dan tidak boleh dipertikaikan dan kalau tidak dijaga dgn baik, akan terjerumus. "Oleh itu marilah kita bersama berkerja sebagai satu keluaga, Selangorku untuk semua rakyat Selangor, pecahkanlah benteng perbezaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini petang ini. Program hari ini antara lain sempena empat tahun negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Hadir sama pada program itu seluruh pimpinan kerajaan negeri termasuk Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat serta Ahli Parlimen Kuala Selangor. Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi mandat pada 2008, Abdul Khalid juga memberi komitmen bahawa pasukannya akan meneruskan banyak lagi program kebajikan kepada rakyat jika masih dipilih pada PRU-13 nanti. "Orang kata bagi air percuma kita akan bankrap, tapi sudah empat tahun, bukan kita bankrap tapi kita makin kaya dan rakyat mendoakan kita menjadi lebih maju. "Kita akan perkenalkan beberapa program lg yang akan memberi manfaat kepada suri rumah tangga, ana-anak dan belia," katanya lagi. Amalan pentadbiran yang bersih dan cekap oleh Pakatan Rakyat ujar Khalid, telah menjadikan Selangor jauh lebih baik dari sebelumnya. Hasil itu juga katanya, hampir RM600 juta hasil pendapatan negeri diagihkan kepada rakyat. "Rizab kewangan negeri Selangor 2005 (zaman BN) adalah sekitar RM800 juta, tapi selepas empat tahun Pakatan Rakyat perintah, rizab kita sekarang RM1.9 bilion. "Rakyat tidak disia-siakan. Selangorku dan merakyatkan ekonomi tak akan meninggalkan sesiapa. "Selangor kaya, kekayaan ini lah kita akan salurkan kepada rakyat," katanya sambil menyeru rakyat Kuala Selangor untuk sekali lagi bersama Pakatan Rakyat untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat negeri ini. Sumber: Harakahdaily |
Bazar Esplanade Tarikan Baru Pelancongan Klang Posted: 25 Mar 2012 03:00 AM PDT KLANG,25 MAC : Penduduk disekitar Klang dan Shah Alam kini mempunyai kawasan tarikan baru untuk dikunjungi di hujung minggu dengan adanya kawasan pelancongan di Tanjung Harapan dengan adanya usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Bazar Esplanade di sini. Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang ramai dengan tarikan pemandangan indah dengan boleh melihat aktiviti kapal-kapal dagang dan bot-bot kecil yang berlabuh dan keluar masuk ke pelabuhan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa merasmikan Bazar Esplanade berkata usaha ini merupakan langkah awal usaha penjenamaan semula sektor pelancongan dan dijangka mampu menarik para pelancong dari luar ke daerah Klang. "Lebih 40,000 ahli-ahli keluarga di Klang yang mencari tempat untuk makan dan untuk membuat aktiviti antara pukul 8.00 sehingga 10.30 malam, jadi apabila ada program pertunjukkan begitu ramai orang yang datang sebab di Klang agak kurang tempat tumpuan," kata Abdul Khalid. Abdul Khalid juga berharap agar masyarakat sentiasa menjaga kebersihan kawasan pelancongan ini dan mengesorkan kepada para peniaga untuk mempelbagaikan barangan dan produk yang boleh ditawarkan kepada pengunjung untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dari luar. " MPK diharap akan teruskan usaha dan ramai orang yang akan memberikan idea-idea bagaimana pembangunan bazar Esplanade ini dapat diteruskan," katanya. Beliau berkata lagi,masyarakat di Klang memerlukan kawasan destinasi pelancongan untuk bersantai dihujung minggu dan usaha MPK ini perlu dicontohi kerana daya inisiatif mempelbagaikan kawasan tarikan yang boleh dikomersilkan. Bazar Esplanade ini dipenuhi kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual pelbagai jenis barang termasuk pakaian,cendermata, buku, makanan dan sebagainya. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah Exco Selangor, Dr Halimah Ali dan Dr Yaakob Sapari,Ahli Parlimen Kapar Manikavasagam, Timbalan YDP Klang, Tuan Ikhsan Mukri. Sumber: Selangorku.com |
Posted: 23 Mar 2012 08:55 AM PDT Taman Sentosa, 23 Mac 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini meluangkan masa melawat seorang pelajar, Navin A/L Ravi yang telah mencatatkan keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan SPM. Keputusan cemerlang yang diperolehinya itu merupakan sejarah pencapaian SPM buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun sekolah SMK Kampung Jawa. Navin yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor juga meminati bidang kejuruteraan kimia merupakan seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi. Bapanya telah lama sakit dan tidak bekerja dan hanya menerima pendapatan daripada SOCSO serta ibunya bekerja sebagai operator. Navin mempunyai 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Dua tahun yang lepas YB Dr xavier telah memberikan sumbangan basikal untuk membantu Navin memudahkan perjalanan ke sekolah. Navin juga telah menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya dengan mengikuti kelas Tuisyen Rakyat setiap hari Ahad. Program Tusiyen Rakyat adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor memberikan kelas tuisyen secara percuma kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang layak. YB Dr Xavier Jayakumar berbangga dengan kejayaan yang dicapai Navin dan berharap lebih ramai pelajar mengutamakan pelajaran mereka dan mengambil peluang dengan program-program pendidikan dan bantuan yang diberikan kerajaan negeri. YB Dr Xavier percaya dengan pendidikan yang baik, taraf sesebuah keluarga dapat ditingkatkan. Sebagai menghargai kerajinan yang ditunjukkan Navin dan untuk menggalakkannya meneruskan kecemerlangan, YB Dr Xavier telah menghadiahkannya RM500. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan