The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 22 Mar 2012 04:57 AM PDT WARIS BADAN BERTINDAK PERWARIS BUMI WILAYAH KESEDAR 15 TUNTUTAN WARIS-KESEDAR 1. Kami mendesak agar pihak Kesedar bersedia menghapuskan hutang peneroka Kesedar walau dengan apa cara sekalipun seperti mana yang telah dijanjikan; 2. Waris menuntut pihak Kesedar berlaku adil dalam pembahagian peruntukan, projek dan bantuan tanpa terpengaruh dengan desakan dan campurtangan politik; 3. Pihak Kesedar haruslah menunjukkan lot tanah kepada peneroka supaya mereka tahu lot masing-masing selepas proses tanam semula; 4. Pihak peneroka ingin tahu kemana pergi wang hasil ladang sawit dan getah sebelum sistem blok; 5. Pihak Kesedar harus sediakan lot rumah dan peluang pekerjaan kepada anak-anak Peneroka (Generasi Ke-2) dengan memberikan ladang yang dimajukan tanpa peneroka semasa proses tanam semula; 6. Pihak Kesedar perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai kos yang akan ditanggung oleh Peneroka semasa proses tanam semula; 7. Pihak Peneroka ingin tahu ke mana hasil ladang Kesedar yang diuruskan oleh KPSB atau Kesedar Dagang dan sebagainya; 8. Pihak kami juga memohon penjelasan tentang wang pampasan yang dibayar oleh Kerajaan untuk tanah Peneroka yang terlibat dengan jalan, kabel elektrik dan sebagainya; 9. Pihak Peneroka ingin tahu kos tanam semula bagi setiap hektar supaya peneroka jelas dan faham sistem hutang serta bantuan tanam semula oleh Kerajaan dan harga batang getah yang dijual; 10. Perlu pembelaan terhadap 58 orang di Kesedar Sungai Asap dan ramai lagi di RKT Kesedar lain yang tidak lagi diiktiraf sebagai peneroka; 11. Memohon pihak Kesedar membayar balik wang lebihan dari hutang yang telah dibayar melalui potongan bayar kembali (BK) dan mengeluarkan surat rasmi kepada Peneroka yang sudah menjelaskan hutang; 12. Mohon kenaikan wang sara hidup dari RM500.00 kepada RM1500.00 dan mohon penyelarasan wang sara hidup dimana sesetengah peneroka menerima hanya RM350.00 sahaja sebulan; 13. Kesedar hendaklah menyerahkan kembali Pengerusi kepada Kerajaan Negeri sebagaimana sebelum ini disandang oleh Menteri Besar Kelantan; 14. Kesedar hendaklah memberikan surat pelepasan kepada Peneroka yang mempunyai Geran Hak Milik untuk mengikuti program tanam semula dengan pihak Risda; 15. Minta penjelasan masalah Peneroka yang tidak menandatangani Perjanjian Tanam Semula tetapi ladang mereka telah ditebang, Peneroka terbabit telah dipecat dan wang sara hidup tidak diberi. KAMI PIHAK WARIS, MEMBERIKAN TEMPOH KEPADA PIHAK KESEDAR UNTUK MEMBERIKAN MAKLUM BALASA UNTUK TUNTUTAN DIATAS SELAMA SATU BULAN. sk: DYMNMJ Sultan Muhammad V Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Pengurus Pejabat Operasi (PPO) RKT Kesedar (Jeram Tekoh, Sungai Asap, Renok Baru, Paloh 2, Paloh 3, Chalil, Lebir dan Meranto) Saya edarkan kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat agar dapat sama-sama memperjuangkan nasib peneroka-peneroka Kesedar, Gua Musang, Kelantan. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan