Rabu, 21 Mac 2012

PKR PENGKALAN HULU

PKR PENGKALAN HULU


TS Kadir Sheikh Fadzil sempat keluar UMNO sebelum parti itu diketepikan

Posted: 21 Mar 2012 10:40 AM PDT

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil telah rasmi meninggalkan UMNO. Ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Dato Seri Adnan Mansor. Tindakan beliau itu telah dijangkakan dari awal lagi kerana beliau telah meluahkan banyak perkara yang beliau tidak persetujui berlaku didalam UMNO. Beliau telah menyertai UMNO pada tahun 1956 dan bersama-sama menyertai UMNO baru pada bulan Februari 1988 yang lalu.

Saya memahami apa yang dirasakan oleh TS Kadir itu kerana beliau sudah begitu lama terlibat didalam kedua-dua parti (UMNO asal dan UMNO baru), dan tentulah beliau nampak dan merasakan perbezaan diantara dahulu dengan sekarang. Saya menganggap dan boleh mengagak yang beliau lebih selesa berada diluar UMNO untuk bersama-sama menyatukan Melayu diluar parti yang kian hari kian lemah itu.

Tindakan TS Kadir keluar dari parti itu merupakan bayangan menifestasi sebenarnya yang berlaku didalam UMNO. Sebagai seorang yang telah bersama dengan parti itu selama 5 dekad lebih itu, tindakan beliau itu tentunya didasarkan kepada masalah-masalah yang berlaku didalam UMNO kerana saya secara peribadi merasakan apa yang diresahkan oleh TS Kadir itu.

Meninggalkan parti itu adalah satu-satunya pilihan TS Kadir kerana tidak ada maknanya jika berada didalam parti yang meresahkan beliau. Tentulah berbagai-bagai tohmahan akan dilemparkan kepada beliau oleh penyokong dan penjilat pimpinan parti itu tetapi biarkan sahaja mereka berbuat apa yang mereka suka. Kita sahaja yang tahu perbezaan berada diluar parti yang kini sedang menuju kepada penghujung perjuangannya.

Saya telah dihubungi oleh ramai juga rakan-rakan kenalan dan yang tidak saya kenali bertanyakan tentang tindakan TS Kadir ini untuk mendapat komen saya. Saya hanya memberikan pandangan yang berlainan. Orang lain biarlah dengan pandangan mereka. Ia bergantung kepada matlamat masing-masing. Jika matlamatnya ialah untuk meneruskan agenda memusnahkan rasuah tegar dan menjauhi dari penjajahan pemikiran oleh pimpinan yang hanya mementing perut mereka sahaja, meninggalkan UMNO itu merupakan jalan yang terbaik.

Menentang kegiatan rasuah didalam parti dan kerajaan didalam UMNO akan hanya mengundang diri kita dihina dan dinesta kerana mereka didalam parti itu tidak lagi mahu melihat rasuah itu dihapuskan. Saya pernah menyatakan dengan jelas yang UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing yang saling menyandar diantara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang pesat tanpa UMNO dan UMNO pula tidak akan hidup tanpa rasuah. Rasuah itu sudah menjadi pakaian kepada pemimpin-pemimpin UMNO disetiap peringkat.

Isu negara sejak 3 dekad dahulu adalah rasuah. Rasuah inilah yang membawa kepada masalah-masalah yang lain kerana apabila pemimpin politik dan pelaksana mengamalkan rasuah mereka tidak akan membuat keputusan dengan baik lagi. Bagi melindungi rasuah maka pimpinan terpaksa berbohong dengan rakyat. Mereka terpaksa berbohong beribu kali kerana bohong mereka yang pertama dahulu.

Dulu mereka boleh berbohong sekehendak hati, tetapi apabila rakyat sudah menjadi rakyat yang bermaklumat maka pimpinan sudah tidak lagi boleh melindungi perkara mungkar yang mereka lakukan.

Kini TS Kadir meninggalkan parti dan beliau tidak kesaorangan. Ratusan ribu 'card carrying members' UMNO tidak memberikan sokongan terhadap parti itu lagi. Mereka adalah diantara ahli yang sudah merasa jemu dengan kerenah pemimpin-pemimpin mereka. Minggu ke minggu, tahun berganti tahun, pemimpin-pemimpin UMNO telah memberikan masalah kepada parti. Sepatutnya pemimpin yang menahan ragam ahli-ahli yang ramai ini.

Tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin-pemimpin mereka pula yang memberi masalah kepada parti. Pemimpin parti sekarang tidak berkelayakan untuk dituakan (hormati). Sepatutnya kita ikut perbilangan; yang muda membuat ragam dan yang tua menahan ragam. Banyak kritikan terhadap TS Kadir ini datangnya dari orang-orang baru, yang sedang cuba-cuba mengenali UMNO itu.

Kebanyakkan dari mereka ini jika diperbandingkan dengan usia dan pengalaman dalam UMNO ini tidak lebih dari orang yang masih belum mengenali yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana tangan kiri untuk beristinjak. UMNO kata orang, UMNO kata mereka. Tetapi mereka tidak tahu dan masih belum mengenali UMNO yang sebenarnya.

Itu lah sebabnya ramai diantara yang menulis dialam maya ini menulis mempertahankan UMNO itu bukan kerana mereka mengenali parti itu sebaliknya kerana mempertahankan apa yang mereka ada atau apa yang mereka boleh perolehi. Malahan setengahnya mendapat imbuhan untuk mencarut dan menggunakan bahasa yang tidak menunjukkan ketamaddunan mereka.

Tindakan TS Kadir keluar parti itu merupakan cebisan dari perasaan tidak puas hati dengan 'conduct' UMNO sekarang ini. Perasaan itu dirasakan juga oleh ramai ahli-ahli UMNO yang lain. Hanya meeka tidak berani bersuara kerana salah satu kejayaan UMNO ialah untuk membentuk sindrom bisu dikalangan ahli-ahlinya. Ada mata pandang ada telinga dengar sahaja.

Dalam keadaan beginilah yang membuatkan orang Melayu terbantut daya pemikiran mereka. Itu jelas merupakan sumbangan besar UMNO terhadap orang Melayu. Saya berkeyakinan ramai lagi ahli-ahli UMNO akan mengikut jejak langkah TS Kadir itu. Seperti pilihanraya 2008 yang lalu, lebih dari sejuta ahli UMNO keluar parti di dalam bilik mengundi disaluran masing-masing nanti.

Lain-lain perkataan TS Kadir sempat keluar sebelum parti itu diketepikan oleh rakyat tidak lama lagi.

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tiada ulasan: