Jumaat, 23 Mac 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Arahan Najib buktikan wujud penipuan kadar perahan sawit

Posted: 23 Mar 2012 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 22Mac: Pendedahan minit mesyuarat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Felda menunjukkan penipuan Felda kepada peneroka selama ini terbukti wujud.

Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham berkata, arahan yang dikeluarkan Najib itu menunjukkan Felda tidak yakin mahkamah akan memihak kepada mereka sekiranya kes dibicarakan tanpa sebarang campur tangan.

"Najib dan Felda amat takut dengan saman dari peneroka Felda seluruh negara, sehingga cuba pengaruhi mahkamah untuk berpihak kepada mereka,

"Ini secara tidak langsung mengesahkan dakwaaan kami, walaupun dinafikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan", kata Rebin kepada KeadilanDaily.

Beliau merujuk kepada pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkenaan dokumen rasmi mesyuarat Najib dengan pengurusan tertinggi Felda berkenaan isu Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (OER).

Minit itu antara lain tercatat 'pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya'.

Beliau turut berkata, rundingan antara peneroka dan pihak Felda sudah lama dilakukan, namun tidak mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari Felda.

"Kita meletakkan jalan perundangan sabagai jalan terakhir. Namun, selepas pendedahan ini, tiada jalan lain lagi untuk membela nasib peneroka selain menumbangkan kerajaan Umno BN pada pilihanraya akan datang," tegas Rebin lagi.

Beliau turut memaklumkan, usaha mengumpul 100,000 tandatangan berjalan dengan lancar, selain aktiviti penerangan, dialog dan mengedarkan risalah.

"Kita sudah masuk ke Felda seluruh negara. Semua negeri komited untuk menghantar wakil ke perarakan peneroka di Masjid Putrajaya 30 Mac nanti," katanya lagi.

Lebih 18,000 pengundi diragui di Parlimen Pekan

Posted: 23 Mar 2012 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mac: KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri AnwarIbrahin berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu.

"Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?" katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat.

"Saya nak tunjukkan bagaimana daftar penipuan dibuat. Satu nama dua alamat sememangnya tak boleh berlaku. kalau masuk dalam komputer ia akan ditolak sebab nombor kad pengenalan sama.

"Tapi apa yang mereka buat ialah dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan," katanya.

Anwar memberitahu, KEADILAN mempunyai cukup bukti tentang penipuan yang dilakukan SPR.

Katanya, terdapat 79,998 kes, 100 pengundi yang diaftarkan dalam satu alamat.

"Antara yang disebut termasuk Parlimen Johor Baharu, lokasi Desa Melayu Majidee yang mempunyai 127 pengundi dalam satu alamat. Di Desa Mahkota Kluang, 103 pendundi satu alamat.

"Parlimen Seremban 190 pengundi. DUN Batu Caves 202 pengundi tanpa alamat. Kota Raja DUN Seri Muda 609 pengundi alamatnya Batu 7 Seri muda. Kalau di rumah panjang Sabah kita faham ada 50 hingga 60. Tapi kalau di Seri Muda ia tidak munasabah," katanya.

Beliau juga membidas kenyataan SPR terdapatnya 240,000 undi pos tambahan di kalangan petugas SPR sedangkan dalam PSC penambahbaikan pilihanraya semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan pengundian awal.

Program Semasa

Posted: 22 Mar 2012 11:10 PM PDT

23 Mac 2012/Jumaat
Ceramah Umum Dun Jeram Padang
Bilik Gerakan Utama,
Tmn Desa Puteri, Bahau
8.30 malam
Hotline: 016-272 1448 (Murly)

Penceramah:
1. YB Sivakumar
2. YB P. Gunasekaran
3. YB Teo Kok Seong
4. Karip Salleh (Ketua Cabang Jempol)
5. T. Kumar (Naib Ketua Cabang Jempol)

Siri Jelajah PR NS pertama: lebih 7 ribu hadir!

Posted: 22 Mar 2012 10:07 PM PDT


Program: Siri Jelajah PR NS (siri pertama-Parlimen Telok Kemang)
Tarikh; 22 Mac 2012 / Khamis
Venue: Batu 3, Jalan PD-Lukut, Pekan Lukut, Port Dickson.
Kehadiran: lebih 7 ribu Sasaran kehadiran: 5 ribu

Momentum sokongan rakyat kepada program besar Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tetap berterusan selepas Rapat Rakyat N9 pada 15 Januari 2012 lalu. Siri Jelajah PR NS untuk siri pertamanya di Parlimen Telok Kemang mendapat sambutan yang cukup baik daripada penduduk-penduduk sekitar Lukut, Chuah, Port Dickson, Seremban dan Rembau.

Program bermula seawal jam 8.30 malam walaupun tapak program telah mula dibanjiri orang ramai sejak jam 7.30 malam lagi. Sebelum itu, dilaporkan banyak poster dan banner hebahan tentang siri jelajah ini telah dikoyakkan dan dipotong oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab sebagai usaha menggagalkan hebahan tersebut kepada orang ramai. Namun, halangan itu tidak sedikit pun menjejaskan kehadiran ramai.

Ceramah telah dimulakan oleh Adun Lukut, YB Ean Yong dan kemudiannya disusuli oleh Adun Chuah, YB Chai Tong Chai. Ketika ceramah berlangsung, telah kelihatan segerombolan anggota Perkasa mula berkumpul di hadapan stesyen minyak Shell seberang jalan dari tapak program. Banner-banner mencemuh Ketua Umum KEADILAN mula dinaikkan oleh penyokong-penyokong kumpulan terbabit. Namun, tidak sampai 30 minit mereka telah diarahkan oleh polis supaya meninggalkan kawasan setelah ramai penyokong dan pasukan keselamatan PR menghampiri gerombolan terbabit.

Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba tepat jam 10.30 malam dan beliau memulakan ucapan pada jam 10.55 malam. Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN dan DAP NS telah menyampaikan ucapan.


Tiada ulasan: