MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- PENGERUSI FELDA BANYAK BERBELANJA
- Durian runtuh: Warga Felda buat laporan polis
- FELDA 30 TAHUN AKAN DATANG
PENGERUSI FELDA BANYAK BERBELANJA Posted: 04 Mar 2012 08:33 AM PST | |
Durian runtuh: Warga Felda buat laporan polis Posted: 04 Mar 2012 03:10 AM PST
TEMERLOH: Lapan orang warga Felda sekitar Jengka hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting. Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat. Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak-anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF). Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan sejak dua minggu lalu itu, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan. Polis juga didesak menyiasat sejauh mana benarnya pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh (hasil penyenaraian saham) sedangkan mesyuarat (EGM) KPF telah dibatalkan. Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV) seperti diumumkan Isa Samad. Jurucakap warga Felda yang membuat laporan polis berkenaan, Aris Fezul Ismail berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan. "Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan. "Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia masih samar-samar ekoran EGM KPF pada 22 Februari yang lalu dibatalkan sedangkan durian runtuh itu apabila disenaraikan. "Jadi terdapat sebahgian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu (Ahmad Maslan dan Isa Samad) yang mempertegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan," katanya. Tambah Aris, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan sandiwara pemimpin tertentu yang berselindung di sebalik tawaran durian runtuh. Sementara itu, kira-kira 200 peneroka hadir memberi sokongan. Turut hadir Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, peguam Harris Abdullah, Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim serta ketua-ketua peneroka. Dalam pada itu Mazlan menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu. "Segala kemungkinan boleh berlaku, umpamanya mungkin dokumen penting yang diserahkan dibimbangi untuk tujuan tetap menyenaraikan Felda di bursa saham dan tidak mustahil geran hak milik ladang dan rumah dijadikan cagaran sebab geran besar tanah peneroka ada dalam simpanan Felda. "Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda atau laporan polis akan dibuat seluruh negara," tegasnya. Sumber: http://penpasksgb.blogspot.com/ | |
Posted: 03 Mar 2012 08:49 PM PST Dios Berantogis Adakah Felda bakal jadi seperti Manchester United? Pada awal penyenaraian saham kelab bola sepak terkenal, Manchester United. Mereka beranggapan dengan penjualan saham di bursa saham boleh mendekatkan pasukan itu dengan peminat dari pelosok Britain. Benar, 10 tahun pertama penjualan saham hanya berlegar di kalangan pemegang saham dari peminat tetapi 15 tahun kemudian, sedikit demi sedikit saham itu dipegang oleh pelabur asing, sehinggalah pada lewat tahun 2000, peminat Manchester United kecewa kerana kelab tersebut akhirnya dimiliki oleh pelabur Yahudi. Yang paling malang mereka akan menanggung hutang akibat pembelian saham yang menggadaikan semula kelab tersebut kepada bank. Penjualan tiket meningkat hampir 30% dan pelbagai pendekatan bermotifkan keuntungan diambil oleh pemilik baru untuk membayar kembali kos pembelian mereka. Apabila sesuatu syarikat mengeluarkan saham baru di pasaran terbuka, syarikat itu perlu menyenaraikan harta dan aset syarikat untuk menunjukkan keupayaan syarikat dan meyakinkan pelabur (pembeli saham baru) dan siapa sahaja boleh membeli saham tu sekiranya dia ada duit dan berminat untuk melabur. Orang asing dari Amerika Syarikat pun boleh beli saham tersebut. Selepas dijual di pasaran terbuka, maka pemegang saham dianggap memiliki syarikat itu. Pada permulaan, syarikat akan mendapat modal yang banyak apabila menjual saham-saham tersebut. Modal ini boleh digunakan utk apa saja kegunaan syarikat dan tidak mustahil dihabiskan, apatah lagi tidak dimaklumkan perancangan yang bakal dibuat selepas memperolehi pelaburan dari pasaran terbuka. Saham yg didagangkan kemudian dari jualan pertama hanya lah memberi keuntungan kepada pemegang saham berikutnya, bukan lagi kepada syarikat. Kerana keuntungan atau kerugian dari penjualan berikutnya tidak memberi kesan pada modal syarikat. Lumrah alam, tiada saham yg tidak mampu dibeli, kerana org yang berduit mampu membeli saham-saham tersebut. Pemegang saham yang memiliki saham paling besar adalah berkuasa. Masalah timbul jika pemegang saham (terbesar) substiantial, tidak lg memikirkan manfaat peneroka-peneroka. Sudah tentu mereka memikirkan apa keuntungan yang mereka boleh dapat dari pelaburan ini. Mereka buleh membuat apa saja terhadap asset syarikat. Mereka boleh menjual, memajak dan menyewakan tanah tersebut. Peneroka juga tidak mustahil akan dihalau atau mungkin menjadi buruh di tanah yang dulu milik mereka sendiri. Mungkin kita boleh fikirkan jika petronas dijual di pasaran terbuka, siapa yang mampu membeli Petronas? Jika dulu KFC milik bangsa bukan Melayu pun boleh dibeli oleh pelabur Melayu, tidak mustahil pelabur Yahudi boleh membeli saham Felda. Terdapat banyak kaedah untuk membeli saham secara diam-diam. Apabila berjaya mendapat jumlah tertentu baru lah pemilik sebenar akan muncul. Tanyalah Stan Kroenke dan Malcom Glazer bagaimana mereka menggunakan kedudukan mereka dengan saham yang kecil di dalam kelab Arsenal dan Manchester United walaupun pada awalnya kelab bolasepak ini adalah syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham. Sedangkan kelab-kelab bola ini pun mampu dibeli. Inikan pula Felda. Cara yang paling mudah ialah menggunakan proksi untuk membeli saham awalan (IPO) yang dijual, Kemudian jumlah saham akan dibeli sedikit demi sedikit menggunakan pelbagai proksi. Ianya sukar dikesan, sudah tentu jika dilihat dari permukaan kita tidak akan dapat mengesan proksi-proksi ini. Ianya hanya akan terdedah apabila pelabur sebenar muncul dengan memiliki sekurang-kurangnya 30%. Pada kebiasaanya jumlah 30% diperlukan untuk menwajibkan baki 70% dijual kepada pemegang saham (compulsory acquisition). Tidak penting berapakah harga yang perlu dibayar kerana ia mampu dibayar, yang kita perlu fikirkan akan tergadaikah tanah-tanah peneroka kelak. Pada ketika itu tiada apa yang mampu menghalang sebarang tindakan pemilik, kerana dia berhak sepenuhnya. Tentulah orang yang bertanggungjawab menyenaraikan Manchester United tidak terfikir 20 tahun kemudian kelab ini akan dimiliki oleh pemilik Yahudi. Dan siapa boleh tahu 20-30 tahun lagi siapakah pemilik Felda? Sama ada pelabur Yahudi, Russia, China, Latin, Iran, Arab, mafia Itali, tak siapa yang tahu. Dalam dunia pelaburan pasaran terbuka, siapa yang memiliki wang, dialah raja. Mungkin Isa Samad dan Najib Razak tidak sempat untuk melihat siapakah pemilik Felda 30 tahun akan datang, tetapi orang-orang Felda 30 tahun lagi akan menyesali tindakan ini. Dan tidak mustahil kita akan rasa diperbodohkan seperti mana kita melihat perjanjian jual beli air Johor dan Singapura sedekad yang lalu. Saudara Nazimi Zaim al-Qedahy, Alor Star, Kedah. Sumber: http://gayapeneroka.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan