Khamis, 8 Mac 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siar surat Anwar bagi menutup pendedahan surat Mahathir

Posted: 08 Mar 2012 03:04 AM PST

KeadilanKini

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik NAzmi Nik Ahmad hari ini menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia’Surat Anwar Kepada Tokoh Yahudi’ tidak mendatangkan apa-apa kontroversi.

Dalam pada masa yang sama beliau turut membidas akhbar tersebut berhubung dengan surat Ketua Umum KEADILAN, DAtuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 yang dihantar kepada National Endowment For Democracy (NED).

“Surat yang didedahkan itu tidak pun menimbul kontroversi, malah akhbar arus perdana itu hanya memetik dari laporan blog yang juga milik pro Umno.

“Malah kandungan surat tersebut adalah di mana Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

“Serta menyeru NED iaitu sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil,” jelasnya.

Menurutnya lagi, ketempangan proses pilihan raya yang diluahkan oleh parti-parti pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kini turut diakui kerajaan.

“Reaksi dari BERSIH maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara ini,” sambungnya.

Beliau yang juga Adun Seri Setia berkata laporan berita tersebut merupakan usaha media Umno untuk mengalih perhatian rakyat ekoran pendedahan surat menyurat Dr Mahathir kepada pemimpin-pemimpin Yahudi Israel.

Interview With Dato Seri Anwar Ibrahim When He Was in Thailand On 14th February

Posted: 07 Mar 2012 11:38 PM PST

Kerajaan Harus Belajar dari Kesilapan SBPA

Posted: 07 Mar 2012 11:34 PM PST

KEADILAN mengalu-alukan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang baru diumumkan hari ini. Namun, pembatalan ini jelas menunjukkan kegagalan berterusan Kerajaan Umno-BN dalam mengambil kira pendapat golongan yang terkesan sebelum merangka dan mengumumkan dasar-dasar yang begitu penting sebegini.

Kegagalan Kerajaan Umno-BN untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah. Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali.

Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berserta wakil-wakil pekerja CUEPACS barulah tindakan seraya 'sudah terhantuk baru terngadah' diambil oleh Perdana Menteri hari ini.

Secara tuntas, berikut merupakan prinsip-prinsip yang wajib diterima pakai oleh kerajaan yang prihatin terhadap nasib pekerja:

1) SSM yang lebih adil dan saksama dengan mengutamakan golongan peringkat bawahan dahulu sebelum peringkat atasan. Kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah haruslah membolehkan mereka menerima gaji “sara hidup” (“living wage”), dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

2) SSM yang mengambil kira prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti, tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil penyelarasan gaji minima perkhidmatan awam.

3) SSM yang lebih komprehensif termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya.

4) SSM yang mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan didalam kerajaan.

5) SSM akan disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap sepuluh tahun; semakan harus melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan.

Akhir sekali, KEADILAN meletakkan keyakinan bertunjangkan perkhidmatan awam sebagai penggerak pembangunan negara yang terutama, dan mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mengenepikan suara mereka.

Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai

Forum: “ Asean Democracy & Economic Development

Posted: 07 Mar 2012 11:29 PM PST

Forum: " Asean Democracy & Economic Development

9 Mac 2012 (Jumaat)

3.00 – 5.00 Petang

Lokasi: Ballroom, Hotel Traders, (Sebelah KOMTAR)

Ahli Panel:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang)
2. YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
3. Prince Sukhumbhand Paribatra (Gabenor Bangkok)

Tiada ulasan: