Rabu, 21 Mac 2012

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Ceramah Penerangan Parti Keadilan Rakyat Pada 13 April 2012

Posted: 21 Mar 2012 12:12 AM PDT


Sekali lagi bertempat diperkarangan rumah En Sazali (Ahli Keadilan) Lorong Mewah Utama, Taman Mewah, Kemunting, Taiping. Keadilan Cabang Bukit Gantang bakal mengadakan satu lagi ceramah penerangan tentang isu-isu semasa.

Kali ini Keadilan Cabang Bukit Gantang memperkenalan penceramah muda yang hebat-hebat terdiri daripada pelbagai latar belakang. 

Antaranya penceramah yang bakal mengegarkan Bukit Gantang pada program ceramah berkenaan ialah YB Amirudin Shaari (ADUN Batu Caves) iaitu wakil rakyat muda yang sentiasa lantang bersuara memperjuangan hak rakyat selangor ketika dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor. Sudah tentu YB Amirudin bakal memberi penerangan yang jelas kepada rakyat di Bukit Gantang mengenai isu-isu semasa yang berlaku di Selangor .

Kemudian penceramah lain tidak kurang hebatnya ialah Hasmi Hashim atau lebih dikenali dengan nama Buddi Hikayat iaitu seorang penulis lirik lagu terkenal. Antara lirik-lirik lagu popular yang telah ditulisnya ialah Awan Nano nyanyian Hafiz AF, Ajaib nyanyian nyanyian kumpulan Spider dan banyak lagi. 

Turut serta didalam program ceramah pentas pemuda ini ialah Hilman Idham iaitu seorang aktivis mahasiswa. Bagi yang belum mengenali Saudara Hilman Idham, beliau adalah seorang aktivis mahasiswa begitu lantang menyuarakan tuntutan pemahsuhan Akta AUKU. Beliau juga pernah didakwa bawah Akta AUKU kerana terlibat dalam kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang diadakan pada April 2009 semasa beliau masih lagi bergelar pelajar.

Serta seorang lagi penceramah ialah wakil dari AMK Selangor iaitu saudara Najwan Halimi. Untuk pengetahuan, Saudara Najwan Halimi pernah menjadi saksi didalam Perbicaraan Kes Liwat 2 DSAI dengan Saiful Buhkari. 

Oleh itu, kepada semua anak muda yang berada disekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang, jangan lepaskan peluang anda untuk hadir mendengar program ceramah pentas pemuda ini.

Tiada ulasan: