Selasa, 6 Mac 2012

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Posted: 05 Mar 2012 08:32 PM PST


Sekumpulan anak muda yang dahulunya terlibat dengan beberapa aktiviti Umno/BN Gelang Patah, sekarang telah bersama serta aktif dalam membantu gerakerja parti bersama AMK Gelang Patah. Kira-kira 20 orang anak muda ini bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan sukan seperti terlibat dalam sukan futsal dan takraw serta aktif dalam kumpulan kompang. Kumpulan anak muda ini juga pernah membuat persembahan ketika Kongres Nasional di Pulai Spring tahun lepas.
Setiausaha AMK Gelang Patah, Sdr. Zulkaria bin Ali merupakan individu yang bertanggungjawab mendidik dan memotivasikan anak muda ini erti perjuangan. Perjuanga yang amat luas ertinya sedikit sebanyak telah membuatkan anak muda ini cenderung untuk bersama Keadilan Gelang Patah.
Latihan kompang yang biasanya diadakah setiap malam sabtu terpaksa dihentikan berikutan peralatan seperti kompang dan jidur telah ditarik oleh persatuan Belia Taman Pulai Indah susulan mereka membuat persembahan pada Kongres Nasional 2011 yang lalu.
Justeru, Sdr. Zulkaria memohon mana-mana individu/badan koperat agar dapat dapat memberi sumbangan bagi membeli 10 biji kompang dan baju bagi mengaktifkan semula kumpulan kompang ini.

Tiada ulasan: