Rabu, 28 Mac 2012

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Posted: 27 Mar 2012 11:12 PM PDT


Kenyataan Media
Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Malaysia 28 Mac 2012 TENDER BARU UNTUK MENGENDALIKAN NFC BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN PERDANA MENTERI.



KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:

1. Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;

2. Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.
Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.
KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.

Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.
Mohd Rafizi Ramli
Perngarah Strategi
Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Malaysia

Malam kemuncak kempen BANTAH(FELDA)

Posted: 27 Mar 2012 10:55 PM PDT


Ceramah Kemuncak Kempen BANTAH

Tarikh: 29 Mac 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kompleks Sukan Seksyen 15, Bangi

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada malam tersebut.

Mari beramai-ramai memberi sokongan membantah penyenaraian Felda GVB

—Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

''ADAT JAHILLIAH'' MASIH ADA LAGI.......

Posted: 27 Mar 2012 10:43 PM PDT


Parit: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.

Gambar: TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.

Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai 'perempuan joget' bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.

Majlis yang mendapat jolokan 'disko desa' itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. -dr sumber :gB

Tiada ulasan: