Anak Muda Kampung Nak Senang |
Saifuddin Nasution di Seremban 25 Mac 2012 Posted: 22 Mar 2012 01:55 AM PDT CERAMAH PERDANA Tarikh : 25 Mac 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Penceramah : ~ YB Dato Saifuddin Nasution, SU Agung PKR/AP Machang ~ Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, AJK PAS Pusat ~ Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat Semua dijemput hadir |
Menteri Pelajaran didesak jelaskan angka buta huruf yang tinggi Posted: 22 Mar 2012 12:50 AM PDT Menteri Pelajaran didesak jelaskan angka buta huruf yang tinggi March 22, 2012 Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus dari 6,667 pelatih PLKN buta huruf. SEREMBAN – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mendesak Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kadar buta huruf tinggi. Badrul Hisham berkata, beliau ingin menarik prhatian umum untuk meniliti fakta mengenai berapa ramai lagi palajar yang masih ketinggalan. "Kita terlalu menumpukan dengan statistik seramai 559 orang dari pada 468,808 calon SPM mendapat gred cemerlang tertinggi (A+) tetapi tidak harus lupa mengenai fakta pada 11 Januari lalu telah disebut oleh Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus dari 6,667 pelatih PLKN buta huruf. "Memandangkan PLKN menumpukan pengambilan di kalangan bekas calon SPM dan jika statistik angka lapan peratus ini dijadikan penunjuk maka dari 468,808 orang calon SPM, kira – kira 37,504 orang ialah buta huruf. "Ini satu angka yang amat besar dan jika kelompok ini terus ketinggalan dan dipinggirkan ia pasti akan memberikan impak besar dalam struktur sosio masyarakat negara ini," kata Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.. Beliau berkata, perhatian yang khusus harus diberikan dalam isu ini dan jika berdasarkan angka ini, maka seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar pelajaran negara. SAMM, katanya memohon ahli parlimen membangkitkan isu ini di dalam persidangan parlimen yang sedang berlangsung dan berharap Menteri Pelajaran memberikan penjelasan. Muhyiddin sibuk berpolitik Muhyiddin perlu memberikan tumpuan kepada bidang kerjanya daripada sibuk dengan kerja-kerja politik khususnya menyerang pembangkang semata-mata, katanya. Chegu Bard yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau merakamkan tahniah buat semua calon SPM 2011 yang mendapat keputusan semalam. "Walau apa pun keputusan tersebut akuilah ia adalah hasil apa yang diusahakan selama ini menjelang peperiksaan tersebut. "Namun ingatlah apa pun keputusan yang diperolehi hari ini ingatlah ia bukan pengakhiran tetapi jadikan ia platform pemulaan dalam mencorak hidup ke alam dewasa yang lebih mencabar. "Jika keputusan agak mengecewakan jangan mengalah. Sebenarnya bagi manusia yang benar-benar mampu menggunakan potensi diri mereka; adalah kurang penting di mana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir nanti. "Proses pendidikan seharusnya bukan sahaja berteraskan peperiksaan semata-mata tetapi proses berterusan dalam pembinaan insan," katanya lagi. Beliau menambah, dalam kegirangan meraikan keputusan usah dilupa dengan jasa pendidik, ibu bapa dan keluarga disebalik kejayaan tersebut. Menurutnya, kamu juga ada peranan besar kemudian nanti dalam menggalas tanggungjawab selaku anak muda Malaysia. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/22/menteri-pelajaran-didesak-jelaskan-angka-buta-huruf-yang-tinggi/ |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan