Isnin, 19 Mac 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dato Seri Anwar Ibrahim di N.Sembilan 22 Mac 2012

Posted: 18 Mar 2012 08:01 PM PDT



CERAMAH KHAS
Tarikh : 22 Mac 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Bt 3, Pekan Lukut, Jln Lukut - Port Dickson, Telok Kemang, N.Sembilan
Bersama :
~ Dato Seri Anwar Ibrahim
~ YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N.Sembilan
~ YB Hj Mohamad Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ YB Loke Siew Fook , Pengerusi DAP N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Aktiviti luar biasa kapal tentera asing di Nusantara

Posted: 18 Mar 2012 07:07 PM PDT



Berita dari Indonesia melaporkan aktiviti kapal tentera Amerika dan Australia yang semakin banyak di Selat Sunda (antara kepulauan Jawa dan Sumatera) akhir-akhir ini yang mencurigakan pihak keselamatan Indonesia. Bagaimana pula dengan pergerakan tentera Amerika berhampiran perairan Malaysia khususnya di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Tebrau dan perairan di Sabah dan Sarawak?

Kapal Militer AS Bolak-balik Selat Sunda

18 Maret 2012, Cilegon: Sejak beberapa pekan ini, aktivitas kapal militer asing di Selat Sunda meningkat. Ini lantaran adanya pemindahan 4.700 pasukan Amerika Serikat (AS) dari pangkalan militer AS di Okinawa ke beberapa pangkalan militernya di Pasifik, seperti Hawaii, Australia dan Philipina.

Data di Pangkalan Angkatan Laut (Lanal) Banten menyebutkan, 53 kapal militer asing melintas di Selat Sunda selama sebulan ini. Masuknya kapal militer asing di Perairan Selat Sundat tak bisa dielakan lantaran lintasannya berada di daerah luar Zona Ekonomi Eksklusif Indonesia pada Alur Laut Kepulauan Indonesia (ALKI).

Dalam kesepakatan hukum laut internasional disebutkan, kapal asing diperbolehkan melintas di zona tersebut tanpa perlu terlebih dahulu meminta izin kepada pemerintahan di wilayah tersebut. "Hampir tiap hari selalu ada kapal perang AS, makanya pengawasan kita perketat," Wakil Komandan Lanal Banten Mayor Laut (P) Robert Marpaung di ruang kerjanya, Sabtu (17/3).

Bahkan, katanya, dalam seminggu terakhir beberapa kapal perang Australia juga terlihat melintas di Selat Sunda. "Pemantauan terus kita lakukan, biasanya kalau ada kapal asing kita minta mereka tidak melintas di Perairan Indonesia," ungkapnya.

Sementara itu, Danlanal Banten, Kolonel Laut (L) Agus Priyatna mengatakan, dengan meningkatnya aktivitas pelayaran kapal militer asing di Selat Sunda membuat pihaknya lebih meningkatkan pengamanan. "Kita lakukan patroli di beberapa titik, ini untuk mengawasi kegiatan kapal militer asing yang mencurigakan," kata.

Dalam setiap patroli pihaknya mengerahkan dua kapal yang masing-masing dilengkapi 20 personel bersenjeta lengkap. "Saat ini kami memiliki empat kapal patroli yang terdiri atas dari satu kapal berukuran 28 meter, satu kapal 12 meter dan dua kapal ukuran delapan meter," jelasnya.

Sumber: http://beritahankam.blogspot.com/2012/03/kapal-militer-as-bolak-balik-selat.html

Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta

Posted: 18 Mar 2012 06:44 PM PDT



Semoga ada pihak yang menyiasat kesahihan aduan di bawah ini.

Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta
Aduan Rakyat dot Com 18 Mac 2012

Salam Tuan/Puan,

Minta kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk memaparkan kes saya ini yang telah saya email seperti dibawah. Ini adalah kes serius yang perlu disebarkan kepada semua rakyat supaya tidak ada mangsa-mangsa yang lain lagi. Saya sekarang sudah letih and lesu kerana pihak polis masih tidak mengambil apa2 tindakan walaupun sekarang sudah ada 2 kes yang sama melibatkan syarikat yang sama, Setia Satria TM Sdn Bhd.

Saya sudah sebarkan di forum dibawah:

http://www.bmwclubmalaysia.com/forums/showthread.php?47009-Car-Dealer-Runaway-amp-Stole-My-Car-E90-320i-(A)
http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=103336
Kalau nak ambil tindakan mahkamah pun rasanya takkan ke mana kerana saya masih menjadi mangsa, kereta hilang tetapi saya masih harus membayar hutang bank.

Harap pihak tuan/puan dapat memaparkan kes ini dengan segera.

Regards,
Syahril N.A.

Kira-kira 2 bulan lalu, pada 15 Januari 2012 saya telah menjual dan menyerahkan kereta berwarna hitam BMW 320i (E90) tahun buatan 2005 kepada sebuah syarikat jual-beli kereta. Kereta saya diserahkan di syarikat jual beli kereta yang bernama Setia Satria TM Sdn Bhd atau Setia Satria TM Enterprise beralamat seperti berikut:

Setia Satria TM Sdn Bhd (881542-U)
Setia Satria TM Enterprise (SA0202111-V)
No. 5-2, Jalan 5/65C, Pekeliling Business Center,
Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon: +603-4021-0573

Pegawai syarikat yang berurusan dengan saya adalah seperti berikut:

Name: Muhammad Khairul Munawir Izzuddin Bin Ismadi
NRIC: 930606-01-6551
H/P: +6010-8851-360, +6014-3193-677

Kereta saya dijual pada harga kira kira RM115,000, iaitu jumlah langsai hutang pinjaman bank di Public Bank. Pegawai jualan tersebut telah berjanji akan melangsaikan hutang di bank dan menyerahkan surat pelepasan bank dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu kerana katanya sudah ada pembeli yang mahu membeli kereta saya. Tetapi sampai sekarang masih tidak dijelaskan padahal kereta sudah di ambil. Saya telah berusaha pergi ke pejabat, menelefon dan menghantar pesanan ringkas, tetapi pegawai tersebut masih melengahkan masa dan tidak pernah membalas pesanan ringkas saya dan amat jarang sekali menjawab panggilan telefon saya.

Pihak syarikat kereta itu juga berjanji untuk membayar pinjaman bulanan terus kepada bank sekiranya syarikat kereta itu gagal menjual dalam masa terdekat. Tetapi tiap-tiap hari bank menelefon saya bahawa pinjaman telah tertunggak selama dua bulan. Pihak bank sekarang pun sudah mengeluarkan surat notis untuk menarik balik kereta. Saya juga telah meminta supaya Khairul menyerahkan kembali kereta kepada saya jika dia tidak dapat menjual kereta tersebut kepada pembelinya, tetapi dia asyik melengahkan masa.

Saya amat risau kerana saya mungkin telah ditipu and kereta saya dicuri kerana syarikat tersebut tidak ada 'showroom' kereta dan dia enggan memberi tahu saya di mana kereta itu berada sekarang. Pihak bank juga menyatakan setakat ini tidak ada permintaan dari pihak syarikat kereta itu untuk melangsaikan hutang pinjaman bank.

Saya sudah penat dan telah membuat laporan kepada polis kerana saya risau ini adalah penipuan dan kereta saya sebenarnya dicuri. Saya sudah memberitahu pihak bank dan sedang bekerjasama dengan pihak bank untuk berusaha menarik kembali kereta tersebut, kerana mengikut undang-undang, kereta itu adalah hak milik bank.

Setelah melakukan selidikan di internet, Khairul adalah anak kepada Datuk Ismadi yang pernah dikaitkan dengan Yasmin Khanif seperti di blog ini http://www.rotikaya.com/yasmin-khanif-tidak-mengaku-punya-sugar-daddy-datuk-ismadi-mengaku-taja-hidup-mewah-ha/

Saya berharap kepada sesiapa yang tahu bagaimana saya dapat berjumpa sama-ada Khairul ataupun Datuk Ismadi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih.

Regards,
Syahril N.A.

http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-syarikat-jual-beli-kereta

Pelatih PLKN dakwa kena belasah di Kem PLKN Melaka

Posted: 18 Mar 2012 06:44 PM PDT



19 Mac 2012 , KUALA LUMPUR: Dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa sakit belakang dan sesak nafas selepas dibelasah dua pelatih lain dalam dua kejadian berasingan selang 15 minit di asrama mereka di Alor Gajah, Melaka, awal pagi kelmarin.

(Sila rujuk laman web http://beritaplkn.blogspot.com/ untuk laporan beberapa insiden di Kem PLKN sebelum ini)

Dalam kejadian bermula jam 2.15 pagi itu, dua pelatih terbabit iaitu Yap Chun Jen dan Chew Chee Yong, 18, mendakwa ditumbuk dan ditendang di perut, kaki dan belakang badan oleh dua pelatih terbabit yang datang menemui mereka dengan membawa sekumpulan pelatih lain.

Menurut Yap yang berasal dari Puchong, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum didatangi sekumpulan 20 pelatih mengejutkannya dan seorang daripada mereka mengarahkannya keluar untuk berbincang berikutan itu hari terakhir mereka menjalani latihan.

"Takut dikelilingi pelatih saya hanya menurut, namun sejurus selepas menjejakkan kaki keluar pintu asrama, mereka menumbuk tepat di perut serta menendang kaki saya.

"Pelatih itu kemudian menyuruh saya memukulnya semula dan selepas saya berbuat demikian, dia terus memukul di belakang badan pula," katanya ketika membuat sidang media di Kepong, di sini, semalam.

Yap berkata, dia dibelasah akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka semasa permulaan program, Januari lalu.

Dalam kejadian kedua yang berlaku 15 minit selepas itu, Chew mendakwa diserang di bilik asramanya oleh seorang pelatih yang menuduhnya pernah menumpahkan air.

"Saya tidak pernah menumpahkan air dan sepatutnya, pada hari akhir latihan, pelatih lebih bijak dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, bukannya menghukum dengan cara ini," katanya.

Jurulatih yang menerima aduan mangsa kemudian membawa mangsa membuat pemeriksaan doktor di Hospital Alor Gajah (HAG) sebelum dibawa ke Balai Polis Simpang Ampat oleh ibu bapa masing-masing untuk membuat laporan polis. Sementara itu, Ketua Pasukan Petugas MCA Kepong, Tan Kok Eng berkata, MCA akan berhubung terus dengan PLKN, untuk mendapatkan penjelasan bagaimana perkara itu boleh berlaku serta akan membuat susulan dengan polis bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan telah mengarahkan pengurusan PLKN Alor Gajah membuat laporan penuh kejadian itu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelatihdakwakenabelasah/Article/index_html

Tiada ulasan: