Anak Muda Kampung Nak Senang |
Apa yang menarik di DUN Paroi 11 Mac 2012 ini? Posted: 07 Mar 2012 05:26 PM PST CERAMAH PERDANA Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Penceramah : ~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat ~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR ~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan ~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau Serta Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi) FAKTA MENARIK DI DUN PAROI : 1. Wakil Rakyat DUN Paroi adalah merupakan wakil rakyat sulung dan tunggal dari PAS di Negeri Sembilan yang dilantik melalui Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 iaitu YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang kini merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, AJK PAS Pusat dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau. 2. Sebaik sahaja selepas PRU 12, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa DUN Paroi adalah merupakan DUN angkat kepada YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan. 3. Selepas PRU 12 juga, Umno/BN telah menubuhkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam DUN Paroi, Ini bermakna rakyat di DUN Paroi boleh mendapatkan perkhidmatan di 4 Pusat Khidmat Masyarakat, 1 yang diuruskan oleh PAS dan 3 oleh Umno/BN. 4. DUN Paroi merupakan satu-satunya DUN di Negeri Sembilan dan kemungkinan di Malaysia yang ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat. 5. Apabila DUN Paroi menjadi DUN angkat Menteri Besar, banyaklah aktiviti kerajaan negeri serta Umno/BN dijalankan di DUN ini, sehinggakan dalam tempoh seminggu diadakan 3 Majlis Sambutan Hari Raya besar-besaran di DUN Paroi iaitu pada 20 Sep 2011 di Taman Satria, 21 Sep 2011 di Taman Marida dan 27 Sep 2011 di Taman Tasik Jaya. FAKTA SEJARAH DUN PAROI : 1. DUN Paroi bersama kawasan Parlimen Rembau hanya wujud sejak Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 selepas persempadanan semula. 2. Paroi telah dibuka oleh anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar, iaitu Raja Totok di mana beliau telah dikahwinkan dengan anak Undang Sg. Ujong. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan mangkat di DUN Kota, iaitu di tempat bernama Penajeh. 3. Pertempuran hebat semasa peristiwa Perang Bukit Putus pada Disember 1875 berlaku di Paroi, dimana pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada hari itu. |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan