The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Perjumpaan Dato Seri Najib dengan Pegawai dan Kakitangan Felda di Seberang Perak Posted: 18 Feb 2012 03:23 PM PST Petang semalam dapat saya bertemu dengan kawan lama saya di Mentakab, dia mengahwinkan anak lelakinya, dan kebetulan juga anak lelakinya adalah seorang pegawai disebuah ladang Felda. Kawan saya ini adalah bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh tetapi kini sudah merubah haluan dan tidak lagi mahu bersama UMNO. Dia memberitahu saya bahawa dari sumber anaknya sendiri, Ladang Felda kini disatukan dengan Kilang Felda, walaupun kakitangan Ladang dan Kilang tidak bersetuju, tetapi terpaksa mengikut sahaja. Katanya lagi, UMNO sudah merasa amat rimas dengan perubahan sikap peneroka-peneroka Felda dan UMNO juga tidak senang hati dengan sikap pegawai-pegawai dan kakitangan Felda yang rata-rata tidak menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad kerana melibatkan Felda Plantation, Felda Holdings dan KPF. Tetapi pegawai-pegawai dan kakitangan Felda tidak dapat menyuarakan tentangan mereka terhadap permainan Kerajaan ini. Mereka sangat yakin bahawa penyenaraian ini akan merugikan Felda didalam jangka masa yang panjang dan justeru itu akan merugikan pegawai-pegawai Felda dan kakitangan Felda. Perdana Menteri bukan sahaja mahu memaksakan penyenaraian Felda Global Ventures tetapi mahu memaksakan juga sokongan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Felda. Dari sumber anaknya, kawan saya ini menyatakan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan himpunan besar di Seberang Perak mahu melibatkan peneroka-peneroka Felda, pegawai-pegawai dan kakitangan Felda didalam himpunan seramai 50,000 orang. Semua pegawai dan kakitangan Felda diwajibkan hadir, peneroka-peneroka pula akan disiapkan bas dan lain-lain kemudahan. Mereka akan dibawa ke Seberang Perak secara paksa dan secara paksa akan mendengar ucapan Najib. Apa lagi yang diketahui oleh UMNO/BN ini. Beri rasuah. Wang rasuah diambil oleh peneroka-peneroka tetapi peneroka-peneroka tetap mempersoalkan hak mereka yang dirampas dari mereka. Maka, Kerajaan UMNO/BN melakukan kerahan dan paksaan. Kerajaan yang melakukan kerahan dan paksaan menandakan kerajaan itu paling lemah, dan hanya menunggu masa sahaja lagi akan tumbang. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan