Khamis, 9 Februari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Taklimat Bantahan Penyenaraian FGVHB

Posted: 09 Feb 2012 11:41 AM PST

Selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Pahang saya telah meminta kerjasama semua Ketua-Ketua Cabang dan semua Anggota Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di peringkat Cabang-Cabang di Negeri Pahang untuk menghadiri Taklimat Bantahan Penhyeraian FGVHB pada 16hb Februai 2012 jam 3.00 petang di Pejabat PKR Kuala Krau.

Taklimat ini akan menerangkan isu penyenaraian dan kenapa PR/PKR membantahnya.  Tindakan bantahan ini akan dibuat di semua cabang-cabang PKR Negeri Pahang dan Dato Fauzi Abdul Rahman, selaku Pengerusi PKR Negeri Pahang akan diminta mengetuai tindakan bantahan ini.

Program bantahan ini akan diisikan dengan penandatanganan Memorandum Bantahan serta penandatanganan diatas kain putih setiap satu berukuran 3 meter.

Kempen bantahan ini bermula dari sekarang hingga 28hb Mac 2012 dan pada 29hb Mac 2012 akan diadakan Himpunan Besar-Besaran di Kuala Lumpur yang dijangka akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim; manakala pada 29hb Mac 2012 akan diadakan Himpunan bagi penyerahan Memorandum Bantahan kepada Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kain Putih yang ditandatangani dari setiap Negeri akan dicantumkan dan setiap Negeri akan terlibat menjinjit kain putih tersebut yang dijangkakan akan melibatkan sepanjang 1 kilometer dari Masjid Putra ke Pejabat Perdana Menteri.

Semua anggota PKR Negeri Pahang dialu-alukan untuk menghadiri Taklimat Bantahan yang akan diadakan pada 16hb Februari 2012 jam 3.00 petang di Pejabat PKR Kuala Krau tersebut.

Tiada ulasan: