s |
- Sambutan Maulidur Rasul Sekitar Batu Caves
- Kenyataan akhbar Bersama YB.Shuhaimi & YB.Amirudin Shari mengenai Tuduhan RPK
- Sumbangan Tahun Baru Cina DUN Batu Caves 2012
Sambutan Maulidur Rasul Sekitar Batu Caves Posted: 12 Feb 2012 08:17 AM PST | |||||||||||||||||||||
Kenyataan akhbar Bersama YB.Shuhaimi & YB.Amirudin Shari mengenai Tuduhan RPK Posted: 12 Feb 2012 08:01 AM PST TUDUHAN UMNO MELALUI RAJA PETRA: TIDAK ADA SALAHGUNA KUASA, PENYELEWENGAN MELAINKAN CUBAAN BARISAN NASIONALMENAWAN SELANGOR Saya merujuk kepadapenulisan Raja Petra Kamaruddin bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" didalam laman webnya yang mempunyai banyak kesalahan fakta dan berniat amat jahatdengan memutar belitkan beberapa perkara untuk memberi gambaran saya dan sdr Amiruddinterbabit dengan salahlaku rasuah. Artikel beliau ituditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut: 1. Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari menubuhkan sebuah syarikat;atau terbabit dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengantujuan mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd(KSSB) secara tidak sah; 2. Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah ahli politik yangmakan rasuah dengan menuntut pelbagai bayaran dari Double Dignity (M) Sdn Bhd;dan 3. Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah dalang aktivitikecurian pasir yang berlaku di Selangor pada ketika itu. Penjelasan saya mengenaiDouble Dignity (M) Sdn Bhd bakal membuktikan bagaimana Raja Petra Kamaruddinhanya menggunakan beberapa insiden biasa dengan menyembunyikan perkara sebenarbertujuan untuk mencemar imej Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat KEADILAN danmemfitnah saya serta YB Amiruddin Shari. LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY(M) SDN BHD § Saya mengenali En Adnan iaitu tuan punya Double Dignity (M) SdnBhd melalui seorang kenalan. Kenalan tersebut mohon berjumpa dengan saya untukmemperkenalkan En Adnan kepada saya dalam bulan Januari 2009. § En Adnan memperkenalkan Double Dignity (M) Sdn Bhd sebagaisebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti perladangan kelapasawit di Sabah. § Saya menjelaskan secara tegas kepada beliau bahawa saya tidakpunya kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Kerajaan Negeri di Selangor. § En Adnan memaklumkan bahawa Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak mempunyairancangan untuk menjalankan aktiviti di Selangor dan mahu menumpukan aktivitiperladangannya di Sabah. § Selepas pertemuan awal itu, saya tidaklah selalu berjumpa EnAdnan seperti yang cuba digambarkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan sebarangpertemuan adalah dalam tugasan saya sebagai wakil rakyat. LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAHDOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD § Menjelang Mei 2009, En Adnan menyatakan hasrat beliau untukmenjemput saya menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. Beliaumenyebut bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk membayar elaun ahli LembagaPengarah sebanyak RM5,000 sebulan sebagai permulaan. § Berikutan dari tawaran tersebut, saya ada meminta pegawai sayadan kenalan untuk menyemak latar belakang En Adnan, termasuklah memastikanbahawa beliau dan isteri beliau benar-benar duduk serumah untuk mengelakkanperangkap seperti yang berlaku di Perak. § Semakan awal pegawai dan kenalan saya menunjukkan bahawa EnAdnan dan isterinya serta seorang lagi rakannya adalah individu yang sah dansyarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd benar-benar wujud. Salah seorang AhliLembaga Pengarah dalam syarikat ini adalah anak saudara kepada seorang WakilRakyat dari UMNO. § Oleh kerana bersangka baik dan hubungan atas dasarprofesionalisme perniagaan, saya memberikan persetujuan untuk dilantik keLembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd bermula bulan Jun 2009. Saya telahmenyerahkan dokumen dan maklumat yang dimohon untuk menyempurnakan perlantikantersebut dalam bulan Jun 2009. § Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bahawaperlantikan saya ke Lembaga Pengarahnya hanya disempurnakan pada 18 Januari2010 seperti yang ditunjukkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia; bertepatandengan tarikh 18 Januari 2010 dalam satu surat sokongan yang disiarkan olehRaja Petra Kamaruddin. § Gambaran yang cuba diberikan seolah-olah perlantikan saya keLembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihanpasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah berniat jahat dan tidak tepat,kerana perlantikannya saya dibuat lebih awal. § Menjelang September 2009, En Adnan menawarkan satu lagi jawatanahli Lembaga Pengarah dan memohon bantuan saya mengenalpasti calon-calon yangbersesuaian. § Saya memperkenalkan YB Amiruddin Shari dan selepas beberapa kaliperbincangan, YB Amiruddin Shari bersetuju untuk turut dilantik menjadi ahliLembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. § Segala butiran yang diperlukan untuk menyempurnakan perlantikanYB Amiruddin Shari diberikan kepada Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam bulanSeptember 2009. TUDUHAN PERMOHONAN KONTRAKPEMBERSIHAN PASIR OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD § Raja Petra menuduh bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M)Sdn Bhd untuk menghantar permohonan membersihkan pasir kepada Kumpulan SemestaSdn Bhd di dalam satu mesyuarat bertarikh 29 May 2009. § Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawapada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonantersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin. § Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakandengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari. § Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa: 1. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar denganKumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar denganKumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan); 2. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarangpermohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta SdnBhd; dan 3. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerjapembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn BHd. § Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk danmemberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhdadalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikatterbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan KumpulanSemesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor. § Oleh yang demikian; 1. Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhdmembuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan 2. Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telahdibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd jugasatu pembohongan. 3. Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka saukseperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnyaditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannyaKumpulan Semesta. § Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagaitarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YBAmiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupunbutiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu. § Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individudari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari –bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami. § Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupauntuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankandengan tarikh 18 Januari 2010 itu. SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONANDOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD § Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB AmiruddinShari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan DoubleDignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir. § YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapidengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yangditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itusupaya mematuhi semua peraturan. § Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyaiapa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan. § Pun begitu, sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orangramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan. Apabilabertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan(melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunyasurat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan. § Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan BarisanNasional ialah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidakmenghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhikeputusan. § Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidakpernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd – maka tidak ada sebarangsalahguna kuasa mahupun penyelewengan. § Walau bagaimana pun, saya dan YB Amiruddin Shari mengakui bahawatindakan mengeluarkan surat sokongan perlu lebih perhatian dan wajar dihentikansama sekali memandangkan ia boleh dijadikan perangkap untuk memfitnah PakatanRakyat, seperti yang berlaku dalam kes ini. BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M)SDN BHD § Artikel Raja Petra cuba memberi gambaran bahawa saya memerasugut dan menuntut bayaran yang berterusan dan melampaui batas dari DoubleDignity (M) Sdn Bhd. § Hakikatnya, urusan saya dan YB Amiruddin Shari dengan DoubleDignity (M) Sdn Bhd adalah hubungan profesional dalam kapasiti saya dan beliausebagai ahli Lembaga Pengarah. § Bayaran-bayaran yang disebut oleh Raja Petra sebahagian besarnyaadalah elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkanoleh Double Dignity (M) Sdn Bhd. § Saya senaraikan setiap pembayaran dan pembohongan Raja Petraseperti berikut:
§ Oleh yang demikian, selain dari sumbangan bagi jamuan hari rayaberjumlah RM10,000 pada 30 September 2009 – semua bayaran yang dibuat kepadasaya adalah dalam kapasiti saya sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) SdnBhd. § Sepanjang penglibatan saya dan YB Amiruddin Shari di dalamDouble Dignity (M) Sdn Bhd, saya hanya menerima 6 kali pembayaran elaun iaitubagi tempoh Jun hingga Disember 2009. YB Amiruddin pula menerima 3 kali iaitubagi tempoh Oktober hingga Disember 2009. § Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang bayaran bagitujuan mendapatkan kontrak atau pun tuntutan bayaran bagi perbelanjaan sayaseperti yang dituduh Raja Petra. PERBUALAN TELEFON DAN CUBAANMENGAITKAN YB AZMIN ALI § Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra.Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrakoleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidakwujud, perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yangdiselang seli dengan perbualan sebenar yang di mungkin di rakam § Saya juga mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkanfitnah ini dengan YB Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit di dalamperkara ini. § Saya mengesyaki bahawa pihak yang mendalangi fitnah initerkeliru dengan Azmin Karim, iaitu pegawai saya yang banyak menjalankan tugasbagi pihak saya. Kesimpulannya, RajaPetra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaranburuk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali. Saya yakin beliau kinibersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkanperhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak. Harapan mereka denganmenimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepadamana-mana parti politik Pakatan Rakyat Saya juga ingin menyebutbahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidakada sebarang tindakan lanjut. Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasasaya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas. Saya juga dimaklumkan secaraperibadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidakmelibatkan salahguna kuasa. Ini bukanlah kalipertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petramengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyatdi Selangor. Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidupdan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turutdijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat. Akhir sekali, cabaransaya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalaubenarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntutbayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklahkawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan bagi kepentinganperibadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yangdilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa. Tuduhan yang hendakdibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa olehKEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untukmenggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. ADUN SRI MUDA AMIRUDDIN SHARI ADUN BATU CAVES 10 FEBRUARI 2012 | |||||||||||||||||||||
Sumbangan Tahun Baru Cina DUN Batu Caves 2012 Posted: 12 Feb 2012 07:41 AM PST |
You are subscribed to email updates from s To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan