Anak Muda Kampung Nak Senang |
Lagi ceramah dibatalkan akibat ganguan samseng Posted: 12 Feb 2012 06:43 PM PST Feb 12, 2012 - Satu lagi ceramah, kali ini mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan malam tadi selepas sekumpulan remaja menganggu majlis itu dan mengepung lokasi yang dicadangkan di Kampung Idaman, Klang. Ketika dihubungi, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata "samseng" berkenaan telah memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula. "Mereka juga mengepung lokasi itu dan kami terpaksa berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran sementara menunggu keadaan kembali tenang," katanya. Walau bagaimanapun, kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 70 orang, kata Ahmad Syukri, enggan berganjak dan ini memaksa pelajar yang berjumlah kira-kira 15 orang itu membuat laporan di balai polis Pandamaran. "Kami tiba di balai polis Pandamaran pada kira-kira jam 11.30 malam, samseng itu terus ekori kami dan mula berkumpul di sana bersama motosikal mereka," katanya. Kejadian ini adalah kali kedua apabila ceramah seumpama itu di Klang terganggu. Kali pertama, ceramah pertubuhan Asalkan Bukan Umno (ABU) 'diserang' remaja bermotosikal yang bertindak ganas dengan menyerbu lokasi di Jalan Kebun dan dilaporkan memukul seorang pemuda. Baling batu Menurut Ahmad Syukri, akibat keadaan yang tegang, polis Pandamaran memutuskan untuk mengiringi pelajar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang untuk membuat laporan. "Tiga kereta polis mengiringi kami dalam konvoi lima kenderaan tetapi ketika kami keluar, mereka membaling batu dan memukul kereta kami dengan kayu. "Syukur, cermin kereta kami tidak pecah tetapi kereta (timbalan presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen) Khalid Mohd Ismath kemek teruk," katanya sambil menambah polis juga tidak mampu berbuat apa-apa. Samseng-samseng itu sekali lagi mengekori pelajar berkenaan ke ibu pejabat polis daerah Klang dan kali ini, kata Ahmad Syukri bilangan mereka meningkat kepada lebih 100 orang. "Selepas membuat laporan polis, kami dinasihatkan supaya tidak meninggalkan balai polis berkenaan demi keselamatan. "Malah sehingga jam 4 pagi, samseng itu masih di luar, jadi kami terpaksa melarikan diri melalui pintu lain dengan bantuan penduduk tempatan," katanya. Menurut Ahmad Syukri, pelajar akhirnya berjaya meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan tanpa sebarang kecederaan. Ceramah malam tadi adalah sebahagian daripada program jelajah mereka ke seluruh negara bagi menuntut kebebasan akademik. Walau bagaimanapun, ini adalah kali pertama ia diganggu. http://malaysiakini.com/news/188917 |
Aduan masalah kualiti serius kereta Proton Posted: 12 Feb 2012 06:38 PM PST Diharapkan pihak Proton dapat menyiasat kesahihan aduan di bawah ini , seterusnya mengambil tindakan yang perlu agar industi otomotif negara ini sentiasa berdaya saing dan mendapat sokongan padu pengguna tempatan. Proton Saga FLX – Enjin Mati Secara Mengejut February 11th, 2012 - Semalam aku mengalami pengalaman yang sama dengan Encik KHARZUL RAFI MD YAZID iaitu enjin mati secara tiba-tiba semasa sedang memandu PROTON SAGA FLX 1.3 (CVT) pada kelajuan 150km/j. Kelajuan 150km/j itu cuma dalam tempoh 15 saat sahaja semasa sedang memotong kereta.Lampu amaran CVT menyala dan pada masa yang sama enjin mati mengejut. Cadangan: Pihak PROTON boleh buat dua pengesan suhu untuk unit CVT tersebut. Pengesan suhu pertama adalah sebagai amaran kepada pemandu dengan cara memaparkan lampu amaran CVT pada suhu tertentu sebelum mencapai suhu maksimum CVT. Lampu amaran CVT dipaparkan untuk beberapa minit sebelum enjin dimatikan. Pengesan suhu kedua adalah untuk mengesan suhu maksimum 'belt' CVT dan mematikan enjin. Adakan 'cut off' untuk 'top speed' kereta PROTON SAGA FLX 1.3 (CVT) pada kelajuan 14okm/j. Diharap pihak PROTON yang LEBIH ARIF dengan perkara ini boleh menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. By: MimiTaro http://www.aduanrakyat.com.my/proton-saga-flx-enjin-mati-secara-mengejut Kerosakan Enjin CVT Saga FLX December 30th, 2011 Saya baru membeli proton saga flx pada 26 November 2011 di Bayangan Dinamik SB di Bandar Baru Bangi, yang merupakan pengedar sah PROTON. Kenderaan ini merupakan kenderaan utama untuk saya berulang alik ke pejabat di Putrajaya. Tetapi saya merasa sangat kecewa dan hampa apabila belumpun sampai 2 minggu kereta ini mempunyai masalah. Berikut adalah kronologi pembelian kereta ini: 26 November 2011 – Menerima kereta daripada wakil pengedar Bayangan Dinamik Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi. 3 Disember 2011 – Sedang dalam perjalanan ke kedai buku di Alam Damai, kereta ini telah menunjukkan tanda amaran kegagalan CVT. Saya bersama anak-anak hampir menemui kemalangan kerana kereta tidak mempunyai pick-up langsung. Telah menghubungi dealer dan menyuruh rujuk kepada manual. Dalam keadaan panik, suami telah menelefon talian 1-800-888-398 untuk meminta bantuan. Berjaya pulang kerumah dengan keadaan kereta yang membahayakan. 9 Disember 2011 – Amaran CVT menyala lagi, semasa dalam perjalanan pulang daripada solat jumaat jam 2.30 petang di lebuhraya SILK Balakong. Hampir dilanggar oleh kereta lain, kerana secara tiba-tiba kereta bergerak perlahan. Sekali lagi menelefon talian bantuan kerosakan. Dinasihati untuk berhenti seketika. Sampai dirumah telefon semula bantuan kerosakan, bantuan lori towing hanya sampai jam 4.30 petang dan membawa kenderaan ke pusat servis di cheras. Menelefon pusat servis bertanya bila kereta akan dibaiki dan dimaklumkan kereta hanya akan dibaiki pada minggu berikutnya kerana 10 Disember 2011 (Sabtu) hanya menjalankan servis kereta yang biasa sahaja. 12 Disember 2011 – Telah menelefon pusat servis dan dimaklumkan kereta akan disiapkan pada hari itu. Setelah menunggu hingga petang, sekali lagi dimaklumkan kereta tidak dapat disiapkan. 13 Disember 2011 – Kereta telah diambil daripada pusat servis tanpa memberi apa-apa penerangan mengenai pemasalahan yang dihadapi. 24 Disember 2011 – Jam 9.30 pagi menghantar kereta ke pusat servis yang sama untuk servis 1,000km pertama. Jam 12.45 kereta baru disiapkan. Mengharapkan kereta dalam keadaan baik selepas menukar engine oil, oil filter, gasket drain plug dan magnetrap. 25 Disember 2011 – Jam 2.00 petang ketika hendak keluar bersama keluarga ke kenduri kahwin, lampu amaran CVT bernyala lagi. Dalam keadaan keadaan jalanraya yang sibuk, terpaksa memberhentikan kereta dan ini sangat membahayakan keluarga saya yang berada didalam kereta ketika itu. Telefon semula bantuan hotline, tetapi jawapan yang sama diterima. Telah bercakap dengan salah seorang pekerja di talian bebas tol i-care dan mengadu masalah yang dihadapi, dinasihatkan untuk menghubungi proton i-care. Dengan keadaan yang telah berlaku ini, saya merasa SANGAT KECEWA, HAMPA DAN SUDAH TAWAR HATI. Inikah yang dikatakan MALAYSIA'S LEADING MANUFACTURER?? Diharap pihak PROTON menghubungi saya bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi ini. Disebabkan masalah ini, saya terpaksa menyewa kereta untuk pergi bercuti kerana semuanya telah dirancang tetapi lain yang berlaku, kegembiraan menerima kereta baru hanyalah seminggu, selepas itu saya menanggung kesusahan dan penyesalan yang amat sangat dengan PROTON. Saya memberi tempoh dua (2) minggu dari tarikh e-mail ini utnuk pihak PROTON mengambil inisiatif menyelesaikan masalah saya. By: KHARZUL RAFI MD YAZID http://www.aduanrakyat.com.my/kerosakan-enjin-cvt-saga-flx Proton Persona baru mengalami masalah ECU Box February 12th, 2012 Saya bekerja di Pulau Pinang. Pada 9hb jun 2010 saya telah membeli kereta proton persona elegent 1.6 manual di sebuah syarikat panjualan kereta di negeri ini dengan harga 53k. Pada 1hb ogos 2010 saya memandu kereta tersebut ke pahang. Pada pagi 5hb ogos 2010, saya ingin memulakan perjalanan ke Pulau Pinang semula tiba-tiba kereta saya mengalami masalah. Timing turun naik sedangkan pada waktu itu saya tidak menekan pedal minyak. Saya hantar kereta saya ke pusat service proton di Bandar Maran untuk di periksa. Pekerja pusat service buat pemeriksaan terhadap kereta saya dan mendapati terdapat masalah pada ECU Box. Saya bertanya pada kerani di pusat proton tersebut kenapa kereta saya mngalami masalah ecu box sedangkan kereta tu baru sahaja di beli. Kerani menerangkan pada saya, kereta proton persona elegent yang bernombor casis macam kereta saya dan ke bawah memang akan mengalami masalah ecu box. Persoalannya, kenapa saya tidak diberitahu tentang perkara ini semasa saya hendak membeli kereta tersebut? Apa hak saya sebagai pengguna? Kenapa selepas kereta tersebut mengalami kerosakan baru maklumat ini sampai kepada saya? Itu pun selepas di tanya. Sedangkan rekod sudah ada yang mengatakan kereta saya akan mengalami masalah. Bagaimana kalau semasa saya memandu dalam kelajuan tertentu dan kereta saya mengalami masalah tersebut? Nasib baik kejadian itu terjadi semasa saya baru hendak memulakan perjalanan. Adakah kereta buatan malaysia yang di pasarkan dalam malaysia sendiri tidak berkualiti? Saya sebagai pengguna rasa tertipu. Harap pihak yang bertanggungjawab tolong ambil serius perkara ini. Jangan bila sudah ada nyawa yang melayang di sebabkan kesilapan proton, baru nak ambil tindakan. By: roshidi http://www.aduanrakyat.com.my/proton-persona-baru-mengalami-masalah-ecu-box Kerosakan serius pada Proton Persona January 16th, 2012 Di sini saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati yang amat-amat sangat kepada Proton dan seluruh pihak yang berkenaan. Untuk pengetahuan, saya baru sahaja membeli Proton Persona H-Line (full spec) tapi setelah saya membeli kenderaan tersebut, hanya beberapa kali sahaja dapat digunakan. 1700 km : Kerosakan pertama telah berlaku dimana kenderaan telah mengeluarkan pelbagai bunyian serta keroasakan pada brek dan penjimatan minyak. Hasilnya, terpaksa tinggal beberapa hari dengan penyelesaian yang diberikan kononnya kereta lain pun mengalami masalah yang sama. Juga telah ditipu oleh Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononya yang perkhidmatan macam hampas) kononnya telah menukar dashboard tapi sebenarnya tidak. 3400 km : Kerosakan sama berulang kembali dan sekali lagi menghantar ke Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononnya). dapat kembali kereta dengan masalah lain pula yang timbul dan ruang dalaman kenderaan bercalar teruk. 8100 km : Kerosakan sama berulang kembali beserta dengan kerosakan baru lagi yang muncul dan tidak dibaiki tetapi ditipu kononnya dibaiki. 10000 km : Hantar lagi ke Pusat Servis Mutiara Damansara untuk tukar dashboard serta barang yang bercalar beserta dengan timbul juga masalah baru. Boleh dikatakan sepanjang proses menghantar ke pusat servis mutiara damansara, perkhidmatan cukup-cukup mengecewakan dan masing-masing seolah melepas tangan. Tidak lag masuk terpaksa tinggal kereta sehingga kadang-kadang 4 hari untuk baiki. Berikutan daripada masalah ini, saya telah membuat laporan kepada banyak pihak dan masing-masing lepas tangan. Telah menelefon kononnya Branch Manager Mutiara Damansara tapi tinggal harapan palsu kerana mereka ini takkan panggil balik customer. kalau saya call pun untuk beberapa kali tiada jawapan. Saya juga telah membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang kononnnya membela pengguna pun sama juga tidak melayan. Antaranya saya telah membuat aduan kepada NCC, jawapan yang diberikan asyik sedang memproses aduan tanpa ada apa-apa jawapan daripada mereka selepas itu. Juga telah membuat aduan kepada KPDNKK juga cukup mengecewakan kerana katanya hanya boleh menerima aduan tapi tidak boleh mengambil apa-apa tindakan. Yang paling mengecewakan ialah merujuk kepada Tribunal Pengguna dan jawapan yang diberikan tidak dapat menolong kerana nilai harga kenderaan itu sendiri. Saya cuba meminta nasihat daripada mereka namun jawapan yang diberikan adalah sama ditambah lagi "kalau encik nak ambil tindakan pergilah cari peguam, masuk mahkamah". Sekarang saya tidak tahu lagi kemana harus untuk mengadu seolah-olah pengguna tiada kuasa langsung. Dimana hak kami? Cuba bayangkan lah, saya terpaksa bayar bulanan untuk benda yang saya tidak guna. Dimanakah Proton yang cakap berapi kononnya nak berikan perkhidmatan yang terbaik? Kerana kereta sayan yang bermasalah, terus aduan saya tidak dilayan dan dibakul sampahkan. By: kamal http://www.aduanrakyat.com.my/kerosakan-serius-pada-proton-persona |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan