Selasa, 31 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Yahudi atau Zionis?

Posted: 31 Jan 2012 04:24 PM PST

Semasa saya bersekolah di London, saya ada beberapa orang rakan-rakan dari kaum Yahudi, mereka itu menyokong gerakan pembebasan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.  Didalam satu forum yang dianjurkan oleh MASS Forum di Malaysia Hall, London seorang yang berkulit putih semacam Mat Salleh, berucap berapi-api menghentam Israel dan golongan Zionis dan beliau menuntut supaya Negara Palestin diwujudkan dan Negara Palestin diberikan bantuan antarabangsa untuk membangunkan Negara dan rakyatnya.

Seorang pelajar Malaysia dengan angkuhnya menyatakan bahawa orang-orang Yahudi wajib dihapuskan kerana Yahudi adalah kaum yang mendakwa diri mereka sebagai kaum yang terpilih.

Bangun semula si Mat Salleh tadi mengatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya yang bergabung dibawah Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) yang dipimpin oleh George Habash tetap berjuang untuk mengujudkan sebuah Negara Palestin yang Merdeka dan Bebas dan didiami oleh warga negaranya yang terdiri daripada Orang Islam, Orang Christian dan Orang Yahudi.

Beliau menyatakan bahawa bukan semua orang Yahudi yang menyokong Zionisme, bukan semua orang Yahudi yang menentang orang Arab, ramai orang Yahudi mahukan dua Negara iaitu Israel dan Palestin hidup dengan aman, saling hormat menghormati sebagai jiran dan bantu membantu antara satu sama lain.

Beliau adalah seorang Yahudi dari Palestin.

PFLP dibawah pimpinan George Habash merumahkan pejuang-pejuang Palestin yang beragama Kristian dan didalamnya ramai golongan Yahudi yang sanggup mati memperjuangkan hak Palestin, dan PFLP adalah organisasi yang bergabung dibawah PLO iaitu Palestinian Liberation Organization yang dipimpin oleh Al-Fatah, dan diwaktu itu belum wujud HAMAS.

Saya juga menyertai organisasi yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar antarabangsa yang dinamakan sebagai International Anti-Imperialist Organization, dan saya diberikan penghormatan menjadi Setiausaha kepada Organisasi itu yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Asia, Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Didalam organisasi itu terdapat mereka daripada pelbagai agama, Islam, Kristian, Budha, Hindu, Yahudi dan yang tidak ada agama, mereka komited menentang gerakan Imperialisme yang diketuai oleh Amerika dan Eropah.

Kami membuat demonstrasi di London menentang Perperangan Vietnam dan Keazliman Israel terhadap Palestin.

Kami juga pernah membuat Sit-In di beberapa kedutaan yang menyokong Amerika dan Israel, dan kami pernah membuat mogok lapar sehingga setiap seorang dari kami diangkat ke Hospital kerana sudah menjadi begitu lemah dan tidak bermaya hasil daripada berlapar berhari-hari, tidak seteguk air pun diminum.

Didalam perjuangan itu, ramai juga pelajar-pelajar Yahudi yang terlibat.

Maka saya berkeyakinan bahawa manusia ini boleh menghormati kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama, itulah dinamakan internasionalisme sejagat.

Dan didalam isu Israel dan Palestin ini, saya tetap menentang Zionisme yang didokong oleh Imperialisme Amerika dan Eropah!

Posted: 31 Jan 2012 07:39 AM PST







Ceramah PKR/PR di Felda Jenderak Utara pada 28.1.12 telah dianggap oleh semua pihak sebagai sangat berjaya.  Yang paling penting mereka yang ramai hadir itu adalah pengundi tempatan, buktinya?  Mereka datang dengan berjalan kaki dan bermotosikal.

Jumlah kehadiran kali ini jauh lebih besar dari kehadiran yang lampau.  Ini petanda baik.

Bukan senang untuk mendapatkan kehadiran yang ramai di rancangan Felda kerana rancangan Felda adalah kubu yang dianggap kuat untuk UMNO; semasa ceramah ini hendak diadakan, kawasan Felda itu sudah dipenuhi dengan bendera UMNO dan BN seolah-olah ceramah itu adalah anjuran UMNO.

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Jenderak Utara kerana dengan bendera yang jauh mengatasi bendera PKR dan PAS seolah-olah ceramah di Felda Jenderak Utara itu adalah anjuran UMNO, dan justeru itu cukup ramai ahli-ahli UMNO Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan yang hadir.

Mereka tetap terpegun disitu walaupun YB Nurul Izzah sudah selesai memberikan ceramahnya.

Dulu mereka sudah mendengar Siti Aishah Sh Ismail, Ketua Srikandi PKR Pusat, kali ini mereka mendengar pula YB Nurul Izzah, Putri Reformasi dan Naib Presiden PKR.

Pada 16hb Februari 2012 jam 8.45 malam PKR Kuala Krau akan dedahkan dengan seorang lagi pemimpin wanita dari KEADILAN iaitu YB Gan Pei Nei, wakil rakyat DUN Rawang, seorang wanita muda dan sebelum ini seorang pemimpin wanita muda dari KEADILAN telah didedahkan iaitu Ginie Lim, AJK AMK PKR Pusat yang hadir bersama-sama YB Elizabeth Wong, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ceramah pada 16hb Februari 2012 jam 8.45 malam di Perkarangan Pejabat PKR Kuala Krau akan disampaikan oleh YB Gan Pei Nei, YB Leong Ngah Ngah, YB Rashid wakil rakyat DUN Ampangan, Abd Rahman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Man Kadir @ Pak Jabit dan Haji Suhaimi Said.


Tiada ulasan: