Isnin, 30 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


JANGAN PANDANG ENTENG KEPADA PACABA DAN SUKARELAWAN

Posted: 30 Jan 2012 11:16 PM PST

Sebagai seorang aktivis parti yang tidak ada kepentingan lain selain kepentingan mahu melihat calon-calon PKR untuk kawasan Parlimen dan DUN dapat memenangi kawasan-kawasan yang ditandingi, saya sangat berharap di kawasan-kawasan yang PKR bertanding itu supaya sudah pun bersiap sedia didalam bidang-bidang yang saya sebutkan ini:

1.  Jawatankuasa Pilihanraya yang mampu bertugas, bukan Jawatankuasa yang hanya memegang jawatan tetapi tidak berfungsi;

2.  Bilik Gerakan utama dan bilik-bilik gerakan diperingkat JDM (kalau pun tidak disetiap kampong), iaitu Bilik Gerakan yang berfungsi bukan hanya Bilik Gerakan yang tidak berfungsi;

3.  Pacaba dan Sukarelawan yang tersenarai dengan nama, kad pengenalan dan nombor handphone, bukan sekadar senarai nama tetapi tidak tahu apakah tugas dan tanggungjawab PA dan CA dan BA.

4.  Siap dengan logistik (semua bahan, semua kenderaan, semua barang makanan, semua poster, semua bendera dan semua banner) dengan setiap satu dibawah kelolaan seorang Ketua yang dibantu oleh JKnya;

5.  Calon yang berwibawa, wakil calon yang berwibawa, Pencadang dan Penyokong yang berwibawa;

6.  Daftar Pemilih yang terbaharu dan penculaan.

PACABA dan Sukarelawan amatlah penting.  Didalam sesuatu kawasan DUN sekurang-kurangnya ada seramai 200 orang secara minima, dan disetiap saluran didalam satu-satu JDM mesti ada 6 orang PACABA yang terlatih, bukan cekup-muat diperingkat akhir.

Masa sudah mencemburui kita, kalau belum ada maka adakanlah sekarang, jangan tunggu esuk, kerana esuk mungkin sudah terlewat!

Tiada ulasan: