Sabtu, 28 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ceramah dan Kenduri Kesyukuran di Felda Jenderak Utara

Posted: 28 Jan 2012 06:31 PM PST




















Ceramah dan Kenduri Kesyukuran di Felda Jenderak Utara

Posted: 28 Jan 2012 04:49 PM PST

Sungguh tidak aku sangkakan.  Begitu ramai bergotong royong untuk melapah lembu dan bergotong royong memasak.  Sebelum ini tak aku kenali mereka.  Tapi untuk menyediakan kenduri kesyukuran di Felda Jenderak Utara ini begitu ramai datang ke rumah Sdr Aliayasak Idris/Noryati Ghani untuk sama-sama melapah lembu yang disembelih dan memasak.

Pada tengah hari 28.1.12 itu kami makan pula beramai-ramai, ada ulam raja dan ada budu.  Sungguh menyelerakan aku.  Bab budu ini, memang dari kecil lagi aku suka budu.  Mungkin kerana nenek sebelah ibu aku berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Masa aku kecil-kecil dulu, nenek aku itu berniaga budu di pekan-pekan sehari, dan kalau pada hari cuti sekolah, aku turut membantu nenek aku berniaga budu.  Harga budu pada masa itu tidaklah mahal seperti hari ini.  Masa itu harga budu yang dijual dalam pot susu hanyalah RM0.30 bagi setiap pot.  Orang Pahang tidak panggil budu, tapi dengan nama PEDA.

Haji Ibrahim, Ketua PAS Felda Jenderak Utara yang juga Imam di Masjid Felda Jenderak Utara mengepalai kerja masak memasak.  Gulai kari yang dimasak sungguh menawan rasa, dan sebelum dijadikan gulai, kami meratah daging-daging lembu pacak dan dibuat juga soup.

Sedapnya sampai ke tulang hitam.  Tak sangka aku boleh meratah daging lembu itu dengan banyak sehingga Kak Hendon berkata "Bah, hati-hatilah makan daging tu, nanti mudharat."

Apabila Kak Hendon berbunyi begitu memang aku terus berhenti kerana dia tahu tahap kesihatan aku dan memang dipesankan oleh anak aku, Surina, yang kini menyambung pelajaran ke Australia kepada ibunya seperti berikut, "Mama tengok-tengohkan Abah tu, jaga sikit makan dia, jangan lebih dari setengah pinggan, dan jangan makan banyak daging, banyakkan sayur-sayuran, banyak minum air suam dan air kosong, jangan minum air yang manis."

Pada maghrib itu, saya dan rakan-rakan pergi memenuhi Masjid Felda Jenderak Utara, Haji Ibrahim mengimamkan solat Maghrib dan kemudian solat Hajat.

Haji Ibrahim bukanlah Imam yang diberi gaji seperti imam-imam lain, beliau dilantik oleh masyarakat Felda Jenderak Utara menjadi Imam.  Dan di Jenderak Utara bukan sahaja beliau menjadi Imam, tetapi semua urusan melibatkan jenazah disempurnakan oleh Haji Ibrahim, juga kenduri-kendara disana, kerana Haji Ibrahim ini adalah pakar memasak.

Selepas Maghrib di Masjid, kami pergi ke rumah Aliayasak, kami makan beramai-ramai.  Dan selepas itu barulah kami pergi ke Markas PAS Felda Jenderak Utara.  Ado mak.  Ramainya manusia.  Tak pernah seramai itu menghadiri Ceramah yang diadakan di Felda Jenderak Utara sebelum ini.

Semua hadirin mahu melihat dengan lebih dekat Putri Reformasi, anak sulung Dato Seri Anwar Ibrahim, dan tidak ada sesiap meninggalkan Majlis sehinggalah YB Nurul Izzah selesai memberikan ceramah tepat jam 12.00 malam, dan selepas itu beliau dikerumuni oleh para hadirin, semuanya mahu bergambar dengan beliau.

Inilah gambaran bahawa Nurul Izzah diterima oleh masyarakat, dan Putri Reformasi ini diterima untuk menerajui Negara ini didalam jangka yang terdekat.  Dimana tumpahnya nasi jika tidak ke kuahnya.

Dan perjuangan rakyat di DUN Jenderak maju dan mengatur tapak untuk bersama-sama rakyat Negeri Pahang menawan DUN Pahang.  Insya Allah!

Tiada ulasan: