Jumaat, 27 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Posted: 27 Jan 2012 05:04 PM PST


Anak muda ini memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang Sains Politik kelas pertama, anak seorang peneroka Felda Palong 10, dan tidak gentar menghadapi rintangan.

Sejak PRU yang lalu, beliau tidak henti-henti menjalankan gerak kerja politik di kawasan DUN Palong, satu kawasan yang diakui oleh semua bahawa kubu kuat UMNO kerana keseluruhan DUN Palong ini adalah kawasan Rancangan Felda.

PKR Negeri Sembilan, mengikut kata Sdr Sabaruddin, Setiausaha PKR N Sembilan, mencadangkan supaya anak muda ini berpindah ke kawasan DUN lain yang lebih mudah untuk menang kerana Negeri Sembilan mahukan anak muda ini berada didalam Dewan Undangan Negeri.

Tetapi anak muda ini tidak mahu berpindah ke kawasan selamat, beliau mahu menang/kalah di kawasannya sendiri, dan berkat kerja yang tidak mengenali penat lelah, beliau bersama-sama rakan-rakannya di Palong terus menjalankan gerak kerja dan aktiviti.

Dari satu ranting ke satu ranting telah ditubuhkan di kawasan DUN Palong, dan dengan kecekalan anak muda ini, kini setiap rancangan Felda di DUN Palong sudah ditubuhkan Ranting PKR.  

Orang-orang UMNO turut terlibat keluar dari parti mereka dan menubuhkan Ranting PKR di Palong 9, 4, 5, 6 dan memperkukuhkan ranting-ranting PKR di Palong 14, 15, 16, 7, 8, 9, 10 dan 11.

Malam tadi PKR DUN Palong berjaya pula menembusi Palong 3 yang dikatakan kawasan terakhir kekuatan BN di DUN Palong.

Itulah dianya Rebin Birham.  Anak Peneroka Felda Palong 10.  Pernah menjadi Ketua AMK Negeri Sembilan.  Kini adalah AJK AMK PKR Pusat.

Sejak 2 tahun lepas beliau dilantik menjadi Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan kerana rekod cemerlangnya, beliau dilantik sebagai Anggota Task Force Felda Negeri Selangor.

Insya Allah anak muda ini akan terpilih sebagai ADUN DUN Palong didalam PRU-13 ini.  Selamat maju jaya!

Tiada ulasan: