The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 24 Jan 2012 06:58 AM PST Aktiviti hari ini bermula dari jam 2.30 petang bilamana saya sampai di Pejabat PKR Kuala Krau. Memandangkan rakan-rakan lain akan sampai jam 3.30 petang, maka saya mengambil peluang untuk menampal poster di Pekan Sahari Kuala Krau. Semasa saya menampal di Pekan Sehari itu, maka adalah seorang yang kenal saya, yang baru saja memilih untuk keluar dari jemaah, membuat sindiran kepada saya: "Kesian Ketua Cabang, dia sorang2 saja menampal poster,harap menang besar dalam PRU akan datang." Sindiran itu bisa, sangat bisa, lantas saya jawab "Biarlah saya tampal poster seorang diri, asalkan saya tidak memelihara seorang yang munafiq." Saya kembali ke Pejabat jam 3.30 petang, dan tidak berapa lama selepas itu, rakan-rakan dari Kg Paya Luas turun beramai-ramai dan diikuti oleh rakan-rakan dari pimpinan, menjadikan jumlah kami 20 orang, dan kami pecah-pecahkan group kami kepada 3 kumpulan, saya menghala ke Kerdau, Razak Hussain ke sekitar Kg Dato Shariff Ahmad di Kg Shariff Ahmad, dan Jenderak; Ramli Lin memimpin kumpulan ke kawasan pekan Kuala krau; maka dalam tempoh tak sampai 3 jam kami berjaya menghabiskan tampalan poster ke seluruh DUN Jenderak; Dan kumpulan Azmi dan Khalid memimpin kumpulan ke kawasan Jerantut. Inilah kes seorang pergi, 20 orang mari; dan jaminan dari kumpulan anak-anak muda dari kampong Paya Luas ini menyatakan bahawa mereka akan turun lagi dengan kumpulan yang lebih besar terdiri daripada anak-anak muda dari pekan Kuala Krau. Lihat gambar diatas, yang memakai baju merah diatas motorsikal tu, dia adalah ahli UMNO Kg Kuala Mai, dia dengan ganasnya memusnahkan poster-poster yang kami pasang; berlaku pertengkaran antara dia dan saya; dan saya ingatkan dia bahawa ini adalah negara demokrasi, dan perbuatannya mengoyakkan poster kami adalah satu kesalahan, dan oleh kerana kami kenal dia dan tahu rumah dia, maka, saya nyatakan bahawa jika itu berlaku lagi, kami akan beramai-ramai akan menziarahi rumahnya. Petang tu, saya lintasi semula kawasan Kg Kuala Mai, dan saya dapati poster-poster yang kami pasang semula itu tidaklah lagi dimusnahkan. Gambar paling bawah itu ialah Kak Hendon sedang bercakap secara skype dengan Surina, anak kami yang menyambung pelajaran di Australia. Sampai saja di rumah jam 8.00 malam tadi Surina sedang skype dengan Khadijah (Ina), saya dan Kak Hendon sambung skype itu. sehinggalah jam 10.30 malam. Banyak cerita diborakkan antara Kak Hendon dengan Surina dan antara saya dengan Surina. Surina menceritakan tentang studynya, dan didalam kerja kajiannya mengenai environment, dia memulakan dengan kes sejarah, banyak yang dapat dicungkil dari dokumen dan buku dari library University Melbourne. Dia juga kesempatan membuat kajian tentang radioactive dan bahaya yang boleh dicetuskan oleh kilang seperti Lynas, kajiannya itu telah dihantar kepada pihak-pihak tertentu di Kuantan supaya memperkukuhkan hujah kenapa Lynas perlu ditentang. Surina juga akan mengedit dan menterjemahkan semua tulisan saya didalam lubokkawah.blogspot.com, dan akan mendapatkan khidmat University Melbourne untuk menerbitkanya. Dia juga menceritakan tentang berita mengenai perbelanjaan besar di sebuah boutique di Australia oleh FLOM. Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, kami, anak beranak akan berhubung dan berbincang melalui skype. Dah ngantuk sangat ni, nak tidur dah! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan