Selasa, 17 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Batin Ramli simpulkan keluhan Orang Asal

Posted: 17 Jan 2012 03:48 PM PST

Berkali-kali saya menonton u-tube yang dirakamkan oleh Sdr Shafei Deris, seorang aktivis Orang Asal yang bergerak cergas didalam JOAS. Sdr Shafei mengeluarkan 5 bahagian u-tube itu mengandungi keluhan daripada Batin Ramli.

Batin Ramli melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana JOA (kini JAKOA) sentiasa menipu Orang Asal dan JAKOA juga menipu Kerajaan kerana tidak memberikan gambaran sebenar mengenai kehidupan Orang Asal.

Didalam interview itu, Batin Ramli mengatakan bahawa JOA telah menipu Orang Asal kerana JOA menyatakan bahawa Orang Asal hanya perlu mengundi BN seolah-olah perkara wajib.

Rupa-rupanya Orang Asal, sama seperti kaum lain, juga mempunyai hak, hak individu untuk mengundi parti yang mereka pilih dan tidak semestinya BN sahaja.

Kalau dah tidak ada hak untuk mengundi secara bebas, nak buat apa diadakan pilihanraya? Lantik sahajalah kerajaan tanpa Pilihanraya! Kata Batin Ramli.

BN ini pandai berjanji, sejak tahun 80-an lagi BN berjanji kepada Orang Asal, tetapi janji hanya tinggal janji.

Saya menjadi Batin bukan kerana elaun yang saya dapat, saya menjadi Batin kerana saya nak berjuang untuk kaum saya, bukan fasal gaji, katanya.

Orang Asal dari dahulu lagi ada tanah adat, tapi JOA tak bagi tanah itu kepada OA, Kerajaan tak bagi tanah itu kepada OA.

Kita Orang Asli mahu usahakan tanah kita sendiri, bukan nak suruh Kerajaan usahakan. Kami bukan tak mahu kepada kemajuan tetapi kami takut kepada kesan kemajuan itu. Kerajaan kenalah hormat hak asasi kami, OA.

Tengok di kampong ini, habis tanah orang kampong diusahakan oleh Kerajaan. Tetapi apa menfaatnya kepada Orang Asal? Tanah kami habis, Kerajaan janji nak beri pampasan RM18,000.00, tapi hapah pun tak ada. Kerajaan bohong. Itulah yang kami takut, akibat kemajuan itu, kami hilang segala-galanya, keluh Batin Ramli.

Kalau boleh saya nak jumpa Agong, saya nak jumpa Menteri, saya nak cakapkan tentang masalah kami. Kami tak pernah langgar hak orang lain. Kami tak langgar hak orang Melayu, hak orang Cina dan hak Orang India! Kami jual barang kami kepada mereka, katakan harga RM3.00, tapi mereka minta RM1.00, kami lepaskan juga.

Kehidupan OA sentiasa dianiaya!!!

Keluhan Batin Ramli menyimpulkan masalah yang dihadapi oleh Orang Asal.

Ceramah Kesyukuran di Felda Jenderak Utara Pada 28.1.12 jam 8.45 malam

Posted: 17 Jan 2012 08:18 AM PST







CERAMAH KESYUKURAN

TEMPAT: MARKAZ PAS FELDA JENDERAK UTARA
TARIKH DAN MASA: 28.1.12 JAM 8.45 MALAM
PENCERAMAH:
YB NURUL IZZAH ANWAR
DATO FAUZI ABDUL RAHMAN
USTAZ SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM AL-HAFIZ
REBIN BIRHAM
HAJI SUHAIMI SAID
MAN KADIR (PAK JABIT)

AGENDA

SELEPAS SOLAT SUBOH MENYEMBELIH LEMBU
MEMASAK SECARA BERGOTONG ROYONG
SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT SYUKUR DI MASJID FELDA JENDERAK UTARA
KENDURI KESYUKURAN DI RUMAH ALIAYASAK IDRIS FELDA JENDERAK UTARA
CERAMAH KESYUKURAN 8.45 MALAM DI MARKAZ PAS FELDA JENDERAK UTARA.

Tiada ulasan: